KOTA BHARU, 11 Jan: Rakyat Kelantan berpeluang mendengar sendiri penjelasan pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah mengenai hak negeri ini ke atas royalti minyak.
Ceramah khas mengenai royalti petroleum tersebut asalnya dijadual diadakan pada akhir Disember lalu di Stadium Sultan Mohammad Ke IV, namun ditunda kepada 28 Januari ini. Program tersebut dijangka diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) bermula jam 7 malam. Penganjur bersama program berkenaan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) memberitahu program itu bermula dengan solat Maghrib. “Kemudian diikuti solat hajat dan solat Isya berjemaah dan ceramah umum yang akan disampaikan Tengku Razaleigh,” katanya di sini.
Jurucakap GEGAR berkata, veteran Umno itu sudah menyatakan persetujuan untuk hadir pada satu pertemuan dengan rombongan Gegar baru-baru ini. GEGAR merupakan sebuah badan bertindak yang menggabungkan lebih 50 badan-badan bukan kerajaan (NGO). Antaranya Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).

Matlamat utama penubuhan GEGAR bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975.
Kerajaan negeri menuntut royalti minyak setelah mendapati Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2004 melaporkan Kelantan merupakan negeri pengeluar minyak bersama Terengganu, Sabah dan Sarawak. Tuntutan royalti minyak dimulakan kerajaan negeri menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada Julai lalu. Ekoran itu Menteri Besar menghantar dua pucuk surat kepada Perdana Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. Bagaimanapun dua menteri yang juga anak Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan perairan negeri ini mempunyai minyak. Namun selepas lima bulan tuntutan tersebut akhirnya Datuk Seri Najib Razak akur dan mengakui perairan Kelantan mempunyai minyak dan gas.
Pada kenyataan di parlimen pada 4 November lalu Perdana Menteri menjelaskan kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai 2010, hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri ini.
Oleh itu GEGAR menjemput orang ramai hadir pada program tersebut bagi mendengar sendiri penjelasan pengasas Petronas mengenai tuntutan royalti Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..