Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 18, 2010

Pemuda UMNO buat laporan polis

KOTA BHARU 17 Jan. - Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap kerajaan negeri berhubung pembelian semula aras bawah Bazar Tok Guru yang sedang dalam pembinaan. Laporan dibuat oleh Ketua Penerangannya, Che Othman Che Ismail di Balai Polis Kota Bharu di sini.

Menurut Che Othman, laporan itu bertujuan meminta polis melakukan siasatan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam transaksi projek yang melibatkan wang rakyat dalam jumlah besar.

Katanya, ia susulan pengakuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kerajaan negeri telah melakukan kesilapan dalam urusan pembinaan bazar itu seperti yang dilaporkan media.

"Kami mahu siasatan dibuat mengenai perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri dengan syarikat pembinaan itu sehingga menyebabkan kerugian besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama beberapa ahli Pemuda UMNO di sini selepas membuat laporan tersebut.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, kesilapan teknikal yang berlaku menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar balik sebanyak RM23 juta untuk menebus tingkat bawah bazar berkenaan daripada sebuah syarikat pemaju.

Bazar Tok Guru yang sedang dibangunkan di kawasan seluas kira-kira 2.3 hektar difahamkan telah dirancang untuk tidak berorientasikan komersial.
Berikutan itu, aras bawah dijanjikan dengan harga mampu milik kepada peniaga kecil.

Ia sebahagian daripada cadangan projek pembangunan bercampur, dinamakan Madinatur Raudhah dengan pembangunan utama termasuk hotel lima bintang dan pangsapuri di kawasan strategik yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Komponen hypermarket yang dirancang pada permulaannya di tingkat bawah telah diubah kepada lot-lot bazar bersaiz kecil bagi menempatkan peniaga yang diarah untuk mengosongkan premis asal perniagaan mereka di atas alasan untuk memajukan tanah tersebut.

Ia akan turut menempatkan beratus-ratus peniaga dari Pasar Lama MPKB dan Pasar Lama Arked Uda yang telah diarah berpindah dengan menawarkan mereka kadar harga rendah pada awalnya bagi lot di tingkat bawah.

Utusan Malaysia. 18 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..