Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, September 30, 2011

Putus hubungan

Haha..hatinya hancur. Tapi kawe ok je.
Beberapa hari kawe terputus hubungan dengan alam siber apabila pc destop tiba-tiba rosak. Opss..bukan tiba-tiba tapi dah tiba masanya untuk dia rosak. Tapi allhamdulillah, keadaan kembali normal malam ini. Petang tadi jumpa sahabat, kemudian sahabat bagi tahu cuba gosok-gosok ram dengan getah pemadam. Gosok punya gosok, tenyeh punya tenyeh jadilah pula. Ingatkan pc ni dah nak habis hayat rupanya belum.

Untuk ketika ini kawe rasa alam siber betul-betul penting. Dengan perhubungan alam maya inilah kawe rasa hidup ini sedikit memberi keceriannya. Ini salah satu. Tapi ini bukan bermakna hidup ini dalam keadaan menderita. Cuma dengan siber kita boleh berkomunikasi, eratkan silaturahim, menerima dan memberi info dan sebagainya. Teknologi maklumat yang semakin canggih memerlukan kita sentiasa dekat dengan dunia siber.

-Kesian. Monitor ni demam.
Rasanya jika dunia siber ini terhenti atau terganggu dunia mungkin akan sepi dan sunyi. Tapi tidak semestinya begitu. Sebenarnya banyak benda lagi yang akan membuat kita tidak bosan.

Datuk nenek kita tidak memerlukan dunia siber untuk hilangkan bosan. Kawe sendiripun boleh atasinya. Tapi sejak akhir-akhir ini saja siber jadi macam suatu pelengkap.

27 September 2011 lepas kawe berkesempatan ke Stadium Sultan Muhammad IV, menonton Kelantan melawan Felda United FC. Bila pc rosak kawe kena cari sesuatu untuk gantinya. Pengantinya adalah pergi bersorak, bertempik, menjerit di stadium. Ini salah satu cara ceriakan hidup. Dalam perlawanan ini Kelantan menang, 2-0.
-Sesi pemanas badan pemain Felda Utd., sebelum perlawanan
-CPU yang kawe bela sejak tahun 2005
PC dah uzur. Sejak tahun 2005 sehingga kini dia bersama kawe. Masa tu kawe belanjakan wang hantaran lebih kurang RM1400.00 untuk dapatkan pc (samsung) ni berserta printer jenama canon iP1000. Penghujung tahun 2008 cpu, printer dan monitor telah bercerai (macam kawin-kawin plak). Yang tinggal hanya cpu di atasSepanjang bersama, pc ni tak bawa masalah banyak. Setakat demam sikit-sikit adalah.

...masa gosok ram tadi nasib baik tak keluar jin Aladdin. Tapi kalu keluar gak boleh kawe minta pc baru. hahaha...

Jumaat, September 23, 2011

Cerita bola: Khairul Fahmi selamatkan Malaysia


Apek nafi Jepun berpesta gol



khairul Fahmi Che Mat (kiri) menafikan percubaan dua penyerang Jepun, Yuya Osako (kanan) dan Keigo Higashi pada Kelayakan Olimpik di Tosu, Saga Jepun semalam. – AFP



KUALA LUMPUR - Tewas 0-2 kepada Jepun mungkin bukan satu keputusan yang memalukan.

Namun hakikatnya persembahan hambar skuad Olimpik negara ketika berdepan pasukan No.1 Asia pada aksi pembukaan Kumpulan C Kelayakan Olimpik semalam, memberi gambaran tentang tahap bola sepak kita masih ketinggalan berbanding negara tuan rumah.

Jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad negara mungkin dibolosi dengan jumlah jaringan yang jauh lebih besar.

Beraksi di hadapan kira-kira 23,000 penyokong Blue Samurai di Stadium Tosu, Fukuoka, Harimau Muda bagaikan kehilangan taring, langsung tidak mengaum.

Sejak awal permainan, barisan pertahanan skuad Ong Kim Swee begitu mudah dilepasi oleh rangkaian serangan Jepun yang diketuai tonggak perancang, Hiroshi Kiyotake.

Serangan yang dilancarkan dari pelbagai sudut, menguji Khairul Fahmi dengan hantaran lintang berbahaya dari kedua-dua belah sayap, serta rembatan dari luar kotak.

Barisan empat pertahanan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Zubir Azmi, kerap membiarkan pemain lawan melepasi kawalan mereka.

Menghidu kelemahan Malaysia itu, Jepun akhirnya mendahului selepas 10 minit perlawanan menerusi jaringan Keigo Higashi yang mudah menewaskan Khairul Fahmi di penjuru kiri gawang selepas menerima umpanan Kiyotake.

Jaringan itu menyemarakkan semangat Jepun dengan menggandakan serangan.

Ketika pertahanan skuad negara terus bergelut, mujur ketangkasan Khairul Fahmi atau Apek menjadi penyelamat.

Apek akhirnya dibolosi kali kedua apabila pemain gantian, Ryohei Yamazaki mudah menolak masuk umpanan penyerang Nagoya Grampus, Kensuke Nagai.

Peluang untuk meneruskan harapan ke London 2012 belum tertutup sekiranya dapat bangkit pada perlawanan berikutnya, dengan syarat Kim Swee mengelak aksi hambar semalam.

Malaysia akan menerima kunjungan Syria, 23 November depan.
_____________________________

Fahmi penyelamat


PEMAIN negara, Mahali Jasuli (kiri) bekerja keras untuk menyekat kemaraan pemain Jepun, Kazuya Yamamura pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Fukuoka semalam



SKUAD bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam.
Terima kasih kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua.
Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.
Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-11 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus.
Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik.
Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul selepas itu.
Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.
Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan.
Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun.
Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri.
____________________dari http://www.kosmo.com.my

Penangan Samurai
Daripada Zairee Zahir di Fukuoka, Jepun
azairee@bharian.com.my - http://www.bharian.com.my 
-

2011/09/22

  
  • Foto
    PEMAIN negara Mahali Jasuli (kiri) dikawal ketat dua pemain Jepun di perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Malaysia bertemu Jepun bagi Kumpulan C di Stadium Tosu , Fukuoka.
  • Foto
    PELAJAR Malaysia penuh bersemangat mengibar Jalur Gemilang untuk memberi sokongan kepada pasukan negara di depan penyokong Jepun, semalam.
Anak didik Kim Swee akur keperkasaan Jepun

TEMPIAS ‘taufan Roke’ di Fukuoka, malam tadi seperti menceritakan betapa barisan Harimau Muda karam di Stadium Tosu ketika terpaksa akur kepada keperkasaan Jepun yang turun selaku kuasa bola sepak Asia untuk merakamkan kemenangan 2-0.

Jelas perlawanan pembuka tirai Kumpulan C, saingan kelayakan Olimpik di Wilayah Saga, Kyushu, malam tadi menjadi dominasi anak didik Takashi Sekizuka yang menguasai penuh saingan 90 minit di bawah cuaca sejuk - sekali gus menuai tiga mata berharga dalam kumpulan yang turut membabitkan Syria dan Bahrain.

Realiti yang terpancar selepas wisel penamat dibunyikan pengadil Abdullah Balideh dari Qatar adalah anak didik Ong Kim Swee harus banyak belajar andai mahu memastikan sasaran tangga kedua kumpulan untuk beraksi dalam play-off, andai ia menjadi kenyataan kelak.

Tuan rumah bergelar Samurai Muda yang berhak menang atas persembahan padu di hadapan 22,504 penyokong mereka mengesahkan mata penuh menerusi ledakan Keigo Higashi pada minit ke-10 dan Yamazaki Ryohei (m-75).

Sebaik pengadil meniup wisel, Jepun mendominasi setiap saingan dengan pemain Harimau Muda sekadar mengejar bola manakala kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat menjadi individu paling sibuk di depan gawang

Selepas empat kali penjaga gol negara Khairul Fahmi diuji, asakan Jepun membuahkan gol pertama ketika permainan hanya berusia 10 minit. Higashi yang tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti, meledakkan rembatan leret ke sebelah kanan untuk menggamatkan suasana stadium. 

Tertekan tanpa dapat membolosi benteng Jepun, penyerang Izzaq Faris Ramlan sebaliknya dilayangkan kad kuning pada minit ke-28 kerana mengasari Kazuya Yamamura dan situasi bertambah buruk apabila penyerang, Wan Zack Haikal Wan Nor mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar padang pada minit ke-40 untuk digantikan dengan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria.

Ada sedikit perubahan ditampilkan anak buah Kim Swee sebaik bersambung babak kedua apabila Wan Zaharul Nizam beberapa kali dapat melepasi benteng sebelah kiri Jepun tetapi tiada hantaran yang sampai kepada rakan di depan manakala dua rembatan jarak jauh Abdul Shukur dan Mohamad Fandi Othman tersasar jauh.

Namun, gawang negara bolos kali kedua pada minit ke-76 apabila Yamazaki mudah menolak masuk selepas Nagai melintangkan bola di depan gawang.
_______________________________

Harimau Muda rebah 

KEM Harimau Muda suram apabila terpaksa menerima kekalahan pertama ketika kempen kelayakan Sukan Olimpik 2012 peringkat kumpulan C, setelah tumpas 2-0 kepada Jepun di Stadium Tosu, semalam. 

Skuad kendalian Takashi Sekizuka bermula dengan cemerlang apabila mengucar kacirkan kubu pertahanan negara seawal minit pertama dengan beberapa percubaan berbahaya. 

Namun, hampir kesemua percubaan tersebut tepat menuju ke arah penjaga gawang, Khairul Fahmi Che Mat. 

Bagaimanapun, selang sembilan minit permainan bermula, gawang negara sudah pun dibolosi jaringan pertama hasil rembatan kencang Keigo Higashi yang berjaya menyempurnakan hantaran Hiroshi Kiyotake. 

Jepun yang nyata mendominasi keseluruhan babak pertama, terus mengasak namun cubaan berbahaya Omiya Ardija berjaya diselamatkan. 

Memasuki babak kedua, pemain kelahiran Kelantan terus diuji tanpa henti. 

Jepun melakukan pertukaran dengan membawa masuk pemain gantian Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi, peledak pertama Jepun. 

Tidak sampai 10 minit beraksi, Yamazaki yang tidak dikawal ketat merembat kencang gawang Malaysia pada minit ke-75 menewaskan Khairul Fahmi. 

Selepas ini, Harimau Muda bakal melayan kunjungan Syria untuk aksi kedua peringkat kumpulan, di Kuala Lumpur, 23 November ini.
----------------dari http://www.sinarharian.com.my
______________________________________

Samurai tepati ramalan
Daripada Azahar Md Taib di Fukuoka


CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.
CEKAP...Khairul Fahmi menyelamatkan gawang daripada ditembusi penyerang Jepun.
KETUA jurulatih, Ong Kim Swee akur dengan kehebatan Jepun yang menguasai setiap babak perlawanan sehingga sukar buat skuad Olimpik negara untuk bangkit menentang sehingga tewas 0-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012, semalam.

Sekalipun tidak gembira dengan apa yang disaksikannya, beliau lega apabila pintu gol Malaysia hanya bolos dua gol.


Katanya pujian harus diberikan kepada ketangkasan kapten yang juga penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.



Dia bukan saja menafikan banyak percubaan berbahaya tuan rumah, tetapi bijak menyusun semula rakan di benteng pertahanan agar tidak goyah apabila kerap diasak. “Tidak dinafikan Khairul Fahmi memastikan keputusan perlawanan ini kekal 2-0 sehingga tamat,” katanya.


Ditanya apakah sebenarnya yang berlaku ke atas persembahan pasukan yang tidak bermain seperti kebiasaan, Kim Swee memberikan alasan bahawa menentang pasukan sehebat Jepun bukan mudah.



Andai pasukan hilang konsentrasi dan fokus permainan, mereka akan dihukum.



“Inilah yang berlaku seperti apa yang anda saksikan. Malahan pemain langsung tidak dapat bergerak apabila pemain Jepun pantas mengawal kawasan serta mengecilkan kebebasan untuk bergerak.


“Malah mereka tidak langsung membenarkan kita kembali menyusun pergerakan dengan melancarkan asakan dari segenap penjuru padang,” katanya.


Apapun Kim Swee percaya bahawa perlawanan pembukaan kebiasaannya tidak menjadi seperti yang diharapkan.


Jepun memang berhajat meraih kemenangan besar tetapi cuma menjaringkan satu gol pada setiap babak.



“Bagi kami pula, perlawanan ini yang semestinya cukup penting untuk kita mengutip mata, mungkin memberi sedikit tekanan untuk pemain memberikan yang terbaik.



“Terus terang saya memuji komitmen ditunjukkan setiap pemain. Memang bukan mudah menentang Jepun dan keputusan malam ini tidak begitu melukakan,” katanya.

---------dari http://www.hmetro.com.my

----------------------------####--------------------------

Khamis, September 22, 2011

Cerita bola: Liku Kelantan untuk Piala Malaysia 2011


Kelantan perlu menang jika mahu terus mara


Aksi Mohd. Farisham Ismail (tengah) ketika menyekat gerakan penyerang Felda United, Farderin Kadir di Stadium MP Selayang minggu lalu yang menyaksikan Red Warriors kalah mengejut.


KOTA BHARU - Juara bertahan, Kelantan tidak mempunyai banyak pilihan selain mencatatkan kemenangan ke atas Johor FC dalam pertemuan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium J Corp, Pasir Gudang, Sabtu ini.

Tonggak pertahanan pasukan itu, Mohd. Farisham Ismail berkata, hanya kemenangan yang menjamin tempat Red Warriors dalam senarai ke suku akhir.

"Pertemuan dengan Johor FC cukup penting kerana ia akan menjadi penentu nasib Red Warriors dalam saingan kali ini.

"Jadi kami tidak boleh ambil mudah perlawanan ini walaupun pernah menewaskan mereka.

"Rekod tersebut tidak boleh dijadikan ukuran. Bermain di tempat lawan, mereka pasti akan turun habis-habisan untuk mencipta kejutan dengan menewaskan kami," katanya kepadaUtusan Malaysia semalam.

Tambahnya, Mohd. Farisham apa yang penting rakan-rakan sepasukan perlu memberikan tumpuan sepenuhnya bagi memastikan tiga mata menjadi milik

Dia berjanji akan mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan Sabtu ini dengan mengekang asakan daripada jentera serangan pasukan lawan yang diketuai oleh Mohd. Khairul Ismail.

Menurutnya, kejayaan membenam Sarawak 4-0 dalam perlawanan di Stadium Sultan Mohammed IV Ahad lalu melonjakkan kembali moral pasukan, selepas tumpas mengejut kepada Felda United 14 September lalu.

"Kemenangan keatas Sarawak tempoh hari memberikan semangat kepada kami untuk meraih kemenangan dalam perlawanan Sabtu ini," ujarnya.

Mengulas mengenai keputusan ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal menyenaraikan namanya bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Australia pada 10 Oktober nanti, Farisham berkata, dia sudah bersedia untuk menggalas tugas sekiranya diberikan kepercayaan.

"Saya akan buat yang terbaik sekiranya dipilih untuk beraksi dalam perlawanan tersebut.

"Inilah peluang terbaik saya untuk membuktikan kemampuan sebenar seterusnya memikat hati ketua jurulatih kebangsaan itu," jelasnya.

____________________dari http://www.utusan.com.my
Ini..

Devan akui terguris hati

KUALA LUMPUR - Bekas ketua jurulatih Selangor, K. Devan amat terguris hati dengan sikap segelintir penyokong pasukan itu yang memasang sepanduk memintanya meletak jawatan selepas kalah 1-2 kepada T-Team dalam perlawanan Kumpulan D bola sepak Piala Malaysia, Sabtu lalu. Laporan penuh http://www.utusan.com.my

Isnin, September 19, 2011

Sekilas peristiwa Bukit Kepong


Perwira negara Bukit Kepong

FOTO kenangan sebahagian anggota polis yang terlibat dalam peristiwa di Bukit Kepong.


“JANGAN bimbang Tuan OCPD (Ketua Polis Daerah), kita akan pertahankan tempat (Bukit Kepong), biar putih tulang jangan putih mata.”
Demikian ayat terakhir Sarjan Jamil ketika melambai kepada Ketua Polis Daerah Pagoh, Datuk Seri J.J Raj yang ketika itu berada di jeti polis marin ke Lenga, Johor selepas melawat Bukit Kepong pada 22 Februari 1950. Tarikh itu ialah sehari sebelum balai polis tersebut diserang dan dibakar komunis.
Dalam sesi lawatan itu, Raj yang tiba pukul 10.30 pagi disambut oleh Jamil, polis Interpol dan Penghulu Ali yang kemudian menikmati hidangan makan tengah hari di kediaman penghulu sebelum berbasikal mengelilingi Bukit Kepong tanpa menyedari sejumlah 180 komunis telah bersedia menyorok di sekitar kawasan itu.
Raj, 90, yang masih sihat dan berbadan tegap berkata, selepas meronda, beliau pulang semula ke jeti kira-kira pukul 7 malam, manakala orang ramai yang ketika itu menghantarnya ke jeti bersama penghulu dan Sarjan Jamil menunggu di tebing jeti.
Menurut Raj, ketika anggota polis marin menghidupkan enjin bot, beliau sempat berpesan kepada Jamil, ‘Eh Jamil, jaga baik-baik’.
“Saya masih ingat lagi ayat Sarjan Jamil, sambil memberikan tabik yang rupa-rupanya merupakan tabiknya yang terakhir kepada saya. Itulah kali terakhir saya jumpa Sarjan Jamil,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar Yayasan Pengaman Malaysia di Shah Alam baru-baru ini.
RAJ menjadi Ketua Polis Daerah Pagoh ketika peristiwa menyayat hati Bukit kepong berlaku pada tahun 1950.


Sambil mengimbau kembali tragedi Bukit Kepong yang menyayat hati itu, Raj yang menjaga lebih 20 balai polis di Pagoh memberitahu, pertama kali beliau bersama pasukan skuad Tiger sampai di Bukit Kepong pukul 8 pagi pada 23 Februari 1950, fikirannya sendiri kosong dan rasa seperti gila.
“Saya tengok tapak balai, saya jadi macam orang gila. Tidak tahu apa hendak buat, darah ada di mana-mana dan api masih membakar balai polis,” katanya lagi.
Dibakar bersama balai
Raj yang memegang jawatan terakhir sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman sebelum bersara pada 1976 berkata, berdasarkan fakta yang dicatatkan, anggota Parti Komunis Malaya (PKM) bertindak mencampakkan anggota-anggota polis dan ahli keluarga mereka yang tercedera ke dalam api yang sedang marak.
“Anggota polis dan orang awam yang cedera dicampak ke dalam api yang sedang marak membakar balai polis mengakibatkan bilangan mereka yang terkorban adalah seramai 27 orang iaitu 14 anggota polis, lima polis bantuan dan masing-masing empat isteri serta anak polis,” ujar beliau sedih.
Raj yang sangat terkilan, tersinggung dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang menyokong perjuangan komunis itu juga memberitahu, pada hari kejadian kekuatan anggotanya yang diterajui oleh Jamil hanya seramai kira-kira 20 orang berbanding komunis sebanyak 180 orang.
Menurut beliau, selalunya orang biasa akan menyerah diri atau mengibarkan bendera putih tanda menyerah kalah apabila diserang dengan jumlah kekuatan sembilan kali ganda. Tetapi Jamil dan anggotanya tetap bersemangat melawan bagi mempertahankan bukan saja balai polis dan kawasan itu tetapi agama dan keselamatan keluarga.
Malah, tambahnya, pertempuran itu berlangsung selama hampir tiga jam.
SEKUMPULAN bekas anggota tentera yang pernah bertempur dengan penganas komunis sehingga tercedera dan hilang anggota kaki meluangkan masa meninjau persekitaran Balai Polis Bukit Kepong baru-baru ini.


“Pada masa itu, kedudukan balai polis dikelilingi bukit dan belukar di mana 180 komunis menyorok di situ. Ketika diserang, Sarjan Jamil dan anggotanya melawan balik dan berlarutan selama tiga jam dan pada pukul 6.30 pagi, komunis semakin berani sehingga meniup begol kali kedua dan terus menembak lagi,” ujarnya.
Ketika itu juga, Raj menambah, Ahmad Indera atau Mat Indera juga dikatakan turut menggunakan alat pembesar suara meminta supaya polis menyerah diri jika tidak mahu diapa-apakan.
“Bila Mat Indera bagi amaran, Sarjan Jamil tinggal seorang, rakan di sebelahnya cedera dan sebelah lagi terkorban, manakala di belakangnya kedengaran suara anak-anak dan isteri yang menangis.
“Mungkin orang lain akan menyerah tetapi Sarjan Jamil tetap berjuang melawan dan dia ditembak ketika sedang berlari keluar pergi ke kubu apabila balai polis itu terbakar selepas dilemparkan botol berisi minyak tanah,” katanya.

Sabtu, September 17, 2011

Cerita 16 September

Cerita 16 September 2011, bersamaan 18 Syawal 1432 Hijriah, Jumaat. Hari ini khatib mengingatkan jemaah tentang kemerdekaan negara. Seperti yang biasa kita dengar mengenai perihal kemerdekaan; tentang keamanan negara, susah payah pemimpin, nikmat kemerdekaan, dan pelbagai lagi. Kawe percaya, ramai yang boleh mengagak apa yang khatib pesan, walaupun ada yang tidak ke masjid hari ini.
-Parlimen Malaysia, mercu tanda kedaulatan negara
Bila sebut 16 September ramai yang terbayang mengenai Hari Malaysia. Suatu tarikh yang keramat sama seperti tarikh 31 Ogos. Pada 16 September 1963, Tanah Melayu, Borneo dan termasuk Singapura menjadi satu negara yang diberi nama Malaysia. Tahun 1965 Singapura mula memilih untuk hidup sendiri, keluar dari Malaysia.
-Tunku Abdul Rahman Putra al Haj istyharkan kemerdekaan
16 September sekali lagi menjadi catatan penting apabila YAB Datuk Seri Najib mengisytiharkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan. Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Hari Malaysia tahun ini.
-Yang menyokong ISA dihapuskan
ISA akan diganti dengan akta baru yang sesuai untuk menangani kekacauan dalam negara. Lihat: Undang-undang ganti ISA diharap tangani isu sensitif dan Akta polis: KPN temui peguam negara dari Utusan On line.

Di sebalik pemansuhan ini kawe tertarik dengan suatu perkara. Sebelum pemansuhan ISA diputuskan, ramai pihak yang mempertahankan ISA. Kini, setelah PM memansuhkan ISA, pihak yang sama mula bertukar fikiran mengatakan ISA memang patut dihapuskan. Macam-macam.. Semoga pihak yang suka mengampu ini akan terus maju. Dan sikap mengampu akan turut terhapus seperti mana terhapusnya ISA di muka bumi Malaysia.
-Yang menyokong ISA dipertahankan

Sama-samalah kita pertahankan Malaysia tercinta.
-Tonggak pertahanan negara
16 September 2011 juga menyaksikan sesuatu di sekitar Pengkalan Chepa (PC), Kelantan. Logo dan lambang Barisan Nasional telah tergantung di tiang-tiang elektrik, tertampal di pokok-pokok di sepanjang jalan utama. Adakah ini tanda-tanda awal PRU 13? Atau sekadar mengingatkan kembali tentang kewujudan BN di Kelantan, setelah dibayangi PAS selama lebih 20 tahun?
-Ini gambar dari google, bukan dari PC.
___________________________________

Ini juga kisah 16 September;

Ahli akademik anggap cadangan Anwar tidak relevan

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September diisytiharkan cuti umum tidak relevan kerana ia bermotifkan politik.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, cuti umum itu tidak perlu kerana selain boleh menjejaskan produktiviti ia merupakan taktik pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

Katanya, jika Anwar cuba 'menanam' nilai-nilai patriotik menerusi cadangan itu, ia tidak membawa makna kerana tarikh sambutan Hari Kebangsaan yang bermula 31 Ogos sehingga 16 September setiap tahun sudah memadai untuk tujuan tersebut.

''Dalam tempoh itu, secara tidak langsung kita telah merayakan sambutan ulang tahun penubuhan Malaysia, namun ia 
tidak bermakna kita perlu cuti lagi. Setiap negeri telah ada cuti umum masing-masing, untuk apa ditambah lagi,'' katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas cadangan Anwar supaya lima negeri yang dikuasai oleh pembangkang mengisytiharkan cuti umum pada 16 September.

Sementara itu, Prof. Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM) menyifatkan cadangan Anwar itu sebagai gimik daripada seorang ahli politik yang ketandusan idea dan bertujuan mengalih perhatian daripada isu-isu besar.

Menurutnya, tiada apa signifikan sama ada 16 September diisytiharkan cuti umum atau tidak.

''Apakah kalau cuti, kita lebih patriotik? Tiada asas untuk kata, tidak cuti tidak patriotik. Ini lebih kepada gimik politik oleh ahli politik yang bankrap idea seperti Anwar.

"Ini bukan idea baru, beberapa pihak ada usulkan sebelum ini. Sudah 45 tahun Malaysia terbentuk, baru sekarang nak timbul soal cuti," katanya.

Mohamed Mustafa berkata, Malaysia menyambut merdeka pada 31 Ogos setiap tahun, oleh itu, ia sudah memadai dan tidak perlu lagi tarikh lain bagi tujuan berkenaan.

''Mana ada negara dalam dunia sambut merdeka pada dua tarikh berbeza. Kita boleh satukan dua peristiwa ini iaitu merdeka pada 31 Ogos dan penubuhan Malaysia pada 16 September dalam satu sambutan dan satu cuti. 16 September boleh dijadikan kemuncak sambutan seperti sekarang, tiada masalah pun," katanya.

Ketika diminta mengulas tindakan Anwar yang turut menguar-uarkan penubuhan kerajaan baru pada 16 September ini, Mohamed Mustafa menegaskan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu melaksanakan pendekatan politik yang boleh menghancurkan negara.

''Kalau Anwar sudah mempunyai bilangan anggota Parlimen yang cukup untuk berpaling tadah dia tidak perlu tunggu tarikh berkenaan, dia boleh menubuhkan kerajaan lebih awal tetapi nampaknya dia sendiri belum pasti. Selain itu persoalan juga timbul apakah BN akan serah kuasa dengan begitu mudah dan tidak berbuat apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan apa yang cuba dilakukan oleh Anwar pastinya akan membawa implikasi perpecahan politik yang mampu menggugat kestabilan negara.

''Kita di ambang ketidakstabilan politik, apakah ini yang rakyat mahu? Apakah Anwar dapat menjamin kerajaan begini boleh bertahan lama, tidakkah pihak lain akan cuba supaya mereka juga dapat membentuk kerajaan cara ini?

"Anwar sebenarnya sedang memulakan satu cara politik yang tidak sihat dan berisiko tinggi kepada masa depan negara. Negara boleh hancur . Ini bukan budaya politik matang yang kita mahukan setelah 51 tahun merdeka.

"Mandat biar tulen barulah kerajaan boleh memerintah dengan berkeyakinan tanpa ragu-ragu akan tumbang bila-bila masa,'' katanya.

Sementara itu, ahli akademik, Abdul Hamid Yeop Zainudin berkata, cadangan Anwar itu jelas menunjukkan bahawa ia sebahagian daripada agenda politiknya dalam usaha meraih perhatian rakyat secara psikologi.

''Ini adalah perang psikologi yang cuba diterapkan oleh Anwar, tiada lain semata-mata untuk tujuan politik beliau,'' katanya.

Abdul Hamid yang merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, tindakan Anwar itu juga amat berbahaya kerana ia boleh memecahbelahkan perpaduan kaum.

Dari: http://www.utusan.com.my (3/09/2008)

....MyView: Adakah tahun ini kita cuti pada 16 September? Dan tahun-tahun akan datang? Adakah? Hehehe....
-Mampukah kita bersatu seperti mana bersatunya datuk nenek kita sewaktu Tunku laungkan MERDEKA!! 54 tahun lalu?
__________________________