Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 18, 2010

Mesej kepada Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Jan. - Budaya 'cah keting' dalam Pas sebenarnya memberi mesej jelas bahawa Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semakin tidak disenangi dan dipersoalkan dalam kalangan pemimpin parti itu sendiri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, masalah yang cuba dibendung semakin membuak selepas banyak keputusan Nik Abdul Aziz tidak membawa sebarang kebaikan kepada negeri dan rakyat, malah merugikan parti itu sendiri.

Katanya, ekoran kelemahan itu maka wujud beberapa kumpulan dalam Pas Kelantan yang tidak bersetuju sehingga mereka dianggap sebagai "cah keting" oleh Nik Abdul Aziz.

"Dalam Pas sendiri pun kita nampak ramai yang sudah tidak mahu mengikutnya kerana apa yang dilakukan (keputusan) oleh dia banyak membawa masalah.

"Jadi perkara seperti ini sudah tidak boleh diterima maka ramailah di kalangan mereka ini tidak berpuas hati dan tidak menyokongnya," katanya ketika ditemui pada Majlis Meraikan Veteran UMNO Kelantan di sini hari ini.

Utusan Malaysia. 18 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..