Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Disember 30, 2010

JKM agensi muslihat? Ada agenda tersembunyi?

Catatan kali ini mungkin akan membawa impak; kepada aku mahupun terhadap pihak-pihak terbabit.

Tengah hari tadi aku ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Panji, Pengkalan Chepa. Terdengarlah sembang-sembang penerima bantuan kerajaan pusat ini. Kata mereka: 21 November '10 lepas, keluar notis di pejabat JKM (Panji) mengatakan "bantuan pada hari ini (21 Nov.) ditunda ke tarikh 30 Dis.'10 (hari ini). Dan pada hari ini pula petugas JKM hanya memberi wang (bantuan) untuk sebulan sahaja. Perkiraan mereka JKM sepatutnya memberi bantuan untuk dua bulan.

Ehm..katanya petugas - kerani, penerima akan menerima bantuan untuk sebulan sahaja, kerana bantuan sebelum ini telahpun diberikan awal sebelum ini. Rata-rata penerima tidak berpuas hati dengan penjelasan kakitangan kerajaan ini.

Siapa agaknya yang benar...JKM atau penerima? Jika JKM yang benar, mengapa ramai penerima mendakwa mereka tidak menerimapun bantuan sebelum ini?

Aku pula terfikir adakah wujud agenda tersembunyi? Atau memang JKM benar, cuma ramai penerima tidak menyedarinya. Tapi bagaimana pula hal dengan notis yang tertera di dinding pejabat pada 21 November lalu? Notis yang ditulis tangan pada sekeping kertas putih A4. Aku juga pernah membaca notis itu sebelum ini; sayang, aku tak pula merakamnya untuk lampiran di sini.

"JKM agensi muslihat? Ada agenda tersembunyi?", hanyalah persoalan, bukannya menuduh apatah lagi fitnah.

Tengok ni; Tak puas hati

Cerita bola: Wan Jamak puji skuad terbaik

Menurut Wan Jamak, ini merupakan antara skuad kebangsaan terbaik yang pernah dilahirkan dan beliau yakin skuad kali ini mampu menghadiahkan lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.
Pada pertemuan tersebut, para pemain Malaysia beraksi dengan baik sebagai satu pasukan sehingga dapat menyekat kemaraan pemain Indonesia daripada menjaringkan lebih banyak gol.
"Dalam perlawanan ini kita melihat pemain lawan menyerang bertali arus tetapi pertahanan kita kental sebagai satu unit sehingga menyukarkan lawan menjaringkan gol.
"Bagi saya, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat adalah pemain terbaik pada perlawanan itu kerana menyelamatkan beberapa cubaan bahaya termasuk sepakan penalti," katanya ketika dihubungiKosmo! semalam.
Wan Jamak merupakan jurulatih yang pernah membawa skuad Malaysia melangkah ke perlawanan akhir kejohanan itu pada tahun 1996, namun mereka tewas kepada Thailand.
Ujarnya lagi, jaringan cantik daripada penyerang sensasi negara, Mohd. Shafee Mohd. Sali telah menaikkan semangat para pemain negara kerana Malaysia ketika itu jarang menguji pertahanan lawan.
"Jaringan itu juga menyebabkan para pemain Indonesia seolah-olah putus harapan kerana sedar mereka perlu membolosi kubu skuad negara sebanyak lima kali.
"Keampuhan benteng negara yang dibantu kecemerlangan Khairul merupakan faktor utama kemenangan Malaysia," ujarnya.
Mengulas mengenai perbandingan skuad negara yang dibimbing beliau dahulu berbanding skuad tersebut, Wan Jamak berkata, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal mempunyai banyak pilihan pemain yang berkualiti.
"Rajagopal juga diberi masa yang lama membimbing pasukan kebangsaan, sekali gus membuatkan beliau dapat memahami setiap pemain sekali gus dapat membentuk skuad yang mantap.
"Beliau juga mempunyai ramai pemain muda yang berpotensi dan ini memudahkan beliau mengatur strategi atau mengisi kekosongan sekiranya ada pemain yang tidak dapat beraksi," jelasnya.
Tambahnya lagi, skuad negara mempunyai masa depan yang cerah kerana ia dibarisi pemain muda tetapi sudah menunjukkan potensi menjadi sebuah pasukan yang boleh digeruni.
"Saya percaya jika kita berusaha lebih keras lagi tidak mustahil pasukan negara mampu meraih lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Tahniah kepada Rajagobal dan semua pemain serta pegawai skuad kebangsaan negara kerana berjaya mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak Malaysia," ujar Wan Jamak.

Badi 14 tahun berakhir



Pemain Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan (tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. – REUTERS
JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – www.utusan.com.my



Lagi berita:

Surat untuk si dia

****BUN ******** BIN ****
LOT **5, SECTION **,
TAMAN I****, JALAN PADANG *****K,
1****, KOTA *****,
KELANTAN.

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
LOT G2, TINGKAT BAWAH, WISMA CHASE PERDANA,
OFF JALAN SEMANTAN,
DAMANSARA HEIGHTS,
50490, KUALA LUMPUR,
U.P: Bahagian Penguatkuasaan Dan Kutipan Balik (BPKB)       26 DISEMBER 2010.

Tuan,
Penangguhan bayaran PTPTN

Merujuk perkara di atas saya memohon penangguhan bayaran PTPTN. Saya seperti penama di atas (No. K/P: 850107-**-****) peminjam PTPTN (No. Surat Tawaran: 005*****; No. Pin: 7*****), belum menjelaskan sebarang pinjaman yang telah diberikan.

2.       Saya menerima pinjaman PTPTN untuk mengikuti pengajian peringkat &&&&&& ******* **** ****** ******** dalam bidang ***** ****** (*******) di Universiti ******** ***** (***), tahun **** - **** (No. Pelajar: H* ****-****).

3.       Untuk pengetahuan pihak tuan, saya &&& &&& &&& &&& &&& &&&-&&& &&&r. &&& &&& &&& &&&. Oleh itu &&& &&& &&& &&& &&&.

4.       Oleh itu, besarlah harapan saya agar pihak tuan menimbang untuk menangguhkan kutipan bayaran PTPTN terhadap saya. Saya berjanji bahawa saya akan membuat pembayaran seperti yang telah disyaratkan.

Segala jasa baik pihak tuan amat dihargai.

Yang Benar,

__________________
(****BUN ******** BIN ****)
850107-**-****
No.Tel: 014-871****
Email: jogho_rambo@yahoo.com
_________________________________________________
Begitulah suratku untuk "si dia". Sepucuk surat rasmi dan bersetem RM0.60 telah dikirim pada 29 Dis.'10. Ehm..agak-agaknya bagaimanalah reaksi "si dia" tu setelah menerima kiriman aku itu? Tapi, ada jaminan ke suratku itu akan sampai kepada penerimanya? Ehmm...

Sabtu, Disember 25, 2010

Apabila Allah menguji

Beberapa hari lagi 2010 bakal berakhir. Tempoh setahun atau 365 hari hampir tamat. Itulah putaran alam ciptaan Allah. Entahlah, aku kelu dan buntu apabila memikir dan mengenangkan 2010 yang bakal ditinggalkan dan 2009 yang setahun ditinggalkan.

"Hidup ini adalah suatu perjalanan. Perjalanan pula terdapat berbagai-bagai ujian. Setiap ujian tersirat hikmatnya. Setiap hikmat menjadi anak kunci keinsanan. Hadapi perjalanan hidup ini dengan tabah agar kita tidak rebah"..
Jiwa aku kosong, fikiran akan bercelaru.. Adakah ini ujian atau pembalasan...

Pernahkan kita terfikir setiap musibah yang melanda ini adalah satu ujian atau satu pembalasan? Kata orang bijaksana, jika kita redha dan mengambil pengajaran terhadap setiap musibah yang melanda, itu adalah tanda "ujian". Tapi jika kita tidak insaf, merungut, dan tidak mahu berubah, itu pula adalah satu "pembalasan" Ehm... Jadi, di manakah kita?

Kadang kala doa hanya hadir setelah musibah melanda. Itulah silap kita. Dan sering kali juga kita merungut jika permintaan kita tidak tertunai. Mungkin kita lupa, bukan senang doa akan diterima jika kita masih lalai. Kadang kala kita mudah putus asa dan kecewa jika yang dihajati tidak tertunai.  Pernahkah terfikir mengapa doa kita masih "tertangguh"?
______________________________________________
1. Doa adalah permohonan kepada Allah. Allah ialah Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mencipta. Apabila seseorang berdoa kepada-Nya, hendaklah ia dilakukan dengan penuh perasaan merendah diri, kekusyukan jiwa, harapan dan pergantungan yang mutlak diserahkan kepada-Nya.
Ramai orang berdoa, tetapi tidak ramai pula yang jiwanya ketika berdoa itu jiwa merendah, penuh tunduk dan khusyuk kepada Allah. Kebanyakan doa diungkapkan dengan jiwa yang hambar sedangkan Allah memerintahkan: (maksudnya)
“Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) yang perlahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas”. (Surah al-‘Araf, 55).
Jika kita dapat menjadikan jiwa kita ini begitu beradab, merendah, khusyuk dan penuh pengharapan kepada Allah, kita menghampiri pintu kemakbulan.
2. Bersangka buruk kepada Allah seperti menganggap Allah tidak akan terima doa adalah perasaan yang salah dan perlu dibaiki. Bagaimana mungkin Allah menolak doa, sedangkan Dia yang memerintahkan kita berdoa kepadaNya. Firman Allah:
(maksudnya): “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk (Surah al-Baqarah, 186).
FirmanNya juga: (maksudnya)
“Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (Surah Ghafir, 60).
Doa yang dilakukan dengan penuh penghayatan pasti diterima Allah. Itulah jaminan Allah sendiri.
3. Maka seseorang hamba yang berdoa hendaklah dia penuh dengan keyakinan bahawa Allah akan memakbulkan doanya. Hanya jiwa yang tidak khusyuk ketika berdoa sahaja yang ragu-ragu terhadap penerimaan Allah. Sabda Nabi s.a.w:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dengan kemustajabannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari jantung hati yang lalai dan alpa” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
4. Namun, waktu dan ketika yang dipilih oleh Allah untuk sesuatu doa itu diperkenankan, hanya dalam ilmu Allah. Kadang-kala dilewatkan atas hikmah yang Dia Maha Mengetahui, dan insan yang berdoa juga biasanya akan tersingkap hikmah tersebut apabila tiba masanya. Sehingga apabila tiba waktu doa itu ditunaikan Allah, baru kita akan merasa betapa beruntungnya kemustajaban itu hadir pada waktu tersebut. Maka jangan putus asa dalam berdoa. Sabda Nabi s.a.w:
«Sentiasa doa dimustajabkan untuk seorang hamba Allah selagi mana dia tidak berdoa untuk membuat sesuatu dosa, atau memutuskan silaturrahim, selagi dia tidak tergopah-gapah ». Ditanya baginda: « Apa itu tergopoh-gapah? ». Sabda baginda: «Apabila dia berkata: aku telah pun berdoa! aku telah pun berdoa!, tetapi aku tidak nampak pun dimustajabkan untukku, lalu dia berhenti ketika itu dan meninggalkan doa » (Riwayat Muslim).
5. Cara bagaimana Allah memustajabkan sesuatu pengharapan atau doa hamba itu juga berbeza-beza. Mungkin tidak seperti jalan yang disangka hamba yang berdoa itu, tetapi Allah sesuatu yang lain yang lebih baik untuknya. Umpamanya, mungkin seorang hamba meminta kekayaan yang besar atas andaian dengan kekayaan itu maka dia akan bahagia.
Namun Allah mengetahui tentang hal hamba tersebut yang mana kekayaan besar boleh memudaratkan iman atau persekitarannya yang lain. Allah mungkin menggantikan kekayaan yang besar itu dengan rezeki yang mencukupi, kesihatan yang baik, anak-anak yang soleh dan keluarga yang bahagia. Kesemua itu membawanya mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
Maka insan hendaklah jangan cepat menyatakan doanya tidak diterima, sebaliknya hendaklah dia sentiasa menyemak dan menilai segala kurnia Allah yang ada di sekelilingnya. Kemustajaban doa itu berlaku dalam berbagai bentuk. Sehingga ada yang Allah tangguhkan apa yang diminta itu ke hari akhirat, kerana Allah mengetahui bahawa di saat itu insan tersebut lebih memerlukan apa yang diminta tersebut. Sabda Nabi s.a.w:
« “Tiada seorang muslim yang berdoa dengan suatu doa yang tiada dalamnya dosa, atau memutuskan silaturahim melainkan Allah akan memberikan kepadanya salah satu dari tiga perkara: sama ada disegerakan kemakbulan, atau disimpan untuk diberikan pada hari akhirat, ataupun dijauhkan keburukan yang sepadan dengannya”. (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar dan Abu Ya’la dengan sanad yang sahih).
6. Doa tidak sia-sia. Doa adalah lambang pengabdian diri seorang hamba Allah kepada Allah Yang Maha Agung. Sebab itulah berdoa kepada selain Allah, sekalipun memohon kemustajaban dari nabi atau wali adalah dianggap sebagai syrik. Sementara berdoa kepada Allah adalah ibadah. Ertinya, jika seorang hamba itu berdoa selama sejam, dia sebenarnya sedang beribadah selama sejam. Jika dia berdoa sepanjang malam, bererti dia beribadah sepanjang malam. Sabda Nabi s.a.w:
“Doa itu adalah ibadah” (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Adapun berdoa selain Allah pula adalah syirik dan memusuhi penyerunya pada hari Kiamat kelak. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah, yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat, sedang mereka (makhluk-makhluk yang mereka sembah itu) tidak dapat menyedari permohonan tersebut. Dan apabila manusia dihimpunkan (pada hari akhirat), segala yang disembah itu menjadi musuh (kepada orang-orang yang menyembahnya) dan membantah mereka” (Surah al-Ahqaf, 5-6).
7. Kehidupan ini mempunyai rahsianya yang tersendiri. Banyak perkara yang kita rasa pahit dan membencinya pada masa tertentu padahal ia manis pada masa yang lain. Banyak perkara yang kita rasa baik, ia buruk apabila berubah masa dan keadaan. Allah Maha Mengetahui apa yang bakal terjadi, apa yang sedang dan telah terjadi. Kita selalu tergopah-gapah menilai sesuatu keadaan. Sehingga kadang-kala kita berdoa hendak sesuatu, sedang Allah mengetahui ia tidak baik untuk kita. Allah menggantikan dengan perkara lain, kita mungkin tidak perasan atau sedar.
Seseorang mungkin merasakan doa yang dikehendaki belum Allah mustajabkan, tetapi dia terlupa apa yang sedang dinikmatinya itu sudah mencapai harapannya. Maka, janganlah cepat kita berputus asa dengan rahmat Allah dan terus menghukum bahawa doa kita belum dimustajabkan.
8. Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah. Ia juga membawa insan membanyakkan doa. Dalam detik menunggu kemustajaban doa, ramai yang kembali menjadi soleh, tunduk, tawaduk dan membanyakkan ibadah. Penangguhan doa mempunyai berbagai hikmah dalam kehidupan muslim. Dunia ini amat kerdil dan tidak dibandingkan dengan akhirat. Doa merupakan amalan yang membawa kebahagian insan di akhirat. Menanti kemustajaban doa dengan iman dan penuh tawakal merupakan tempoh yang menyebabkan banyak insan kembali menemui jalan Allah yang hakiki.
9. Marilah kita teruskan doa, baiki diri dan nilailah apa yang telah berikan kepada kita dalam kehidupan hari ini. Keperitan hari ini, mungkin kemanisan hari esok. Kemanisan hari ini, belum tentu kenikmatan hari esok. Maka, sentiasa bertawakal kepada Allah dan jangan putus asa berdoa kepadaNya.
Diambil dari: drmaza.com
_______________________________________________
Pernah baca ini..?

Isnin, Disember 13, 2010

Kegemilangan bola sepak Kelantan

Kosmo!


PEMAIN skuad Kelantan meraikan kejayaan mereka muncul juara Puncak Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70.

PERSATUAN Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM) berpuas hati dengan penganjuran edisi ke-70 saingan Puncak Piala Emas Raja-Raja dan berharap kejohanan tahun depan dapat dianjurkan pada skala lebih besar selain terus menjadi medan penting mencungkil bakat baru.

Presiden PBSMM, Datuk Takiyuddin Hassan berharap kejohanan Piala Emas Raja-Raja dapat dijadikan pentas buat pasukan-pasukan mengenal pasti, mencungkil dan mengasah bakat pemain-pemain yang berpotensi untuk diketengahkan dalam skuad utama Liga Perdana atau Liga Super.
“Matlamat kami ialah menjadikan kejohanan ini sebagai medan bagi pasukan-pasukan mengetengahkan bakat pemain ke saingan liga lebih tinggi,” katanya.
Menurut Takiyuddin, sebagai antara kejohanan tertua di negara ini, Piala Emas Raja-Raja boleh memainkan peranan signifikan dalam membantu usaha pembangunan bola sepak tanah air terutamanya penyaluran barisan pemain pelapis.
Menerusi siaran langsung di Astro Arena (Saluran 801) dan sokongan padu media cetak dan elektronik tahun ini, pertandingan itu dapat diikuti dengan lebih dekat, sekali gus memberi pendedahan dan meningkatkan profil pemain dan pasukan.
“Peranan media amat penting, terutama bagi kejohanan seperti Piala Emas Raja-Raja yang selama ini dianjurkan dengan bajet yang amat terhad,” katanya sambil berterima kasih kepada Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. yang merupakan penaja utama kejohanan.
Buat tahun kedua berturut-turut, Puncak Niaga muncul sebagai penaja utama dengan jumlah tajaan RM200,000 untuk edisi tahun ini.
Pengurusan PBSMM juga berharap dapat melakukan penambahbaikan bagi memastikan kualiti pertandingan terus meningkat dan dapat menarik pembabitan lebih banyak penaja.
Tahun ini, pendaftaran lima pemain dari Liga Super dibenarkan dengan tujuan merancakkan saingan dan memberi peluang kepada pasukan memperkuatkan barisan mereka.
Masalah jadual juga bakal diperhalusi terutama apabila mengambil kira pertandingan di akhir tahun yang sering dibelenggu masalah hujan dan musim tengkujuh.
Menurut Takiyuddin, PBSMM mempunyai beberapa perancangan masa depan termasuk membentuk sebuah pasukan untuk bersaing dalam Liga FAM dan liga-liga yang lebih tinggi.
“Ini tentunya memerlukan kos yang amat tinggi, harapan kami ia menjadi realiti pada tahun 2012. Pada masa ini, kami merancang untuk menjana dana menerusi aktiviti amal,” katanya.
Saingan tahun ini bermula sejak 5 November lepas tanpa menggunakan sistem zon seperti lazimnya. Sebaliknya 16 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan tanpa mengira zon.
Empat venue dipilih bagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu Stadium Utama Negeri Kangar, Stadium Perak di Ipoh, Stadium UiTM di Shah Alam dan Stadium Sultan Muhammed ke-IV di Kota Bharu.
Dalam pada itu, penganjuran perlawanan akhir di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di Kota Bharu semalam berjalan lancar tanpa sebarang insiden buruk seperti edisi tahun lepas.
Kelantan melengkapkan kejayaan tahun ini dengan mengetepikan Kedah pada perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0.
Ia merupakan kejayaan berganda buat Kelantan yang sebelum ini berjaya membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.
Kelantan menundukkan Kedah 4 - 3 menerusi penentuan penalti, sekali gus memberikan hadiah berganda buat 10,000 ribu penyokong Red Warriors yang hadir memberi sokongan padu di Stadium Sultan Mouhammed ke-IV Kota Bharu itu.
Dengan kemenangan itu, Kelantan meraih hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan piala manakala Rosairil Asrol Mat Nor dipilih sebagai Pemain Terbaik kejohanan.

Ahad, Disember 05, 2010

Cerita bola: Annuar bidas kenyataan Akmal Rizal

Nampaknya ada sesuatu dalam pengurusan sehingga menimbulkan bibit-bibit perselisihan. Masalah dalaman kembali merekah? Ikuti laporan daripada Kosmo!
________________________________



HAIRUDDIN (kanan) mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan Akmal Rizal.


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengambil tindakan tegas terhadap bekas pemain, Akmal Rizal Rakhli kerana mengeluarkan kenyataan yang memburukkan persatuan itu, lapor YATIMIN ABDULLAH.
Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemain kebangsaan itu tidak tepat sama sekali kerana pihaknya masih belum membayar sebarang bonus kepada mana-mana pemain yang menjulang Piala Malaysia baru-baru ini.
Beliau berkata, KAFA sedang menunggu sumbangan daripada semua pihak termasuk Kerajaan Pas Kelantan sebelum bayaran bonus dibuat sepenuhnya kepada para pemain.
"Jumlah bayaran kepada para pemain juga masih belum diputuskan lagi. Apa yang telah dibayar ialah bayaran sebagai ganti kepada yuran menandatangani perjanjian bagi mereka yang menyambung kontrak dan tambahan gaji kepada semua pemain yang kekal berkhidmat dengan KAFA.
"Saya percaya mereka yang pindah juga dapat benda sama dengan pasukan baru mereka, apakah KAFA kena samakan pemain yang setia dengan pasukan pemain yang lompat mencari wang lebih semata-mata," katanya kepada melalui pesanan khidmat ringkas (SMS) semalam.
Beliau mengulas kenyataan Akmal yang mendakwa KAFA tidak berpegang kepada janji dan tidak adil dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Bagaimanapun Annuar tidak menjelaskan bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap Akmal Rizal.
Kosmo! semalam Akmal Rizal membidas KAFA yang didakwa tidak berpegang kepada janji dalam isu pembahagian bonus kemenangan Piala Malaysia musim lalu.
Akmal mendakwa dia bersama lima lagi pemain tidak diberikan bonus kerana mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan Kelantan sebaik sahaja musim Liga Malaysia 2010 berakhir.
Sementara itu, bekas peledak berbisa Kelantan, Hairuddin Omar mengambil sikap berdiam diri dan enggan mengulas kenyataan yang dikeluarkan Akmal Rizal.
Hairuddin menyerahkan isu itu kepada pucuk pimpinan tertinggi Kafa untuk menyelesaikanya.
"Saya lebih suka mengambil sikap berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen dalam isu ini, sebaliknya menyerahkan perkara tersebut kepada ketua jurulatih B. Sathianathan untuk menyelesaikanya.
"Lagipun ketua jurulatih sudah pun berjanji membantu menyelesaikan masalah ini sebaik sahaja Tan Sri Annuar pulang dari bercuti," katanya.
Lihat link ini..

Rabu, Disember 01, 2010

Sebulan lagi

Pejam celik pejam celik, tika dan waktu ini telah memasuki bulan Disember, bulan ke-12 taqwin masihi. Ini bermakna tinggal sebulan lagi hayat tahun 2010. Begitu cepat rasanya masa berlalu.

Bulan depan Januari akan kembali sekali lagi. Ini juga bermakna usia aku akan bertambah. Ehm..bertambah atau berkurang? Ya, umur kita akan berkurang, bukannya bertambah. Bila umur dah makin kurang maknanya umur makin habis, makin susut. Kalau umur bertambah, maknanya umur makin banyak, makin panjang.

Ada apa dengan tahun 2010? Aku pun tak tahu apa ada. Yang pasti, 2011 bakal menjelma, dan 2010 bakal berakhir. Berbaloikah usia kita setakat ini?

Sebulan lagi, kita akan melangkah ke tahun baru masihi. Adakah tahun 2010 terisi dengan sempurna?

Bagi aku tiada apa yang istimewa untuk tahun 2010. Mudah-mudahan 2011 menjanjikan sesuatu yang paling istimewa.
__________________________________________
*Kali ini sengaja guna warna biru untuk tulisan ini. Sekadar beralih angin.

Selasa, November 30, 2010

Cerita bola: Apabila presiden bersuara

Dijangkakan 15 Januari depan Liga Super akan dimulakan serentak semua pasukan. Selangor akan menerima kunjungan Kelantan untuk merebut Piala Sumbangsih di Shah Alam. Kini setiap pasukan telah bersiap sedia dengan perancangan masing-masing untuk terus cemerlang pada musim akan datang. Dalam skuad Kelantan pula ada cerita yang tersendiri. Bagaikan dunia artis, Kelantan juga tidak lepas daripada gosip. Perpindahan pemain dan kenaikan gaji antara yang mengisi cerita Juara Piala Malaysia 2010.

Pintu pendaftaran pemain bakal ditutup, dan KAFA belum lagi mahu mengumumkan siapa yang bakal menyarung jersi Kelantan. Walaupun telah kedengaran senarai pemain yang bakal bersama Kelantan, namun ini belum lagi muktamad. Apa yang pasti B.Sathianathan sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudi barisan kejurulatihan.

Di sebalik itu juga, melalui laman portal dan berita, Presiden KAFA telah bersuara mengenai sikap pemain-pemain. Kononnya bagaikan bintang yang menyinar, ada pemain-pemain yang mula demand. Ini menyebabkan presiden bersuara. Memetik berita dari Kosmo! Online Tan Sri Annuar Musa bersuara:
Ada yang lupa diri
SEBAHAGIAN daripada pemain skuad Kelantan yang memulakan latihan di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu semalam.
“PEMAIN yang hari ini mula ada nama telah lupa bahawa dulu mereka adalah ‘nobody’ (tidak dikenali). “KAFA ambil mereka waktu mereka digugurkan, waktu mereka tak dibayar gaji, team (pasukan) mereka bubar. Ada yang terpaksa merantau kerana gaji murah.
“KAFA dan penyokong beri mereka gaji dan bonus, beri latihan yang baik, beri pendedahan dalam dan luar negara, beri publisiti dan beri teamwork yang terbaik. Akhirnya mereka lupa siapa yang jadikan mereka bintang.”
Demikian luahan kecewa Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang dipetik daripada laman sosial Facebook setelah beberapa pemain bintangnya dikhabarkan gagal menghadiri sesi latihan pertama yang bermula kelmarin.
Beliau nyata kecewa dengan sikap sesetengah pemain yang gagal melaporkan diri pada sesi latihan pramusim tersebut walaupun hakikatnya mereka dan pemain lain dikira secara automatik telah mengikat kontrak bersama Kelantan untuk tempoh dua musim melalui surat tawaran bertarikh 1 September lalu kerana tiada seorang pun yang menolaknya.
“Terdapat pemain yang ghairah untuk mendapatkan gaji yang tinggi, membuat rundingan di saat-saat akhir pendaftaran, sedangkan peraturan telah menetapkan mereka berbuat demikian dua bulan sebelumnya.
“Saya tak dapat layan pemain secara individu terutama yang minta gaji tinggi. Saya perlu adil kepada semua. Kalau ada negeri nak tawar gaji tinggi, itu hak mereka dan pemain pilihlah sendiri tapi mesti ikut peraturan. Pemain wajib tebus kontrak, negeri wajib berunding dan bayar yuran perpindahan. Pelaburan KAFA bukan sedikit,” katanya.
Tambah Annuar, kelab juga seharusnya membuat tawaran kontrak tiga bulan sebelum tempohnya tamat. Tindakan-tindakan ini mungkin akan mengakibatkan kesan yang buruk kepada kelab asal yang kehilangan pemain pada saat-saat akhir.
Jelasnya, kesan yang buruk juga mungkin akan diterima oleh pemain yang mana status mereka boleh dipertikaikan dan mungkin juga menjadi kes di mahkamah sivil kerana melanggar kontrak.
“Mereka semua (pemain) dinasihatkan merujuk kepada peraturan dengan menghubungi sekretariat di FAM sekiranya terdapat keraguan.
“Pemain dan pasukan yang menyertai Liga Malaysia terutama dalam Liga Super patut berusaha untuk mempertingkatkan tahap profesionalisme masing-masing sesuai dengan penyertaan dalam liga profesional,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Annuar, akhir-akhir ini didapati banyak pemain dan juga kelab yang langsung tidak memahami peraturan-peraturan asas berhubung dengan etika sebagai pemain ataupun tanggungjawab pengurusan kelab.
Sementara itu, Kosmo! difahamkan, ada desas-desus mengatakan kegagalan pemain terbabit menyertai latihan yang dikendalikan oleh ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan sejak kelmarin ekoran rasa tidak puas hati mengenai beberapa perkara.
Antaranya kerana ada pemain yang kini sedang menimbang tawaran daripada pasukan lain yang lebih lumayan sedangkan mereka telah pun sah milik Kelantan melalui surat tawaran yang diberikan sebelum ini.
Selain itu, KAFA juga enggan melayan permintaan beberapa pemain yang mahu gaji mereka dinaikkan lagi walaupun sebahagian pemain bintang menerima gaji yang cukup lumayan sebelum ini.
Kosmo! yang mengikuti sesi latihan pasukan Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV mendapati, semua pemain sudah memulakan latihan kecuali tiga pemain bintang termasuk Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat yang sedang menjalani latihan bersama skuad kebangsaan termasuk S. Chanturu yang mengalami kecederaan.
Sedarlah wahai pemain, "kebintangan" anda tidak ke mana. Lupa diri kerana menganggap diri mula berharga. Apa yang pasti Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Malaysia 2010, serta Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Malaysia 2010 masih lagi ingin bersama Kelantan. Begitu juga dengan Jurulatih Terbaik 2010. Mereka yang terbaik ini diharapkan dapat terus berbakti kepada Kelantan pada musim akan datang.

Di kem skuad Malaysia pula, seluruh peminat bola sepak mengharapkan anak buah K.Rajagobal akan membawa khabar gembira dari Indonesia. Piala AFF menadi buruan terakhir untuk tahun 2010. Setelah menunjukkan persembahan terbaik di Guangzhou, China, kini tibanya skuad kita tampil cemerlang di Indonesia.


*Sebelum ini Piala Sumbangsih di antara Juara Piala Malaysia vs Juara Piala FA. Dan jika ini masih diguna pakai Piala Sumbangsih akan menemukan Kelantan dan NS. Tapi kali ini (2011), Juara Piala Malaysia vs Juara Liga Super. Ini bermakna Kelantan akan berebut dengan Selangor Piala Sumbangsih musim depan. Adakah wujud agenda tersembunyi...??
____________________________________________
Ini..
Tunjuk peningkatan - Rajagobal -> Jangan layan provokasi -> Tak gentar Indonesia guna pemain import

Akmal Rizal sertai Perak untuk bersama Cikgu Jan & Perak giat buru 2 pemain bertaraf bintang
Skuad NS buat rombakan besar & Pemain ATM diberi kata dua

Isnin, November 29, 2010

Dominasi pasukan Selangor

PASUKAN wanita dan lelaki Selangor muncul juara pada Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 di Kompleks Sukan Negara Matsushita, Shah Alam semalam.



SELANGOR mendominasi pentas akhir Liga Futsal Kebangsaan Felda/FAM 2010 apabila muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Negara Matsushita , Shah Alam semalam.
Dalam aksi final kategori lelaki, Selangor dan Johor FC dilihat memberi saingan yang cukup sengit selain kedua-dua pasukan tampil bertenaga mengawasi gawang masing-masing.
Berakhir dengan keputusan seri 0-0 di akhir perlawanan, Johor FC bagaimanapun terpaksa menerima kekalahan apabila perlawanan yang diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti menyaksikan mereka tewas 2-3 kepada Selangor.
Kemenangan Selangor sekali gus memadamkan rekod pasukan KL Figos FC yang berjaya mempertahankan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut selepas membenam cabaran Selangor pada tahun 2008 dan Terengganu T-Team pada tahun lalu.
Dalam pada itu, kapten pasukan Selangor, Mohd. Farid Mohd, Yusof ketika ditemui memberitahu, pasukannya terus bertahan walaupun menerima asakan yang hebat dari Johor FC.
"Perlawanan tadi (semalam) sangat sengit. Kami seboleh-bolehnya cuba untuk bertahan dalam perlawanan dengan sebaik mungkin," katanya.
Kejayaan itu membolehkan Selangor menggondol hadiah wang tunai RM40,000 bersama medal dan piala pusingan sementara Johor FC pula meraih RM20,000 selaku naib juara.
Terdahulu menerusi saingan wanita, pasukan Selangor berjaya mempertahankan kejuaraan selepas sekali lagi tampil membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan keputusan 2-1 pada perlawanan akhir.
Pada edisi tahun lalu, PDRM turut tewas kepada Selangor yang merekodkan kemenangan 3-1.
Kapten Selangor, Shahila Mohd. Yunus memberitahu, cabaran yang mereka hadapi tahun ini lebih mencabar berbanding tahun lalu.
"Kami berdepan dengan cabaran yang lebih sukar, namun dengan beberapa taktik yang kami rancang, ia berhasil untuk mengatasi pasukan PDRM. Semua pemain turut mempamerkan aksi yang bagus," katanya.
Selaku juara, Selangor membawa pulang medal, piala pusingan dan hadiah wang tunai sebanyak RM40,000, manakala PDRM menerima medal dan wang tunai bernilai RM20,000.
Semua hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.
Turut hadir ialah Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd. Wahab, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan Pengerusi JKF dan BSP FAM, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim.
Penganjuran kejohanan futsal oleh Felda/ FAM merupakan kali keempat sejak tahun 2007.