Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Disember 24, 2011

Penghujung yang belum tahu akhirnya

Lama betul tak main benda alah ni. Kekangan masa, kering idea, ditambah pula dengan malasnya untuk ke ciber cafe.

Dalam beberapa hari lagi 2011 bakal berakhir dan diganti dengan angka yang baru. Setiap tahun angka ini bertambah. Permulaan yang akan menemui penghujung. Tapi belum diketahui bila akhirnya..
Telah menjadi resam alam setiap yang bermula akan berakhir. Bagaikan 2011 ini bakal lenyap dengan kehadiran ombak..

Untuk tempoh setahun ini perjalanan hidup kawe masih seperti biasa. Tiada yang istimewa.

Seperti biasa, untuk tahun yang mendatang kawe mengharapkan sinar yang menyinar, berharap dengan segala harapan. Segalanya berkisar tentang kesempurnaan.

Hijriah 1433 pengukur taqwin Islam

SHOUTUL SOFWA - Maal Hijrah


Nadamurni: Hijrah

................................
Tiga empat hari lalu seorang guru kawe telah dijemput Allah. Dalam usia yang muda Allahyarham diuji dengan penyakit gaot dan buah pinggang. Akhirnya arwah hanya diberi 42 tahun sahaja oleh Allah untuk bernafas. Seorang guru yang berdedikasi yang telahpun menemui akhirnya cerita di dunia. Kini Allahyarham Mawardi Zain telah memulakan sesuatu yang baru di alam yang lain. Alam yang hakiki..
.........................................
Baca: Dr. Maza: Muharram bukan bulan nabi berhijrah