Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Jun 21, 2010

Voodoo agama purba




DI SEBUAH ladang kapas di Benin, seorang remaja sedang tekun memasukkan gumpalan kapas kering ke dalam guni. Sesudah guni itu padat, dia mencapai jarum guni yang panjangnya hampir sejengkal untuk menjahit mulut guni sekali gus memberi petunjuk kerjanya hampir selesai untuk petang itu.

Kehidupan Asita Chari, 14, tidak banyak berubah sejak dia dijual oleh ibu saudaranya kepada seorang lelaki asing di bandar Borgou, Benin, lima tahun lalu. Sejak usianya sembilan tahun, dia terpaksa mengerah tenaga mudanya bekerja di ladang kapas tersebut. 

Negara Benin yang kecil dan miskin itu terletak di antara Teluk Guinea hingga ke sempadan Nigeria. Ia sangat dikenali sebagai tempat lahirnya penyembahan voodoo, pusat perdagangan buruh kanak-kanak dan pusat pengeluaran kapas di rantau tersebut.

"Saya dijual pada harga AS$50 (RM163) kepada majikan saya sekarang. Sebagai buruh kanak-kanak, saya tiada pilihan untuk membuat keputusan menentukan arah hidup. Saya selalu mencari jalan untuk lari dari sini.



"Hidup saya sangat susah. Kerja saya berat tetapi sering lewat diberi makan. Semasa baru sampai di ladang ini, hampir setiap malam saya menangis sambil berharap voodoo datang membantu saya," katanya.

Dia percaya, kecekalan dan kekuatan meneruskan hidup sehingga hari ini adalah berkat dan restu dari roh nenek moyangnya.

Kisah Asita sungguh malang namun ia menjadi sesuatu yang sangat biasa di negara yang bergelut dengan masalah buruh kanak-kanak itu. Kerahan tenaga pada usia awal di Benin sekali gus memberi kesan terhadap jangka hayat yang kini rata-rata hanya 59 tahun.

Roh
Malah, kira-kira sepertiga daripada 8.7 juta rakyat di negara itu diselubungi kemelaratan dan hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa dengan pendapatan tidak sampai AS$1.25 sehari (RM4).

Voodoo yang terkenal di bumi Afrika diiktiraf sebagai agama tertua di dunia oleh sesetengah ahli konservatif yang menganggarkan usia tradisi itu sudah melebihi 10,000 tahun.

Di Benin, amalan voodoo bukan sahaja dianggap sebagai pemujaan semangat dan roh sebaliknya ia adalah satu-satunya negara di dunia yang menjadikan voodoo sebagai agama rasmi sejak lebih 500 tahun lalu.

Mengamalkan kepercayaan kepada takdir dan pegangan animisme, merangkumi alam sekeliling dan fenomena alam, sebarang kejadian yang berlaku dianggap sebagai petunjuk kepada keberkatan atau amaran daripada semangat suci yang juga disebut sebagai roh atau tuhan.

Pada dunia moden hari ini, amalan voodoo masih dipraktikkan malah masih ramai yang taksub sama ada dengan sami, ramalan mahupun ritual yang dilaksanakan bagi memenuhi sesuatu hajat.

Rahsia

MASIH ramai rakyat Afrika yang mempercayai voodoo dan memilih untuk berubat dengan cara alternatif itu.


Bagi seorang warga Botswana yang melanjutkan pengajian di negara ini, Bains Bosigo, 23, dia masih mempercayai voodoo sebagai tradisi budaya lama di negaranya.

"Voodoo adalah kepercayaan asal di negara kami, tetapi selepas kedatangan Kristian, semakin ramai yang beralih arah. Kini ia hanya dipraktikkan secara meluas sebagai budaya, bukan lagi agama. Namun, tidak dinafikan, masih ada yang taksub dengan voodoo, tetapi jumlahnya tidak ramai.

"Di bandar asal saya, Gaborone, voodoo adalah pemujaan roh atau bacaan mentera tertentu yang biasanya dilakukan dalam acara rasmi, upacara keagamaan, perkahwinan dan kematian.

"Selain itu, sami voodoo juga akan menjadi rujukan untuk tujuan perubatan alternatif atau sekiranya mahu mencari jalan keluar kepada sesuatu masalah," jelas penuntut di Universiti Limkokwing ini.

Bagaimanapun, tambahnya, cara pengubatan dengan sami voodoo adalah perkara yang perlu dirahsiakan demi menjaga maruah pesakit selain mahu mengelak dari menjadi bahan usikan.

"Ramai orang datang berjumpa sami dengan membawa bermacam-macam hajat. Ada yang berubat mahukan anak, mahu mencari jodoh, keselamatan, minta perniagaan maju dan sebagainya.

"Boleh dikatakan semua yang datang berjumpa dengan sami dan menjalani ritual pemujaan akan menyimpannya sebagai rahsia. Berubat dengan sami dianggap kolot namun dalam diam masih ramai yang melakukan penyembahan voodoo sebagai jalan untuk menunaikan hajat," katanya.

Darah

RAKYAT Benin turut mengadakan ritual penyembahan voodoo untuk memohon kesejahteraan kepada mangsa tsunami di Asia pada tahun 2005.


Ritual yang membuktikan pengabdian kepada voodoo atau semangat yang dipuja biasanya menagih darah haiwan seperti ayam untuk dijadikan sebagai korban.

Teori mengorbankan haiwan dan elemen darah yang dilihat sebagai simbolik memberi hidangan kepada roh atau semangat bagaimanapun ditolak kaitannya dengan penglibatan syaitan atau roh jahat.

"Pemujaan ini hanya dilakukan untuk meminta restu daripada alam ataupun nenek moyang yang telah meninggal dunia, tiada kena mengena dengan kuasa ghaib," ujar Bains yang menolak kewujudan penggunaan patung dan jarum dalam amalan voodoo di negaranya.

Selain korban haiwan, muzik dan tarian merupakan kunci yang menentukan kejayaan dalam pemujaan voodoo. Malah ia menjadi lambang ekspresi keagamaan, hubungan antara tuhan dengan roh yang juga dikenali sebagai Iwa di Haiti.

Tidak hairanlah, dalam ritual penyembahan voodoo, ia pasti berlangsung dengan disertai tarian yang diberi nama 'tarian malam' atau 'tarian voodoo'.

Bagi seorang lagi penuntut dari Uganda, Tebor Ulaiya, 28, dalam upacara penyembahan, dengan bantuan para Iwa, sami atau paderi akan menawarkan diri untuk mengubati pesakit sama ada menggunakan herba, ubat-ubatan ataupun mengubati melalui Iwa.

SEJUMLAH patung dipaku di sebatang pokok di perkuburan awam yang bertujuan untuk mengelak roh jahat berkeliaran.


"Ia adalah ritual budaya masyarakat Afrika yang bertujuan untuk memulihkan atau memberi kebaikan. Ia merupakan alternatif yang lebih bertradisi.

"Malangnya, upacara voodoo sering digambarkan oleh sebahagian besar masyarakat dunia sebagai cara pemujaan yang hanya bertujuan untuk membalas dendam dan menyihir. Sedangkan, hakikatnya tidak begitu," katanya.

Tambah Tebor, dia tidak menolak wujudnya sami voodoo yang sanggup melakukan pemujaan ilmu hitam dengan patung atau haiwan yang telah mati demi membalas dendam sehingga membawa kepada kematian.

"Saya pernah terdengar cerita tentang orang yang memuja voodoo untuk perkara yang tidak baik, tetapi saya tidak ada pengalaman mengenainya.

"Bagi yang mempercayai voodoo, ia adalah sesuatu yang sangat berkuasa dan boleh memberi kebaikan kepada pengikutnya namun ada juga individu yang mengambil kesempatan untuk menipu dan menggunakannya untuk kejahatan," katanya.

Kosmo!

Jumaat, Jun 18, 2010

Cerita di pagi Jumaat

Pada pagi Jumaat yang hening ini tiba-tiba aku rasa ingin merakam cerita yang belum berkesudahan. Ya! Memang tidak akan berkesudahan selagi nafas masih ada, tetapi sekurang-kurangnya cerita dahulu (Penghujung 2009) biarlah meniti titian yang menyenangkan. Namun setakat ini ia belum menampakan hasil.

Tatkala terdengar azan Subuh berkumandang, aku sedar tahun 2010 telah berusia enam bulan. Ini bermakna 2010 telah berada di pertengahan. Ini juga bermakna usia aku juga telah bertambah setengah tahun (7 Januari).

Apa sebenarnya aku nak bagi tahu ni? Aku pun tak tahu. Cuma aku rasa ada kekurangan dalam diri. Ada kelemahan dalam diri. Ada "rahsia" dalam diri.  Ya "RAHSIA". Dan yang paling besar, "rahsia" itu mengundang dosa yang tidak mungkin aku nyatakan di sini. Ya! Rahsia ini yang menyebabkabkan kekurangan dalam diri.

Rahsia! Bagaimana ingin aku atasi ini semua. Cerita "Penghujung 2009" dek kerana "rahsia". Mengapa "rahsia" penyebabnya? Kerana kesilapan diri, aku terpaksa menanggung ini semua. Dan kesilapan diri telah mengundang "rahsia" yang entah bila akan berakhir dan entah bila akan terbongkar.

Walau apa pun, sehingga ke saat ini aku masih berharap dan berdoa agar Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada ku dalam menghadapi ujian-Nya. Dan Dan pengharapan aku juga agar Allah memberi sesuatu kepada ku agar "rahsia" itu tidak lagi membebani aku.

Aku juga percaya perjalanan hidup kita ini ada ceritanya tersendiri. Begitu juga dengan aku.

(Perjalanan Hidup) nak masukkan vidio tapi x pandai. Hahaha..

video

Allahhuakbar...!!!

Selasa, Jun 08, 2010

Kubur gladiator ditemui di Britain


GAMBAR menunjukkan satu rangka manusia gladiator yang ditemui di York, England baru-baru ini.

YORK - Sepasukan pakar arkeologi menemui kawasan perkuburan mengandungi hampir 80 rangka lelaki dipercayai gladiator dari empayar Rom yang disemadikan di utara England ribuan tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Serpihan tulang berusia 2,000 tahun itu menunjukkan lelaki tersebut dibawa dari empayar Rom untuk berlawan di utara England.
Seorang pegawai penyelidik Yayasan Arkeologi 

York, Kurt Hunter-Mann berkata, puluhan rangka lelaki itu mempunyai tanda-tanda luka akibat mengalami banyak kecederaan termasuk ditetak dengan kapak di kepala.

Saintis pada mulanya menyangka tanah perkuburan purba di utara England itu menempatkan mangsa pembunuhan beramai-ramai sebelum mendapati tengkorak sebahagian besar rangka berkenaan dipenggal selain mempunyai kesan gigitan harimau.

Rangka bertubuh sasa itu menyerupai gambaran pahlawan Rom seperti dilakonkan aktor terkenal Australia, Russel Crowe menerusi filem epik sejarah Gladiator.

Analisis tulang menunjukkan galdiator itu diimport oleh empayar Rom dari pelbagai tempat termasuk di Afrika dan kawasan sekitar Mediterranean.- Agensi

Kosmo!

Jumaat, Jun 04, 2010

Saiful diliwat - Pakar bedah


MOHD. SAIFUL


KUALA LUMPUR - Laporan klinikal dan laporan kimia berhubung sampel yang diambil daripada dubur Mohd. Saiful Azlan Bukhari mengesahkan kewujudan air mani dan DNA dua lelaki yang menunjukkan berlaku kemasukan zakar ke dalam dubur pengadu.

Perkara itu disahkan pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim selaku saksi pendakwaan kedua yang memberi keterangan dalam perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Razali merupakan antara tiga pakar perubatan yang menjalankan pemeriksaan serta mengambil sampel daripada dubur Mohd. Saiful ketika pengadu datang membuat pemeriksaan di HKL pada 28 Jun 2008.

Beliau yang disoal Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden berkata, setelah meneliti kedua-dua laporan tersebut, beliau merumuskan ia adalah konsisten dengan cerita pengadu yang dirinya telah diliwat.

"Dengan kedua-dua laporan ini sekarang, saya boleh katakan adanya kemasukan zakar dalam dubur pengadu walaupun tiada sebarang kecederaan, trauma atau kesan koyakan pada duburnya disebabkan penggunaan pelincir," katanya yang baru semalam ditunjukkan dengan laporan kimia tersebut oleh pihak pendakwaan.

Kosmo! 

Rabu, Jun 02, 2010

Jais kumpul maklumat Al-Arqam semakin aktif

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengumpul maklumat berhubung dakwaan kononnya pengaruh Al-Arqam yang diharamkan kini semakin aktif selepas kematian pengasasnya, Asaari Muhammad atau Abuya.
 
Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata pihaknya mendapat aduan berhubung perkara itu, namun setakat ini belum ada tangkapan dibuat selain beberapa acara yang cuba dibuat mereka dibatalkan, mungkin mengesyaki pegawai Jais mengumpul bukti berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, Jais belum membuat tangkapan berhubung perkara ini dan akan bertindak tegas jika dakwaan itu terbukti benar dan disokong bukti kukuh.

“Buat masa ini kami masih menyiasat dan tidak menolak kemungkinan kegiatan mereka ini masih aktif cuma ia gagal dikesan kerana dipercayai berselindung di sebalik perniagaan,” katanya di sini, semalam.

Beliau pada masa sama tidak menolak ramai bekas pengikut kumpulan itu masih aktif berdasarkan laporan akhbar baru-baru ini mengenai konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin kumpulan Al-Arqam yang diharamkan itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. “Kami harap lebih ramai saksi tampil memberi keterangan bagi membolehkan kami menyiasat perkara ini,” katanya.

Ditanya mengenai isu ‘minum air ludah’ oleh seorang penceramah baru-baru ini, Khusrin, memberitahu, Jais kini membuat rumusan dakwaan itu.

Menurutnya, Jais masih menyiasat dan mendapati wujud acara meminum air zam-zam oleh seorang penceramah di sebuah masjid, tetapi setakat ini kami mendapat maklumat pada acara itu, cuma gelas berisi air zam-zam diminum jemaah secara bergilir-gilir.

“Amalan seperti ini juga dilakukan sahabat yang berkongsi minum susu di dalam gelas sama ketika zaman Nabi Muhammad SAW.

“Jika tidak benar dakwaannya, kami akan panggil untuk mendapat penjelasan dan tindakan boleh dibuat mengikut Enakmen Tata Cara Jenayah Syariah 2003 mengikut Seksyen 211 kerana menyebarkan dakwaan palsu,” katanya.

Pada April lalu, Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Asri mendakwa berlaku upacara telan air ludah ustaz seorang tokoh agama di negeri itu di sebuah masjid di Selangor menerusi kenyataannya dalam portal berita, Malaysiakini.

Berikutan kenyataan itu, bekas mufti terbabit dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya di pejabat Jais di sini. 

Harian Metro

Cerita bola.; Daudsu, Hairuddin dan Che Hishamuddin

Kemeriah Liga Super di Kelantan terus hangat diperkatakan. Perlawanan di antara Kelantan - Perak berkesudahan dengan kemenangan milik tuan rumah. Perlawanan 1 Jun ini mengembirakan penyokong Kelantan lebih-lebih lagi dengan jaringan Hairuddin yang selama ini dileberkan dengan pemain penumpang dalam skuad Kelantan.

Dalam pertemuan ini juga menyaksikan beberapa insiden dan cerita yang tersendiri. Cerita utama sudah pasti kemenangan 2-0, jaringan Farhan dan Hairuddin. Dan cerita lain adalah mengenai pemain veteren, Che Hishamuddin Hassan yang tercedera.

Permainan Kelantan secara keseluruhannnya nampak bertenaga walaupun gagal untuk mencari gol pada separuh masa pertama. Apa yang menarik permainan pada perlawanan ini adalah peranan Daudsu yang banyak mencemaskan pihak lawan. Hantaran demi hantaran Daudsu untuk rakan sepasukan mampu diterjemahkan dengan jaringan namun hampa. Daudsu bekerja keras malam itu di bahagian pertahanan mahupun di tengah, sebelah padang dan juga mampu membuat beberapa hantaran tepat. Minit awal separuh masa kedua Daudsu membawa bola dengan baik dan melepaskan tembakan ke pintu gol tetapi terhalang oleh pihak lawan, namun bola melantun balik ke arahnya. Serentak dengan itu Daudsu segera membuat hantaran leret kepada Farhan untuk jaringan pertama Kelantan.

Hairuddin mempunyai peluang yang agak cerah di depan pintu gol tetapi sepakannya mengecewakan. Minit-minit akhir Hairuddin menebus kehampaan dengan jaringan yang agak menarik. Bagi "pasangannya" (Akmal) pula permainan semakin baik tetapi penyudahnya belum sempurna. Peluang terhidang di depan pintu gol terlepas begitu sahaja apabila tampanan kakinya telah membawa bola terbang jauh ke sebelah kiri gol..

Peranan Hishamuddin tidak lama di atas padang. Hashamuddin yg masuk mengantikan Badri hanya bertahan tidak sampai tiga minit setelah dia terjatuh dalam insiden merebut bola dengan pemain lawan. Akibatnya, sikunya mengalami kecederaan.

Secara keseluruhannya Kelantan bermain dengan gaya tersendiri dan mampu untuk menjaringkan gol dengan jumlah yang besar tetapi penyudahnya menghampakan.

Tengok ni;

Selasa, Jun 01, 2010

Tak wajar naikkan yuran memandu


PENAMBAHAN kurikulum tidak seharusnya menyebabkan kenaikan yuran belajar memandu.


KUALA LUMPUR - Sebarang kenaikan kadar bayaran bagi belajar memandu adalah tidak wajar walaupun berlaku penambahan kurikulum baru dalam sistem latihan memandu, kata Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca).

Penasihatnya, Datuk Mohd. Hamdan Adnan berkata, jika kenaikan kadar bayaran dibenarkan, ia akan membebankan pengguna dan menggalakkan pihak sekolah memandu menaikkan harga sesuka hati mereka.

"Pengenalan kurikulum baru dalam sistem latihan memang perlu untuk memantapkan latihan dan pembelajaran di sekolah memandu, tapi tidak harus sampai menaikkan harganya," katanya kepada Bernama semalam. 

Kosmo!

Kelantan memburu, diburu

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

KUALA LUMPUR - Mengejar Selangor di puncak Liga Super berupa misi berganda dan semakin memeritkan khususnya buat Kelantan selaku pencabar terdekatnya.

Lapan mata yang memisahkan kedua-dua pasukan, hanya akan disamakan Wira Merah sekiranya deretan tiga perlawanan seterusnya mampu menyaksikan Gergasi Merah tersungkur di Johor Bahru, hari ini.

Namun buat Kelantan, nasib mereka juga perlu ditentukan pemain sendiri dan bukan lagi berharap semata-mata pada tuah dan kekebalan di Stadium Sultan Muhammed IV akan terus menemani sehingga penghujung musim.

Aksi hari ini menemukan masing-masing dengan lawan yang di ambang penyingkiran ke Liga Perdana musim depan iaitu Johor dan Perak, justeru tiada pilihan kecuali kemenangan dapat mewajarkan status mereka sebagai dua teratas liga setakat ini.

Walaupun tanpa dua tonggak dan jurulatih yang masih digantung, Selangor terbukti kebal, malah dengan barisan berkualiti musim ini dan pengalaman antarabangsa Piala AFC, sukar bagi Johor mengelak daripada senasib KL PLUS, Pahang dan Perlis sejak 22 Mei lalu.

Di Kuala Terengganu, tuan rumah berdepan Negeri Sembilan dalam apa yang layak digelar 'perlawanan tumpuan' hari ini.

Ia juga buat seketika dapat meredakan anak buah Wan Jamak Wan Hassan daripada kerenah penyokong Hobin Jang Hobin di Paroi yang hanya mahukan kemenangan.

Tiga mata yang jika digenggam Si Penyu, bakal mengingatkan Kelantan supaya jangan terlalu memandang Selangor sahaja, tetapi wajar sesekali cuba menoleh sejauh mana langkah pencabar dari tempat ketiga liga.

Namun, bagi Negeri Sembilan, mungkin meraih tiga mata dari kejauhan lebih wajar untuk mengembalikan keyakinan penyokongnya yang sekian lama mengidam langkah juara Piala FA dan sentuhan kejayaan konsisten berulang pada pasukan kesayangan mereka.

KL PLUS dan Johor FC pula hadir di Petaling Jaya dengan tuan rumah cuba menjamin keselamatan diri dari zon penyingkiran, sedangkan anak buah Ramlan Rashid enggan keciciran sekurang-kurangnya tempat ketiga lagi yang turut mewakili ganjaran hadiah wang kemenangan.

Sathia: Kelantan perlu fokus pada perlawanan

Oleh YATIMIN ABDULLAH

INDRA (tengah) akan kembali dalam kesebelasan utama Kelantan pada aksi menentang Perak malam ini.


"FOKUS kepada perlawanan dan jangan fikir pasal Selangor."

Demikian ingatan ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan kepada anak-anak buahnya yang akan turun melayan kunjungan Perak pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam ini.

Menurutnya, pemain perlu membuang tanggapan bahawa setiap perlawanan adalah untuk mengejar Selangor, sebaliknya mereka perlu memberikan tumpuan sepenuhnya dan berusaha untuk mencari tiga mata dalam setiap perlawanan.

"Perak sebuah pasukan yang kuat. Mereka memiliki ramai pemain yang berbakat serta semangat juang yang kental dalam setiap perlawanan yang mereka hadapi.

"Jika mahu menewaskan mereka, pemain perlu mempamerkan aksi yang terbaik dan harus diingat mereka pernah mengikat kita dengan keputusan seri tanpa jaringan pada aksi pusingan pertama di Ipoh Januari lalu," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, beliau berharap semua pemain dapat mengekalkan rentak permainan sebagaimana aksi bertemu pasukan di tangga tercorot, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

"Walaupun ketinggalan, pemain tetap fokus dan membuktikan mereka mampu melakukannya.

"Inilah yang kita mahukan. Teruskan fokus pada perlawanan dan sentiasa berfikiran positif," ujarnya.

Dalam pada itu, Kelantan dijangka tidak dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan kental, S. Subramaniam yang digantung satu perlawanan.

"Subramanian tidak akan diturunkan akibat mengumpul tiga kad kuning semasa perlawanan dengan Pulau Pinang, Sabtu lalu. Ini bukan satu masalah bagi kita.

"Tempat beliau akan diambil oleh Rizal Fahmi yang akan bergandingan bersama Azizi (Mat Rose), Daudsu (Jamaludin ) dan Mohd. Farisham (Ismail). Saya yakin dia (Rizal) mampu memberikan aksi yang terbaik," ujarnya.

Kelantan menerima khabar gembira apabila kapten pasukan, Indra Putra yang digantung satu perlawanan kembali semula ke dalam kesebelasan utama.

"Kehadiran semula Indra daripada penggantungan merupakan satu tonik buat pasukan. Saya yakin para pemain akan kembali bersemangat untuk turun bertemu Perak malam ini," jelasnya.