Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Januari 14, 2010

Cerita Bola Lagi

2010 adalah "Tahun Bola Sepak Kelantan"; itulah perancangan KAFA pada tahun ini. Dan semalam (13 Jan. 2010) penyokong dapat merasai permulaan "tahun bola Kelantan" di Stadium Sultan Muhammad iv. Kelantan berjaya menyekat semangat pasukan Johor dengan kemenangan 3-0 hasil jaringgan Akmal Rizal, Badri (Piya) dan jua Indra. Pesta gol Kelantan disambut meriah oleh 20 ribu penyokong. Namun bukan itu yang aku ingin sampaikan di laman ini. Ada yang lebih penting lagi.

Kegagalan Kelantan membawa pulang Piala Malaysia musim lalu bukan sahaja mengecewakan penyokong malah mengundang pelbagai andaian dan tuduhan negatif terhadap pasukan. Antaranya jual beli permainan dan pelbagai lagi. Daripada tuduhan itu juga terdengar desas desus daripada penyokong untuk memboikot pasukan bagi tahun 2010. Namun apa yang aku lihat itu hanya  kata-kata sekadar cara untuk melepaskan geram dan marah, serta kecewa. Hakikatnya penyokong masih menanti. Sebelum kempen liga bermula tahun ini sudah menampakkan reaksi positif daripada peminat. Perlawanan persahabatan yang diadakan di stadium keramat ini sentiasa mendapat perhatian daripada peminat. Aku sempat bertandang ke stadium untuk menyaksikan dua perlawanan persahabatan pasukan Kelantan dengan T-Team dan juga pasukan dari Selatan Thai, Narathiwat. Penyokong menenuhi ruang yang ada. Kehadiran penyokong pada perlawanan persahabatan ini seolah-olah mengggambarkan peristiwa kekalahan kepada Negeri Sembilan musim lalu semakin dilupai.

Perlawanan kedua Liga Super musim ini dan pertama di stadium keramat Kelantan membawa cerita yang seakan-akan sama pada musim lalu. Kemenangan ke atas Johor memang ditagih, namun sikap penyokong masih lagi terbawa-bawa. Jaringan pertama oleh Akmal disambut oleh dentuman mercun. Lebih buruk lagi ia disusuli balingan bekas minuman. Hairan. Kenapa objek sebegitu dijadikan alat untuk melafaskan kegembiraan? Gembira,= mercun, baling objek; Duka = lebih daripada itu akan tercetus.

Seperti biasa juga, pemain yang tidak menunjukkan kesungguhan ataupun yang sering melakukan kesilapan, akan dilempar dengan kata-kata nista. Itulah kebiasaannya berlaku di stadium. Bagi yang menunjukkan persembahan yang menarik, mereka akan dipuji melambung. Apa yang menarik, fenomena ini bukan sahaja ditujukan kepada pasukan kesayangan, namun juga kepada pasukan lawan. Senang cerita, penyokong Kelantan akan sokong dan akan "sumpah" mana-mana pemain yang baik atau pemain yang "buruk", tidak  mengira pemain lawan atau pemain negeri kesayangan. Hebat bukan?

Suasana? Meriah. Perkarangan stadium sudah manampakkan kemeriahannya. Walaupun saingan baru bermula, penyokong yang hadir memang menakjudkan. Di pintu masuk penyokong berasak-asak. Itu tanda sokongan. Gerai jualan pula memenuhi perkarangan stadium. Sama ada yang menjual makanan, minuman, mahupun barangan cenderamata.

Penyokong oh peminat... Sikap negatif kita sukar untuk berubah. Gegak gempita di dalam stadium disusuli lemparan objek dikesali. Dentuman mercun kali ini mungkin tidak mampu memeranjatkan pesakit-pesakit HRPZ II, namun ia mengundang bahaya kepada rakan-rakan kita. Balingan mercun dari bahagian atas menuju ke tepi padang. Bayangkan jika balingan itu tidak sampai ke tepi padang tetapi sampai ke tepi telinga rakan kita. ????? Memang patutlah ada pihak yang mengatakan penyokong kita tidak bertamadun. (begitu juga dengan penyokong dari pasukan lain, masih lagi bersifat sebegini).

Apa yang pasti, kemeriah bola sepak Kelantan sekali lagi dirasai. Namun apakah ini akan berterusan? Itu persoalan yang bermain di fikiran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..