Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Januari 07, 2010

BTN tidak ajar peserta maki pembangkang

BUTTERWORTH - Siapa kata peserta kursus Biro Tata Negara (BTN) diajar untuk memaki hamun pemimpin pembangkang seperti yang didakwa setengah pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang. ADUN Penaga yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Azhar Ibrahim berkata, pembangkang sering mengeluarkan tohmahan dan memandang serong terhadap semua program yang diadakan oleh Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata Kerajaan Negeri sengaja megeluarkan kenyataan berbaur hasutan atau perkauman untuk menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat negara ini terhadap Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN). “Siapa sebenarnya yang sering mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki hamun orang lain. Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) yang gemar memaki hamun orang lain, terutama pemimpin dan wakil rakyat BN. Sinar Harian, 10/12/09

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..