Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Oktober 20, 2011

Calon PRU 13, Pasir Mas?

Ibrahim Ali calon 'Mesra BN' di Pasir Mas?
M Faqih & Husin MHI 
Datuk Ibrahim Ali

PASIR MAS, 4 Okt: Kini geger diperkatakan Datuk Ibrahim Ali yang pernah bertanding menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum lalu mahu beralih angin kepada Barisan Nasional (BN) pula.
Ramai mendakwa bekas pemimpin Semangat 46 dan Berjasa itu difahamkan bakal bertanding menggunakan lambang BN pula.
(Ibrahim Ali semasa menjadi calon PRU 2008 dengan menggunakan lambang PAS. Dalam PRU akan datang, beliau dikatakan akan gunakan lambang dacing pula)
Sekiranya andaian itu menjadi kenyataan, tercatatlah sejarah seorang pemimpin yang paling kerap beralih parti, dengan kata lain tidak ada prinsip perjuangan.
Bagi pengundi PAS yang pernah memangkah Ibrahim kerana lambang Bulan pada pilihan raya lalu, ramai tidak menghalalkan perbuatan anggota parlimen terbabit.
Kata mereka Ibrahim kena bertanggungjawab di hadapan Allah Taala bermula di lubang kubur nanti.
Biar pun Ibrahim mulai dianggap sebagai calon mesra BN, namun kehadirannya ternyata membuatkan barisan kepimpinan Umno yang ada sekarang tergugat.
”Bagi membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen Pasir Mas, Ketua Bahagian, Datuk Hanafi Mamat perlu dipindahkan ke Dun Tendong.
”Sedangkan pada pilihan raya umum lalu Hanafi bertanding di kerusi Dun Pengkalan Pasir. Ketika itu Ahmad Rosdi Mahamad menjadi calon BN berdepan dengan Ibrahim di kerusi parlimen,” kata satu sumber di sini.
Menurutnya Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai peluang di Dun Chetok. Namun, kerusi itu juga sudah diintai Ketua Pemuda, Najib Rusdan Abdul Rahman.
Medan perebutan di Chetok sedang hangat diperkatakan sekarang apabila Che Johan dan Najib Rusdan dikatakan tidak mahu mengalah.
Malah, pertelingkahan kedua-dua pemimpin Umno terbabit difahamkan tidak mampu diselesaikan lagi apabila seorang daripada mereka dikait dengan kes bakar kenderaan di Pasir Mas pertengahan September lalu.
Manakala Dun Pengkalan Pasir pula lebih terbuka kepada Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Muhamad.
”Mengapa Hanafi yang pernah menang seketika di Pengkalan Pasir memilih Dun Tendong. Ini kerana baginya BN boleh menang di situ dengan lebih mudah memandangkan ada sisa-sisa pengaruh Ibrahim.
”Jadi laluan diberi Hanafi untuk membolehkan Ibrahim bertanding menggunakan tiket BN di kerusi parlimen,” kata seorang pemerhati politik dari Tendong.
Kelibat Ibrahim untuk terus mempertahankan kerusi parlimen jelas kelihatan pada Ramadan lalu apabila cuba memancing orang ramai dengan sumbangan raya.
Ramai melihat Ibrahim mahu mengulangi taktik 2008 meraih simpati PAS, kini mempamerkan sikap mesra BN, selepas keahlian Umnonya dilucut kerana bertanding tiket Bebas pada pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005.
Hujah mereka, Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), NGO fanatik Melayu hanya mengharapkan umpan wang ringgit bagi menarik simpati rakyat.
”Rakyat di Pasir Mas sudah lama kenal siapa Ibrahim, cuma beliau bernasib baik pada pilihan raya umum lalu kerana bertanding di atas lambang Bulan, kalau parti lain usah harap untuk bergelar wakil rakyat,” kata Azmin Md Yusof, 45 dari Kubang Bemban.
Pilihan raya umum ke-13 akan menjawab siapa Ibrahim selepas ini.
Porak peranda rumah tangga Umno juga sudah merebak ke tempat-tempat lain termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Rantau Panjang.
Di Gua Musang Ketua Bahagian Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semakin tergugat apabila kumpulan Umno Baru diketuai Datuk Bazlan Baharuddin difahamkan mulai berkerat rotan dengan bekas Presiden Semangat 46 itu.
Beliau kini dikatakan berganding erat dengan bekas Adun Galas, Mohd Saupi Deraman dan Ketua Wanita, Senator Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor.
Krisis kepimpinan Umno Gua Musang sekarang memperlihatkan semula pertembungan pemimpin bekas Semangat 46 dan Umno Baru.
Kemenangan Bazlan sebagai Ketua Pemuda Umno Gua Musang pada pemilihan lalu juga dikatakan tidak diiktiraf Ku Li.
.....dari harakahdaily.net (tarikh diambil 04 Oktober 2011, Selasa)

4 ulasan:

  1. Sejarah umno pasir mas tampil calon agama baru gagah.Bukti Arwah Abang Hasan Ismail-Al Fatihah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. calon agama tak tahu bo sekepeng

      Padam
  2. ibrahim ali akan tersungkur pada pru13....tengok 5.5.13

    BalasPadam
  3. Payah undi la brehim ali jenis katak lompat tika nak hujan je berkukuk kukang - kukang. Dia bertanding atas pas ko atas barisan ko atas parti bebas ko jangan undi Biar dia mampus macam katak. manusia tak kenal budi takde perinsip perjuangan ore yang sokong brehim ali serupa dengan katak juga.
    Ambo ore pasir mas mampus hidup balik terlentang makan air embun tirap make pasir aku tak sokong tak udi.

    BalasPadam

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..