KUALA KANGSAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kenyataan yang menyifatkan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai modul kursus Biro Tata Negara (BTN) sebagai perkauman adalah pendiriannya sendiri.
Katanya segala dakwaan, tohmahan serta tuduhan yang kononnya beliau diarahkan oleh pihak atasan adalah tidak benar.
“Ada cerita kononya apakah saya ini disuruh oleh pihak atasan, dan ada tohmahan dan tuduhan bahawa yang saya lakukan itu kerana Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) suruh.
“Saya menafikan di sini bahawa itu tidak benar. Apa yang saya buat adalah berdasarkan pendirian saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas baru milik syarikat The Combined Bus Services Sdn Bhd di sini, semalam.
Katanya, beliau turut bersetuju dan berjanji tidak akan membangkitkan lagi perkara itu serta meneruskan apa-apa juga ‘serangan’ terhadap Dr Mahathir ketika pertemuannya dengan Najib pada Khamis lepas, sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
“Apa yang saya lakukan itu, jika yang akan terluka biarlah saya sendiri tetapi jika mungkin terluka itu Perdana Menteri, saya tidak sanggup untuk meneruskan perkara ini (membangkitkan hal berkaitan BTN dan Dr Mahathir),” katanya.
Baru-baru ini, Mohamed Nazri berkata, Kabinet bersetuju merombak kurikulum BTN supaya ia lebih sesuai untuk semua kaum sejajar dengan gagasan 1Malaysia.
Bagaimanapun kenyataan beliau berbeza dengan yang disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang menjelaskan bahawa modul BTN tidak perlu dirombak sebaliknya akan ditambah baik agar sesuai dengan situasi semasa.
Dr Mahathir dalam komennya mengenai isu itu pula mahu kerajaan tidak terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Beliau mempertahankan modul BTN yang sudah lama diguna pakai kerana ia berkesan untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum. - Bernama
Akhbar Sinar Harian, 13/12/09
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Khamis, Januari 07, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..