Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Oktober 29, 2011

PC buat hal lagi

Suatu masa nanti kau betul-betul akan jadi arwah
Untuk ke sekian kalinya PC Destok buat hal lagi. Hahahaha.. Mungking dah tiba masanya dia pergi meninggalkan kawe setelah enam tahun bersama.

Tapi sayang jugalah. Jasanya terlalu banyak. Sama ada jasa baik atau jahat. Yang jahat atas dasar sendiri, yang baik juga atas dasar sendiri. Jika pemergian ini untuk menghindari kawe dari berbuat dosa dan kemungkaran, biarlah ia pergi. Kawe relakan walaupun terpaksa.

Semalam ada PC Fair di KB Mall, Kelantan. Sempat jugalah "sambar" ram ddr 1, 1 gb; pc lamalah katakan. Disebabkan lama dan keluaran terhad (agaknyalah), melayang jugalah RM160.00 kawe. Tapi bukan beli di pc fair, beli di kedai (tingkat atas) terus. Di pc fair hanya stok baru je dijual.

Bila balik pasang, tak boleh on pulak. Bengang betul. Nasib baik tak bangang. Terlintas jugalah nak humbang CPU ni ke tanah, dari tingkat satu rumah. Tapi itu tindakan orang kurang cermat.

Sekarang masih lagi simpan rapi pc ni. Mungkin sehari dua lagi baiklah kut.

Untuk masa yang terdekat ni, sekali lagi kawe akan terputus hubungan dengan dunia IT. Apa boleh buatkan. Nak beli baru? Poket kosong.. Habuk ada. Kan bagus kalau habukpun boleh dijual..

Orangpun boleh rosak, inikan pula komputer....;-)
................................................................

Selepas beli ram, jenguk-jenguk sekejap JOM HEBOH TV3 di SSM IV. Ramai jugalah manusia. Kawe sampa dalam pukul 6:30 lebih, jadi banyak both / khemah yang dah tutup rehat. Pusing-pusinglah kejap. Kemudian sembahyang Maghrib. Kemudian pusing lagi sampailah pukul 9:00 lebih. Jalan-jalan dengan sahabat. Kalau sorang memang kawe tak pergi.
................................................................
Catatan ini dicatat dengan laptop pinjam. Heheheh...

Selasa, Oktober 25, 2011

Kematian Gaddafi: ada kita kisah?


Muammar Gaddafi (Libya)

Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, akhirnya menemui ajal dalam satu pertempuran dengan penentangnya. Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun setelah menggulingkan Raja Idris pada tahun 1969. Rampasan kuasa Gaddafi daripada Raja Idris dikatakan berlaku ketika Raja Idris ke luar negara kerana mendapat rawatan kesihatan.

Pada 23 Ogos 2011, Gaddafi digulingkan -kuasai pemerintahan- oleh penentangnya (penentangan sebenar bermula Februari 2011 lagi). Pemerintahan yang dikatakan ditaktor dan zalim menjadi punca sebilangan besar rakyatnya bangun memberontak.

Detik-detik akhir riwayat Gaddafi sungguh menyayatkan. Gaddafi diserang oleh kumpulan pemberontak di Sirte, Libya, ketika bersembunyi di dalam pembentung saluran air. Gaddafi dipercayai ditembak di perut dan kepala oleh kumpulan penentang. Gaddafi diheret keluar dari lubang persembunyian oleh pemberontak dalam keadaan masih bernyawa.

Selain ditentang oleh puak penentangnya, Gaddafi turut ditentang oleh Pertubuhan Perjanjian Antlantik Utara (NATO), kerajaan Amerika Syarikat dan sekutu, dengan “kebenaran” PBB. Mahkamah jenayah antarabangsa mengkehendakinya kerana membunuh orang awam.

Sebelum terperangkap dan terbunuh, Gaddafi dan pengikutnya terlebih dahulu diserang jet pejuang NATO dalam usahanya cuba lolos dari tertangkap. Kecederaan pada kedua belah kaki yang dialaminya dikatakan punca Gaddafi bersembunyi di dalam pembentung. Turut ditangkap bersamanya adalah Mo’tassi, anaknya.

Pada mulanya mayatnya dibawa ke masjid di Misrata. Kemudian mayatnya menjadi rebutan. Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) memberi bayangan bahawa mayat Gaddafi akan diserahkan kepada suku kaum Gaddafi untuk dikebumikan di tempat rahsia. Bagi pemberontak pula mereka juga menuntut mayat Gaddafi kerana beranggapan mereka bertanggujawab ke atas mayat Gaddafi kerana merekalah yang menangkap (membunuh) Gaddafi.
Gaddafi dipangku
Mayat Gaddafi disimpan di sebuah pasar raya di Misrata, untuk tatapan umum. Walaupun bau mayat mula membusuk dan mereput, belum ada kata putus lagi bila mayatnya hendak dikebumikan.
...................................

Begitulah sekilas mengenai Gaddafi yang ditentang oleh rakyatnya habis-habisan. Di sebalik tentangan ini juga ada kuasa luar lain yang turut sama campur tangan. Seperti biasa negara gila kuasa, Amerika Syarikat (AS) adalah pihak yang lebih sudu dari kuah. Begitu juga dengan Perancis.

Walau bersalah sekalipun Gaddafi semasa hayatnya, janganlah jenazahnya diaibkan. Sebaik-baiknya jenazah itu dikebumikan dengan secepat mungkin, bukan dengan membuat tayangan umum umpama barang hiasan.

Penentangnya bersorak dan bergembira dengan kematian Gaddafi. Bagaimana pula dengan ahli keluarganya?

Kawe bukan menyokong Gaddafi, dan tidak pula di sebelah penentangnya; tetapi sebagai seorang Islam kita patut bersimpati di atas setiap kematian. Kini, negara bukan Islam makin bersorak dan bergembira melihat sebuah lagi negara Islam bergolak.

AS yang turut memerangi Saddam Hussien pada 13 Desember 2003. Kemudian hayat Saddam berakhir di tali gantung pada 30 Desember 2006. Kononnya atas dasar demokrasi dan keprihatinan, AS menyerang Iraq.
Saddam Hussien (Iraq)
Sebelum ini Tunisia dan Mesir turut bergoyang dengan rampasan kuasa. Dan yang menanti tiba nasib seperti Mesir dan Libya adalah Syiria dan Yaman. Semuanya bangun menentang pemerintah. Pemerintah dikatakan zalim dan mementingkan kuasa dan harta.
Hosni Mubarak (Mesir)
Zine al-Abidine Ben Ali (Tunisia)
Bashar al-Assad (Syiria)
Ali Abdullah Salleh (Yaman)
Apa sudah jadi dengan negara Islam? Semuanya bagaikan tidak kena. Nama sahaja negara Islam tapi corak dan cara hidup rakyat dan pemerintahan tidak menggambarkan ajaran Islam. Negara bukan Islam pasti pihak yang terlebih gembira kerana satu persatu negara Islam retak dan berpecah belah.

Di sebalik itu juga akan ada pihak yang cuba masuk campur dalam pentadbiran negara yang baru berantakan ini. Alasannya ingin berbakti. Kemudian hasil bumi akan turut dikaut sebagai hadiah kerana “membantu”. Sungguh licik.

Di Tunisia; "Rakyat Tunisia semalam mula mengundi buat kali pertama selepas ‘Kebangkitan Arab’ yang juga menjadi pilihan raya bebas julung kali dalam sejarah negara itu. Pilihan raya berkenaan yang dijangka memberi perkongsian kuasa kepada parti berhaluan Islam, dijangka menjadi kayu pengukur untuk negara Arab lain yang berdepan dengan kebangkitan rakyat hingga mengubah keadaan politik atau kerajaan". (www.hmetro.com.my)

Mudah-mudahan Malaysia ini terhindar daripada kesan-kesan negatif seumpama ini.
..............................
Jengok ini: Islam bergolak

Jumaat, Oktober 21, 2011

Hudud: Kekeliruan kes liwat isteri

Ini baru buku undang-undang hakiki
Pembangkang panas telinga


AHLI Parlimen pembangkang khususnya dari Pas ‘panas telinga’ dan tidak dapat menerima isu hudud dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat, semalam.

Semuanya bermula apabila Zukifli (Bebas-Kulim Bandar Bharu) mendedahkan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir diwartakan pada 2004 di Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu berkaitan liwat, tidak menjadi kesalahan bagi suami berbuat demikian.

Bagaimanapun ia menerima bantahan keras khususnya Ahli Parlimen pembangkang, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan meminta Zulkifli menarik balik kenyataannya atau dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee menolak usul itu dan memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli, sekali gus mengundang kekecohan hampir 40 minit apabila penyokong pembangkang turut berperang mulut dengan kerajaan sehingga menyukarkan Ronald mengawal keadaan.

Sebelum itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah bertanyakan Zulkifki dalam hudud Pas, meliwat isteri dibolehkan atau tidak dan Zulkifli berkata boleh, bagaimanapun Salahuddin bangun membantah dan berkata ia tidak dalam hudud Pas.

“Ia ditegah dan salah...Tak ada dalam hudud Pas. Malah, mana-mana agama pun tak boleh. Saya nak ia tarik balik,” katanya meminta Ronald menggunakan peraturan mesyuarat ke atas Zulkifli.


Zulkifli tetap dengan pendiriannya dan cubaan membaca Enakman Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas ketika memerintah.

“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang dari syariat Islam. “Contoh, berkaitan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14, ini enakmen diwartakan.


“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan iaitu persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham la tu..atau di antara lelaki dengan seorang perempuan dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur,” katanya.

Zulkifli bagaimanapun tidak dapat menghabiskan ucapannya berikutan mendapat bantahan keras anggota Dewan daripada pembangkang.

Zulkifli sempat menyindir mereka dengan mengatakan orang munafik memang takut kepada kebenaran apabila terus-terusan diasak berbuat demikian oleh pemimpin lain termasuk Ampang dan Balik Pulau.

Di akhir ucapannya, Zulkifli turut mengajak umat Islam hadir ke Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu ini di Stadium Shah Alam sebagai tanda sokongan terhadap Islam.

Dari http://www.hmetro.com.my (21 Oktober 2011)
___________________________________________


Parlimen kecoh
Kenyataan benarkan liwat dalam hudud Pas

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat semalam, menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang hudud diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas – Kulim, Bandar Baharu) berkata, jika mengikut Sekyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir digezetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seseorang suami berbuat demikian.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam.

Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Sekyen 14. Ini enakmen telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah kesalahan persetubuhan di antara lelaki dengan seorang lelaki, kita fahamlah itu atau di antara lelaki dengan seorang perempuan dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu bermaka tidak liwat dalam hudud Pas ini”, kata Zulkifli.

Zulkifli juga mendedahkah di dalam enakmen itu, berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan dengan qasaf melibatkan empat saksi bagi zina di mana, sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga saksi lagi boleh dihukum.

Menurutnya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu, bukanlah hukum Allah sebaliknya, hukum direka oleh parti itu sendiri.

“Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas – Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai tuduhan, lalu meminta beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN – Kinabatangan) yang menyokong kenyataan Zulkifli dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: Bolehkah liwat isteri sendiri? Dan Zulkifli menjawab: Boleh mengikut hudud Pas.

Salahuddin mula berang bangun dan berkata: Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam tu. Tak ada (suami dibenar meliwat meliwat isteri) dalam hudud Pas. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim – Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mengatakan meliwat isteri itu hudud Pas.

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa ahli parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan timbalan speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undan-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada ahli Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat. – Bernama

Akhbar Sinar Harian (edisi Kelantan). Jumaat, 21 Oktober 2011 (23 Zulkaedah 1432 h). Hlm. N2.

___________________________________________
Ikuti pula jawapan balas PAS..



Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah
Harakahdaily


Datuk Harun Taib

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.
Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhatiaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.
“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.
“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.
“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.
Dari http://bm.harakahdaily.net (diekses pada 21 Oktober 2011)
________________________________________



Cerita bola: RTM kembalikan semangat bola kita

Radio Televisyen Malaysia
Terima kasih RTM kerana kembali menyemarakan kembali arena sukan negara, khususnya bola sepak. Setelah "hilang" hak penyiaran RTM sunyi seketika dalam penyampaian info sukan. Ini sekaligus meresahkan peminat sukan tanah air. Dan tidak kurang juga yang terus menghentam RTM yang gah dengan slogan "Sukan terbaik hanya di RTM".

Siaran langsung perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan - Terengganu menjadi pengubat duka kepada peminat suara Datuk Hj. Hasbullah Awang dan kepetahan Hafizal Hamad di depan kamera.

Sementelah kembalinya RTM dalam penyiaran siaran langsung, teringin rasanya untuk kembali mengadap tv menonton "Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Fokus Bola dan Sekilas Liga". Info yang dimuatkan dalam rancangan ini sedikit sebanyak membantu menaikan semula sukan bola kita.

Rata-rata peminat bola sepak lebih menumpukan bola sepak asing berbanding bola sepak tempatan. Salah satu puncanya (tumpuan kepada bola asing) adalah kerana liputan meluas media massa. Belek surat khabar, tonton siaran tv, semuanya gah dengan laporan dunia sukan negara asing.

Untuk mengalihkan sedikit tumpuan orang kita ke arah dunia luar, ada baiknya media kita memberi tumpuan yang lebih kepada sukan tempatan. Dengan cara ini masyarakat kita (mungkin) akan lebih mengetahui sukan negara kita berbanding dengan negara luar.
Liga Super 2011
Untuk saingan Liga Malaysia, RTM kembali "agresif" dengan penyiarannya. Hampir semua perlawanan disiarkan oleh RTM. Secara mudahnya dalam seminggu RTM menyiarkan siaran langsung dengan penuh.

Pada 18 Oktober '11, RTM - Astro Arena, saling bertukar visual untuk lintas lansung semasa perlawan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia. Ini menunjukkan ada suatu kerjasama yang erat. Mudah-mudahan untuk tahun-tahun akan datang kerjasama ini terus berlangsung demi sukan tempatan.
Kesepakatan memartabatkan sukan negara
Untuk musim 2012, belum tentu lagi RTM bertindak sebagai penyiar kerana hak penyiaran utama masih lagi dipegang oleh Astro. Tapi rasanya itu bukan alasan.
_________________________________
Taip "RTM" dalam kotak "carian MyView" (sebelah kanan) untuk melihat lain-lain catatan mengenai RTM - Siaran langsung bola sepak (luahan hati).

Khamis, Oktober 20, 2011

Cerita bola: Kelantan akhiri tirai 2011 dengan kecewa

Umum mengetahui Kelantan terpaksa melepaskan trofi Piala Malaysia lebih awal. Mengimbas kembali detik malang Kelantan; terpaksa akur dengan kekalahan kepada pasukan jiran terdekat, Terengganu, pada saingan suku akhir. Terengganu gah menundukan Kelantan di laman sendiri dengan jaringan 3-1 (10 Oktober). Lebih perit lagi Kelantan bukan saja tewas dengan jaringan tapi tewas dengan jumlah pemain. Shakir, Daudsu dan Muhd. Aziz diperintah keluar padang kerana didakwa mengasari pemain lawan. Sementara Terengganu pula kehilangan Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.
"LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan. "(Kosmo!: Pengadil bertindak ikut emosi)
14 Oktober menjadi penentu nasib Kelantan. Semangat wira merah diteruskan di SSM IV, tapi malang, semangat yang membara tinggal abu. Kelantan perlu bangkit pada awalnya tapi bengkok akhirnya setelah hanya mencatat seri 2-2. Walaupun ditemani lebih 25,000 penyokong di dalam stadium (tidak termasuk di luar perkarangan stadium) gol kemenangan yang diburu tidak kunjung tiba.

Ashaari Samsudin menjadi pencetus kemusnahan impian Kelantan setelah menjaringkan dua gol awal. Azamuddin dan Piya berjaya menyamakan kedudukan tetapi jaringan itu tidak mampu membawa Kelantan ke peringkat separuh akhir. Akhirnya Kelantan terpaksa akur dengan kehebatan Terengganu. Nyata psikologi menjadi penentu Terengganu untuk memadamkan hasrat Kelantan menyimpan trofi PM lebih lama.
____________________________________

Mungkin kehangatan Kelantan tidak sama seperti sebelumnya. Mungkin ini juga sudah terbayang ketika saingan liga lagi. Seri dengan Terengganu di SSM IV - pusingan pertama liga - bagaikan ada yang tidak kena. Namun pusingan kedua Liga Super Kelantan tampil garang dengan jaringan 3-0 di tempat lawan (6 Jun '11). Selang beberapa hari (11 Jun) Terengganu kembali menceriakan penyokongnya setelah menundukan Kelantan dengan jaringan 2-1 untuk merebut Piala FA. Kekecewaan kepada Terengganu tidak berakhir di situ; Kelantan kecundang untuk melihat pemainnya mendakap "kasut emas", setelah Matyo hanya ketinggalan satu gol kepada Hadi Yahya.

Musim lalu Kelantan hanya tewas kepada kedah kerana sedikit kesilapan Syed Adney. Musim ini Kelantan tewas empat kali daripada 26 perlawanan, termasuk tewas besar kepada Perak, 4-0.

Di sebalik kekalahan ini Kelantan, khususnya penyokong, tidak harus terus berduka. Musim 2011 Kelantan berjaya mendakap dua trofi baru, Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super. Sebagai juara liga, Kelantan berpeluang mempertahankan Piala Sumbangsih pada tahun hadapan. Lawannya adalah juara PM, sama ada Terengganu, T-Team, Negeri Sembilan atau Selangor.

Sekiranya Negeri Sembilan beraksi pada final PM tahun ini, sudah pasti ia sesuatu yang menakjudkan bagi Hai-O. 2009, Hai-O bersama NS menjuarai PM. 2010 Hai-O bersama Kelantan menjuarai PM. 2009 dan 2010, penyumbang gol adalah Hai-O. Lebih manis Hai-O dinobatkan pemain terbaik final 2010; (Akhirnya Piala Malaysia ke Kelantan). Jika NS berjaya menawan kembali PM, Hai-O adalah pemain yang bertuah. Dan untuk itu Hai-O sedia "mengamuk" untuk meremukan lawan.

Sekiranya T-Team berpeluang untuk ke final, ia juga detik gembira buat Indra Putra dan Norfahan Muhammad. 2009 dan 2010, keduanya berjaya mengecapi final ketika bersama Kelantan.

Kegemilangan bola sepak Kelantan belum berakhir; Piala Emas Raja-raja dan Liga Futsal Kebangsaan menjadi impian terakhir untuk musim ini. Walaupun berada dalam persatuan yang berbeza, Piala Emas (Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan) dan Futsal (KAFA), menjadi pengubat duka buat penyokong. Untuk saingan liga futsa Kelantan mungkin bukan pasukan pilihan, tapi untuk Piala Emas Raja-raja, Kelantan adalah jaguhnya.

Terima kasih kepada B.Sathianathan dan Datuk M.Karathu kerana meletakan Kelantan sebagai pasukan ternama untuk musim lalu dan musim ini. Saingan untuk musim depan masih lagi menjadi tanda tanya, sama ada pemain import, penganti M.Karathu sebagai jurulatih, saingan AFC dan format liga yang sentiasa berubah-ubah.
________________________

Sekilas persaingan Kelantan 2011
LIGA SUPER MALAYSIA 2011 PUSINGAN PERTAMA
BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
29/01
Selangor vs Kelantan
0 – 2
2
01/02
Kelantan vs Terengganu
1 – 1
3
12/02
Kelantan vs Johor FC
4 – 1
4
15/02
Kuala Lumpur vs Kelantan
0 – 2
5
25/02
Kedah vs Kelantan
1 – 1
6
01/03
Kelantan vs Negeri Sembilan
3 - 0
7
12/03
Pahang vs Kelantan
2 – 0
8
01/04
Kelantan vs Harimau Muda A
2 – 1
9
05/04
T-Team vs Kelantan
4 – 3
10
09/04
Kelantan vs Felda United
6 – 0
11
12/04
Perak vs Kelantan
4 – 0
12
16/04
Kelantan vs Sabah
0 – 0
13
19/04
Perlis vs Kelantan
1 - 5




























LIGA SUPER MALAYSIA 2011 PUSINGAN KEDUA
BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
22/04
Kelantan vs Perlis
4 – 0
2
26/04
Kelantan vs Selangor
1 – 0
3
30/04
Kelantan vs Kuala Lumpur
2 – 0
4
03/05
Johor FC vs Kelantan
0 – 2
5
06/05
Kelantan vs Kedah
2 – 0
6
10/05
Negeri Sembilan vs Kelantan
0 – 0
7
19/05
KL Felda United vs Kelantan
1 – 3
8
22/05
Harimau Muda A vs Kelantan
2 – 2
9
25/05
Kelantan vs T-Team
1 - 2
10
28/05
Kelantan vs Pahang
1 -0
11
06/06
Terengganu vs Kelantan
0 -3
12
14/06
Kelantan vs Perak
1 -0
13
06/07
Sabah  vs Kelantan
1 -2




























PIALA FA 2011
BIL.
TARIKH
PASUKAN
KEPUTUSAN
1
18/02
T-Team vs Kelantan
1 – 1

Penentuan penalti
5 – 6
2
04/03
Johor FC vs Kelantan
0 – 1
3
15/03 (Suku akhir 1)
Kelantan vs Felda United
2 – 2
4
19/03 (Suku akhir 2)
Felda United vs Kelantan
0 – 3
5
13/05 (Separuh akhir 1)
Selangor vs Kelantan
1 - 5
6
16/05 (Separuh akhir 2)
Kelantan vs Selangor
1 - 1
7
11/06 (Akhir)
Kelantan vs Terengganu
1 - 2