Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 23, 2010

Nik Aziz berang dengan laporan media isu 'cah keting'

KOTA BHARU 22 Jan. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berang dengan laporan berlakunya 'cah keting' atau cantas-mencantas dalam Pas sebagaimana yang tersiar dalam media minggu ini. Mursyidul Am Pas itu dalam nada yang keras menegaskan yang beliau tidak pernah berniat untuk menyebut amalan itu berlaku dalam Pas.

Sebaliknya, beliau mengatakan 'cah keting' wujud di semua peringkat dalam masyarakat termasuk di dalam parti lain. Katanya, laporan media yang hanya mengaitkan 'cah keting' dengan Pas adalah tindakan yang bersifat 'khianat'.

"Cah keting tak semesti ada dengan Pas, tidak ada niat sedikit habuk saya sebut Pas ni ada cah keting". "Cah keting ni, laki bini ada cah keting, kenapa tuju kepada Pas sahaja, laki bini cerai sebab cah keting lah, bini nama Limah, ngorat Mek Jenab, akhir jadi cerai, cah keting lah tu orang panggil. (Media) tak sebut.

"Dalam syarikat kongsi empat, lima orang lama-lama bankrap, kerana apa, ada seorang cah keting, (tetapi) tidak sebut pun, sebut-sebut Pas," katanya ketika menyampaikan kuliah mingguan di pekarangan Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri di sini hari ini.

Minggu lalu Mingguan Malaysia melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz tentang budaya 'cah keting' sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti itu.

Mursyidul Am Pas itu memberi contoh cah keting yang berlaku di antara anak Nabi Adam, Qabil dan Habil sehingga menyebabkan Habil terbunuh di tangan abangnya akibat memuja nafsu.

Jawapan tersebut diberikannya ketika wartawan menyoal adakah beliau membacakan doa untuk dilindungi daripada budaya 'cah keting' kerana ia telah berlaku sehingga menimbulkan kepincangan dalam Pas.

Berikutan laporan tersebut, beberapa pimpinan Pas turut mengakui wujudnya budaya itu antaranya Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hasan Tantawi, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dan Ketua Penerangan Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir.

Walaupun tidak menafikan doanya tentang 'cah keting' itu, Nik Abdul Aziz berkata, kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak juga disebabkan oleh 'cah keting'.

Utusan Malaysia 23 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..