Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Ahad, Januari 10, 2010

Kelantan sahut cabaran Nazri

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.

“Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Nazri supaya Kelantan mengemukakan tuntutan itu di mahkamah berbanding usaha retorik Nik Abdul Aziz berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat.

Pada 4 November lalu, Najib mengumumkan untuk memberi wang ihsan tahun depan kepada kerajaan negeri itu sebagai menggantikan royalti minyak dan gas.

- Ikuti reaksi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di Sinar Harian hari ini.
10/12/09 Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..