Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Januari 22, 2010

Cerita Bola: Halim Napi dipanggil perkuat Red Warriors


SHAH ALAM - Bekas penjaga gol veteran Kelantan, Halim Napi dipanggil semula bagi menguatkan pasukan menjelang perlawanan kelima menentang Johor FC esok di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, penampilan semula aksi Halim ini adalah untuk memberi laluan kepada penjaga gol utama, Syed Adney Syed Hussein mencari ‘ruang’ agar tidak terlalu tertekan dengan aksinya sebelum ini.

“Kita memberi peluang kepada Halim dalam masa sama ingin lebih kuatkan barisan pemain kerana kita perlu ada fleksibiliti sekali gus memberi ruang kepada Adney memulihkan semangatnya kembali.

“Dia sendiri mengaku kesilapan ketika beraksi menentang Kedah kelmarin dan saya rasa itu adalah pengajaran yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Annuar berkata, beliau mengarahkan jurulatih, B Sathianathan menurunkan barisan terbaik ketika bertemu Johor FC esok dengan formasi yang berbeza daripada sebelum ini.

“Tahun lalu kita tewas dua kali dengan Johor FC dan saya harap kami dapat menebus kembali kekalahan itu. Kelantan akan turun lebih garang dengan gandingan serangan Mohd Nor Farhan Muhammad, Chanthuru, Hairuddin Omar dan Indra Puta Mahayuddin,” katanya.

Sementara itu Annuar berkata, satu majlis solat hajat akan diadakan hari ini khas buat pasukan sebelum perlawanan esok.

Sinar Harian. 22 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..