Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Mac 13, 2010

Cerita Bola: Yang lama berbisa, yang baru terkena bisa.

Pasukan Kelantan seri lagi. Pada kali ini Kelantan menentang Selangor pada aksi Liga Super, di stadium keramat Kelantan. Kehadiran penonton sememangnya sudah dijangka dari awal. Dan aksi dua pasukan yang menjadi sebutan akhir-akhir ini mengundang beberapa cerita. Antarannya mengenai tiket, kehadiran penyokong, dan juga corak persembahan kedua-dua pasukan.

Pertama sekali kawe ingin memperkatakan mengenai tiket perlawanan. Sememangna perlawanan 12 Mac malam tadi menjadi tumpuan bagi kebanyakkan peminat sukan bola sepak Malaysia amnya, dan Kelantan khususnya. Apa yang menyakitkan adalah kehabisan tiket perlawanan yang dibolot oleh ulat tiket. Harga RM12.00 di kaunter menjadi RM20.00 di tangan ulat tiruan ini. Mana silapnya? Siapa silap? Adakan pihak pengurusan pertandingan, atau silap penonton? Perkara ini telah lama berlaku, namun timbul persoalan adakah pihak pengurusan tidak mengambil iniasitif uktuk mengatasinya? Atau adakah secara sengaja pihak pengurusan mencari untung dengan bekerjasama dengan ulat-ulat ini? Hah...! Biarkanlah, jika dengan cara ini mereka mendapat rezeki. Hanya Allah yang menentukan.

Kehadiran penyokong bagi kawe tidak perlu diulas dengan panjang lebar. Memadai dengan mengatakan Stadium Sultan Muhammad iv menerima kunjungan yang amat membanggakan.

Apa yang ingin kawe suarakan adalah mengenai kemampuan pasukan yang kononnya digelar pahlawan. Sebenarnya kawe tidak suka menggunakan Red Warior atau Pahalawan Merah. Kawe lebih suka menggunakan Sang Kijang. Siapa sebenarna yang memperkenalkan istilah ini? Kadang kalanya ia mencemarkan imej pahlawan, jika terus-menerus pasukan Kelantan tidak berjaya dalam perlawanan. Namun jadikan gelaran ini sebagai perangsang untuk menjadikan pasukan Kijang ini betul-betul pahlawan.

Tahun sebelumnya pasukan Kelantan tidak pernah menghampakan setiap penyokongnya, lebih-lebih lagi di tempat sendiri. Namun tahun ini menyaksikan pasukan Kelantan sering menghampakan peminat. Tahun ini juga menyaksikan keriakkan pihak pengurusan untuk membolok semua piala yang dipertandingkan, namun itu hanyalah angan-angan. Kehilangan Kelantan pada saingan Piala FA memungkinkan Kelantan bukan lagi pasukan pilihan.

Perlawanan malam tadi berlangsung agak menarik. Pasukan tuan rumah menguasai perlawanan, namun penyudahnya hambar. Apa lagi yang pihak pengurusan ingin nyatakan alasan dengan keputusan seri malam tadi? Apa agaknya alasan pemain pada kali ini? Sokongan peminat tidak pernah berbelah bagi, namun penyudah keputusan seringkali membelah-belah hati peminat.

Jika hendak dibandingkan dengan skuad terdahulu jauh bezanya. Kini walaupun Kelantan dibarisan pemain berstatus bintang (kononnyalah), ia tidak memaidai dan tidak mengerunkan lawan. Sama seperti pasukan Real Madrid, yang mempunyai pemain-pemain berkaliber, berbakat, dan mempunyai kemahiran yang tinggi, namun ia tidak menjamin kepuasan dan kemenangan yang hakiki.

Wahai pihak pengurusan, wahai pemain, tunjukkanlah kesungguhan anda sebagai mana penyokong yang terus menerus menunjukkan kesungguhan. Buktikan bahawa andalah pahlawan. Bukan pahlawan hanya pada nama, namun di padang, pada keputusan perlawanan.

Penyokong akan terus bersama anda selagi anda menghargai penyokong.. Kawe sayangkan pasukan Red Wariors...

Semoga perlawanan akan datang akan mendatangkan hasil yang mengembirakan..

Liga Super: Kelantan sekat kemaraan Selangor

Oleh KHAIRI MOHAMAD

PENYERANG Selangor, Safee Sali (kiri) diasak Azizi pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.


KELANTAN berjaya menyekat kemaraan Selangor daripada terus melebarkan penguasaan selaku pendahulu Liga Super selepas mengikat skuad Gergasi Merah itu dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi dengan diiringi hujan, seakan-akan menjadi petanda kelebihan memihak kepada tuan rumah.

Norfarhan Mohamad dan Nizad Ayub terlebih dahulu mengancam gawang Selangor pada minit kelapan dan kesembilan, namun percubaan mereka sedikit melepasi palang.

Minit ke-14 pula menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha mendapat peluang terbaik, namun rembatannya berjaya dinafikan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad.

Pemain tengah Selangor, Hardi Jaafar mendapat peluang pada minit ke-39, namun sepakan lambungnya tinggi melepasi palang.

Babak kedua menyaksikan perlawanan bermula perlahan sebelum Kelantan memulakan asakan 10 minit kemudian dan Norshahrul sekali lagi mendapat peluang melalui sepakan lambung pada minit ke-58 tetapi melepasi palang gol.

Lima minit kemudian, giliran Norfarhan hampir meletakkan Kelantan di hadapan selepas menerima hantaran Khairan Eroza Razali tetapi dia gagal menyudahkan dengan baik.

Selang dua minit kemudian, kapten Selangor, Amri Yahyah pula hampir menggamamkan 25,000 penyokong Kelantan melalui kuisan menarik tetapi percubaannya itu sedikit tersasar.

Peluang terbaik Kelantan hadir pada minit ke-68 apabila Norshahrul berjaya melepasi halangan Khairul Anuar Baharom dan hanya berdepan Hamsani tetapi rembatannya 'meliar' jauh.

Kelantan terus menggandakan asakan dalam tempoh 10 minit terakhir, namun terus dihampakan oleh kekebalan benteng pertahanan Selangor.

Rabu, Mac 10, 2010

Amankah kita di bumi Malaysia?

Sudah 50 tahun lebih Malaysia mengecapi kemerdekaan. Beratus tahun juga Malaysia yang dahulunya dikenali Malaya dan juga Tanah Melayu ini melalui detik-detik suka dan duka sebagai wilayah yang berdaulat. Jika dihitung dari dahulu hingga kini Malaya atau Malaysia tidak pernah sunyi dari kemelut dalaman. Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi telah wujud pertelegahan di kalangan pemimpin. Namun dalam pertelegahan itu wujud juga kesepakatan. Kini, adakah kita melangkah jauh jauh dari isu pertelagahan 

Tahun 2010 menyaksikan banyak perkara dan peristiwa yang melibatkan pemimpin kita. Akhir-akhir ini bermacam-macam cerita wujud dan menghiasi dada-dada akhbar dan juga laman sesawang. Ini semua cerita yang berkaitan dengan politk semasa. Wakil rakyat lompat parti, wakil rakyat ambil rasuah, dan macam-macam lagi. Paling menyakitkan setiap pemimpin bertelagah dan saling tuduh menuduh di antara satu sama lain.


Tiada siapa yang tahu siapa yang benar. Hanya Allah yang mengetahui segalanya. Namun jika sikap pemimpin kita yang masih begitu wujud dalam negara, bagai mana agaknya Malaysia akan terus aman?


Link..
Wakil rakyat lompat parti tanggung dosa

Ku Li tidak pernah keluar UMNO

Subky Latif   


SAYA terbaca satu tulisan yang mempertikai kebijaksaan Tengku Razaleigh Hamzah menyokong kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak dari Petronas. Tulisan itu  telah mempersoal Ku Li yang dikatakan pernah keluar UMNO bagi memimpin Parti Melayu Semangat 46.

Setahu saya Tengku Razaleigh tidak pernah meninggalkan UMNO. Sama seperti Tunku Abdul Rahman Putra yang tidak pernah meninggalkan UMNO. Walau pun Tunku tidak mati dalam UMNO tetapi Almarhum tidak meninggalkan UMNO.

Mungkin Tun Hussein Onn ada meninggalkan UMNO semasa bapanya Datuk Onn meninggalkan UMNO.

Apa yang berlaku UMNO yang dianggotai oleh Tengku Razaleigh dan Tunku Abdul Rahman itu telah diharamkan oleh mahkamah.

Tunku dan Tun Hussein segera membuat permohonan untuk menubuhkan semula UMNO tetapi telah ditolak oleh pejabat pendafataran. Sebaliknya Dr. Mahathir, Presiden UMNO ketika ia diharamkan telah mengemukakan kepada pejabat pendaftaran pembentukan UMNO (Baru) sebaik saja permohonan Tunku itu ditolak.

UMNO yang dicadangkan oleh Tunku itu adalah 100 peratus seperti UMNO yang diharamkan itu. Ada pun UMNO yang ditaja oleh Dr. Mahathir adalah kalimah (Baru) selepas perkataan UMNO.

UMNO (Baru) itu telah dirancang sebelum mahkamah mengharamkan UMNO dan sekalian penyokong tegar Ku Li dihalang menyertainya.

Sekalian penasihat guaman Dr. Mahathir dipercayai telah memaklumkan kepadanya bahawa saman yang dikemukakan oleh Team B UMNO yang dipimpin oleh Ku Li tidak memihak kepada Dr. Mahathir. Maka Dr. Mahathir pun merancang untuk membentuk UMNOnya sendiri dan Ku Li serta orang-orangnya tidak akan diterima menyertainya.

Saya temui Abdullah Badawi di satu tingkat tinggi menara yang menempatkan Ibu Pejabat Takaful Malaysia sekarang seminggu sebelum mahkamah membuat keputusan itu.

Saya bagi tau Tun Pak Lah, Team B akan menang dalam kes itu tetapi Dr. Mahathir akan membentuk UMNOnya dan sekalian yang bersama Ku Li dalam pertandingan menentang Mahathir sebelum itu tidak akan diterima.

Dolah Badawi tersentak dengan maklumat saya itu. Responsnya, ‘Kalau begitu payahlah.....’

Seminggu kemudian Hakim Haron Hashim bersetuju dengan hujah peguam Sri Ram yang mewakili UMNO Team A dan Dr. Mahathir mengharamkan UMNO.

Memang UMNO terbagi dua. Memang penyokong Ku Li disekat menyertai UMNO (Baru). Dolah Badawi antara sedikit penyokong Team B yang    dibenarkan menyertai UMNO Dr. Mahathir itu.

Mungkin ia disebabkan keberadaan Dolah dalam Team Ku Li itu tidak banyak disebabkan oleh faktor Ku Li, tetapi banyak didorong oleh penyertaan Tun Musa Hitam yang ketika itu jadi regu Ku Li. Walaupun Dolah dipecat dari menjadi Menteri Pertahanan, tetapi dia tidak dilihat memihak kepada Team B selepas kekalahan Ku Li dalam pemilihan Presiden UMNO sebelum itu.

Ketika UMNO (Baru) ditubuhkan, bukan sekadar Ku Li tidak boleh menyertai parti itu, malah sukar baginya mendaftarkan parti sendiri. Justeru itu Ku Li berkeliaran ke sana sini menggunakan pentas bersama PAS untuk menerangkan mesej perjuangannya.

Apa yang dapat dibuat oleh Ku Li ialah mendapatkan khidmat penyokongnya yang tidak dikenali mendaftarkan Parti Semangat 46. Pendaftar meluluskan pula pendaftarannya. Dalam perhimpunan pelancaran parti yang baru didaftarkan itu, bagi memilih pimpinannya baru Ku Li dan rakan-rakannya muncul menjadi pemimpin parti itu.

Datuk Dr. Rais Yatim tahu sangat akan kejadian itu.

Memanglah masa itu Tengku Razaleigh tidak boleh bertentang mata dengan Dr. Mahathir. Mereka tidak boleh bersama dan mereka tidak boleh cuba disamakan.

Dengan semua keterangan dan perkembangan itu tidak ada bukti mengatakan Ku Li pernah meninggalkan UMNO tetapi apa yang berlaku UMNO itu sudah terkubur pada masa itu.

Kesemua ahli UMNO yang dikatakan 1.2 juta pada itu sudah tidak berparti. Masing-masing berlumba untuk merebut hak atas harta pesaka UMNO yang tidak bertuan masa itu. Masing-masing cuba membuktikan mendapat sokongan lebih separuh dari keahlian keseluruhannya bagi membolehkan mewarisi segala peninggalan UMNO itu.

Adalah benar pada ketika itu Ku Li tidak dapat lagi berketuakan Dr. Mahathir tetapi pada ketika yang sama Dr. Mahathir sendiri tidak mahu Ku Li ada bersasma kumpulannya kerana kemenangan Dr. Mahathir ke atas Ku Li sangat kecil.

Kiranya UMNO itu tidak mati dan tidak berpecah, maka kemungkinan Ku Li bangun mencabarnya lagi selepas itu tidak ditolak dan dalam keadaan yang dilihat sama kuat itu, tidak mustahil Dr. Mahathir boleh dikalahkan pula.

Sebab Ku Li mahu dibuang jauh-jauh oleh Dr. Mahathir ialah supaya Dr. Mahathir bebas dari sebarang ancaman.

Ku Li hanya dibawa semula ke dalam UMNO setelah dipastikan peraturan UMNO begitu ketat, payah bagi sesiapa bagi mencabarnya. Dengan undi bonus untuk calon pimpinan UMNO sukar pimpinan yang ada digugat.

Walau pun Ku Li nampak sukar baginya menembusi kubu tebal Dr. Mahathir itu tetapi keadaan dan budaya duit yang diwarisi oleh S46 dari UMNO, payah bagi Ku Li untuk menampungnya, jalan terbuka bagi Ku Li untuk dilihat orang sentiasa setia kepada UMNO ialah dengan menyertainya semula.

Dengan semua penampilannya dalam UMNO yang baru itu tidak mengikat dirinya untuk menerima buta tuli  apa yang dilakukan oleh pimpinan UMNO dari semasa ke semasa. Dia bebas menyatakan apa yang dirasanya baik untuk UMNO sekali pun ia tidak disukai ketua-ketua UMNO. Penyertaan yang begitu, payah bagi menuduhnya tidak setia kepada keputusan UMNO.

http://www.harakahdaily.net (10 Mac. 2010)

PAS kemuka usul bincang royalti Kelantan di Dewan Rakyat

Harakahdaily   (10 Mac. 2010)
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub menghantar satu usul mencadangkan Dewan Rakyat membincangkan isu berkaitan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum.

Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS ketika dihubungi Harakahdaily, mengesahkan surat cadangan tersebut telah difaks kepada pejabat Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pendekar Amin Mulia hari ini.

Ianya dibuat di bawah peraturan mesyuarat 18(1) bagi membincangkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.

Kenyataan penuh surat memohon cadangan usul tersebut adalah seperti berikut:
_______________________________________________________________


YB TanSri Pendekar Amin Mulia
Yang DiPertua Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia,
Kuala Lumpur.

YB Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) BAGI MEMBINCANGKAN PERKARA TERTENTU, BERKEPENTINGAN RAMAI DAN PERLU DISEGERAKAN

Saya Haji Salahuddin Bin Haji Ayub (Kubang Kerian) ingin mencadangkan bahawa mesyuarat hari ini hendaklah ditangguhkan bagi membincangkan perkara yang berkaitan dengan hak negeri Kelantan dan negeri-negeri lain  dalam Malaysia untuk mendapatkan royalti petroleum yang dinafikan oleh YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Tuan Yang DiPertua,

Sewajarnya Dewan Yang Mulia ini merakamkan penghargaan yang setingginya kepada YB Mulia Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah (Gua Musang) yang telah menunjukan sifat seorang negarawan tulen yang berani berdiri dipersada politik tanah air bagi memperbetulkan fakta yang diselewengkan oleh YAB Perdana Menteri  khususnya dalam perkara pembayaran royalti petroleum keatas negeri Kelantan dan negeri-negeri lain. Alasan murahan yang dijaja keserata negara ialah isu 3 batu nautika yang jelas bertentangan dengan Petroleum Development Act (PDA) 1974.

Menjadi tanggungjawab saya mewakili rakyat negara ini untuk membawa usul ini kerana terlalu banyak fakta yang diselewengkan mahupun disembunyikan termasuk penemuan beberapa telaga minyak dikawasan bertindih sempadan Kelantan dan Terengganu iaitu sekitar (Commercial Arrangment Area PM313).

YB Mulia Gua Musang paling berautoriti untuk memperjelaskan PDA. PDA dan kesemua 13 perjanjian dengan Negeri-negeri dan 13 Geran Penyerahan Hak menggunakan istilah “bayaran tunai” dan demikian juga istilah-istilah yang digunakan dalam PDA adalah “di daratan (On-Shore)” dan “luar pantai (Off-Shore)” untuk maksud petroluem yang dihasilkan samada di daratan atau di luar pantai. Yang penting sekali adalah tiada dinyatakan sama sekali di dalam PDA, 13 Perjanjian dengan negeri-negeri  mahupun Hak tentang sekatan setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai dari Pertonas bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantainya sebagaimana hujah murahan YAB Perdana Menteri.

Cuba perhatikan bagi Sabah dan Sarawak (telaga minyaknya semua di luar pantai) sebelum berkuatkuasanya PDA 1974 asas perundangan bayaran royaltinya dibuat oleh undang-undang yang digubal oleh kolonial Inggeris. Setelah wujud PDA dan pembentukan Petronas, Sabah dan Sarawak dibayar royalti petroleum sejak Oktober 1974 berasaskan PDA, 2 Perjanjian dan 2 Geran Penyerah Hak. Kedua-dua negeri tersebut berada dalam kedudukan yang sama dengan Kelantan,Terengganu dan 9 negeri yang lain dalam Malaysia.

Saya mohon sekali lagi agar Dewan Yang Mulia ini diberikan ruang untuk membincangkan perkara sepenting ini. Tentunya Estoppel mengikat integriti Petronas sebagai syarikat minyak multi-nasional setanding Exxon dan Shell. Satu penghormatan kepada Pertonas yang telah menandatanagani perjanjian dengan Kelantan dan 12 Negeri-negeri yang lain. Petronas jangan menodai perjanjian ini hanya kerana angkara dendam kesumat Barisan Nasional yang tak kunjung padam.

Saya mohon mencadang.
HAJI SALAHUDDIN HAJI AYUB

Isnin, Mac 08, 2010

Jom Heboh akhirnya ke Kelantan

KOTA BHARU 7 Mac - Penduduk negeri ini bakal merasai kemeriahan Jom Heboh kelolaan TV3 selepas kerajaan negeri memberi kebenaran kepada stesen penyiaran itu mengadakan karnival tersebut buat pertama kalinya di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, karnival yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Mac ini telah dipersetujui dengan bersyarat termasuk tidak melibatkan penyanyi wanita.

Katanya, ia akan diadakan mengikut garis panduan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Kelantan 1998.

Jelasnya, konsep karnival berkenaan akan diubah termasuk penambahan beberapa slot aktiviti keagamaan termasuk al-Kuliah yang membabitkan ceramah agama oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Jom Heboh kini bukan sekadar karnival hiburan tetapi ia turut berkonsepkan kekeluargaan dan kesihatan selain penganjuran bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan pada 30 dan 31 Mac ini," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Utusan Malaysia. 8 Mac 2010