Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Mei 29, 2017

Ramadan 1438H yang sepi

Ayoh sambut puasa dengan mek
Ramadan muncul balik. Tahun ini tahun kedua Ramadan tanpa mek. Puasa pertama tanpa mek memang menyakitkan. Tahun ini puasa pertama tanpa ayoh. Pedih dan sedih. Kenangan bersama masih segar dalam ingatan. Tidak pernah walau sedetik melupakan saat bersama ketika bulan puasa. Air tangan mek dalam siapkan juadah berbuka masih terasa. Tahun 1990-an pula tuak kelapa ayoh masih melekat di lidah. Benar-benar merindui.

Baru dua hari berpuasa tapi fikiran sudah melayang kepada Aidilfitri. Bagaimana harus kami meraikannya? Kenangan ini masih bersisa. Ya Allah kuatkanlah semangat kami sekeluarga.

Di sebalik kenangan ini terselit juga kegembiraan kawe. Mudah-mudahan ini menjadi ubat kerinduan. Pemergian Ayoh pada 10/11/16 diganti dengan kehadiran seorang isteri yang cukup sempurna bagi kawe. Pemergian ayoh 20 hari sebelum kami diijab qabul sekurang-kurangnya mampu menjadi penawar kawe. Insyaallah masa yang akan datang dilimpahkan rahmat Allah.

Selamat menunaikan ibadat puasa.. Semoga ibadah kita sentiasa dirahmati Allah. Assalamualaikum..