Khatib hari ini mengingatkan banyak perkara. Tapi yang menarik perhatian kawe adalah mengenai peranan seorang ayah dalam menjaga rumah tangga. Lebih menjurus kepada aurat.
Masjid As Salam, Pengkalan Chepa, yang (mungkin) mampu menempatkan lebih 1000 jemaah Jumaat, jemaah Muslimin.
Dalam angka yang sebegitu (jemaah hari ini), berapa ramai muslimin yang mengambil perhatian dan bertindak apa yang diutarakan oleh khatib mengenai aurat? Berapa ramai suami yang membiarkan isterinya tidak pakai tudung? Berapa ramai ayah yang membiarkan anak perempuannya memakai pakaian yang ketat dan sendat sehingga menampakan bentuk tubuh? Berapa ramai anak yang berdiam diri bila ibunya tidak berkira soal aurat? Berapa ramai abang yang membiarkan adik perempuannya memakai seluar singkat nampak betis dan paha? Berapa ramai adik yang hanya melihat saja kakaknya pakai baju nampak pusat? Berapa ramai?
Uztaz Azhar Idrus - Tangani isteri tak tutup aurat
Jika perkara ini diambil berat oleh muslimin Jumaat hari ini sudah pasti hari semalam, hari ini dan hari esok, kita tidak lihat lagi isteri, ibu, anak, kakak dan adik memperlekehkan soal aurat. Pusing kanan, kiri, depan, dan belakang, semuanya cantik lawa menutup apa yang sepatutnya ditutup. Melindungi apa yang sepatutnya dilindungi. Tapi jika ini diabaikan oleh hamba Allah yang berjantina lelaki, jantan, men, male, maka makin ramai hamba Allah yang berjantina wanita, perempuan, gadis, women, female, yang bermegah dengan bentuk tubuh mereka.
-Gambar hiasan
Tapi dalam masa yang sama, kaum muslimin juga ada auratnya sendiri. Kalau lelaki sendiri tidak mampu tunjukkan contoh terbaik bagai mana mungkin soal ini dipedulikan perempuan..
Usataz Azhar Idrus - Aurat wanita
Kena ingatkan kembali pada muslimah: Menutup aurat itu wajib. Dan aurat bukanlah sekadar rambut, belit2 tudung :)
BalasPadamKena ingatkan muslimin: Tegurlah dan didiklah anak, dan isteri sebelum ia menjadi semakin parah :)
*Setiap orang ada peluang dan ruang untuk berubah. InsyaAllah
Seronok sgt dpt tayang bodi. Bab tudung ke, baju ke..smuanya bkisar pd cantik, lawa, mahal, murah. Bkn beratkan soal tuntutan itu sndiri.
BalasPadam