Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Mac 28, 2011

Jom tengok porno

Hohohoho..... Ganas betul tajuk kali ini. Tak lain tak bukan ini kisah terbaru cerita politik kita. Minggu lalu media massa sibuk dengan laporan mengenai dakwaan pemimpin pakatan pembangkang terlibat dalam kancah zina. Lebih teruk lagi perlakuan itu dirakam (atau terakam). Tapi aku taknak cerita banyak sebab ramai yang dah tahu cerita ini.

Kononnya "pelakon" video lucah ini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Heroin"nya pula dari negara luar. Sama ada benar atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Rakaman dalam sebuah hotel. Nampaknya selepas ini sesiapa yang mahu menginap di hotel mesti berhati-hati, takut-takut aksi terlarang dan yang tak terlarang (oleh hukum syarak) dirakam dan terakam. Dan nampaknya bilik hotel kini bukan lagi tempat selamat dan private. Jadi kenalah hati-hati.

Rakaman dalam hitam putih. Bila agaknya aksi "penggambaran" terbabit? Zaman serba maju macam ni ada lagi rakaman tak berwarna. Teringat zaman Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dan sahabat-sahabatnya.

Heboh diperkatakan video ini dipertontonkan di sebuah hotel baru-baru ini. Penontonnya ialah mereka yang terpilih sahaja termasuk pengamal media, wartawan. Fuhh...hebat betul, siap ada tayangan perdana dan majlis pratonton lagi ni. Siapa penganjur dan penerbit majlis pratonton ini? Tak lain tak bukan (menurut laporan media) mereka ialah tiga sahabat yang bergelar Datuk T.

Bagaimanalah perasaan penonton khas yang dijemput oleh pengajur semasa melihat video ini? Walaupun videonya dalam hitam putih, perasaan ghairah dan teruja tetap ada. Walaupun penayangan ini bertujuan untuk mengenalpasti siapa pelakunya, ghairah akan bertamu dalam diri penonton-penonton jemputan khas ini. Walaupun tujuan penayangan untuk mengesahkan kesahihan video ini tulen atau palsu nafsu ghairah tetap ada. Ya, memang ada. Kalau takde perasaan macam tu maknanya penonton khas ini ma*i pucu*. Huihuhi...

Di sebalik cerita ini keluarlah pelbagai andaian dan pandangan. Ada yang berpendapat video ini mesti disiasat oleh suruhanjaya khas. Ada juga yang mengencam tayangan ini kerana perlakuan ini tidak bermoral.

Inilah politik Malaysia. Tak habis-habis dengan idea baru dan lama. Sama ada idea pemusnah mahupun idea membina. Kalau yang membina kita tak kisahlah tapi ini idea membinasa.

Di sebalik insiden ini juga, maruah orang Islam juga yang tercalar. Bukan lagi tercalar malah memang terluka berdarah lagi parah tak tentu arah. Motif sebenar dalam hal ini tiada siapa yang tahu melainkan "penerbit-penerbitnya".

Adakah penayangan "filem perdana" ini tidak menyalahi undang-undang? Maklumlah, ini filem yang dikategorikan sebagai 18sx. Kalau filem di pawagam perlu mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia sebelum filem dibenarkan ditayang secara umum. Dalam cerita ini LPF memang takde kuasa. Tapi bagaimana dengan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan? Undang-undang Malaysia membenarkan seseorang (atau/dan ramai orang) memiliki video porno? Undang-undang Malaysia membenarkan penayangan video porno di mana-mana premis persendirian atau awam (termasuk hotel)?

Nampaknya video ini akan mencapai "box office" sekarang. Box Office yang berjudul "video lucah terhangat".

Dunia...dunia... Bala... bala...

Di Asia Barat, negara-negara Islam sibuk berperang menentang musuh yang ingin memusnah mereka. Kita di Malaysia sibuk bermusuh sesama sendiri..
Cikgu Sulizi  (lirik: Halim Yazid) - Bencana Tempat Orang

Berikut komen daripada ilmuan agama.. Video lucah dan dosa politik & Adakan perhimpunan anti politik lucah

Maaf. Video ini takde kaitan dengan catatan di atas dan tidak berkaitan dengan cerita "video lucah terhangat". Sekadar selingan. Maaf sekali lagi.

"Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui, Engkau tunjukanlah kebenaran yang hakiki. Janganlah Engkau kaburkan mata kami dengan pandangan nafsu. Janganlah Engkau lemahkan kami dengan pendengaran yang ada bisikan syaitan. Engkau bukalah hati kami untuk melihat dan menerima kebenaran yang nyata. Seandainya kami tersilap memilih, dan tersilap mempercayai sesuatu, Engkau tunjukanlah kami jalan yang benar. Sesungguhnya Engkaulah maha berkuasa dalam segala perkara"...

Sabtu, Mac 26, 2011

Dunia dah hampir kiamat?

Teringat kata-kata ustaz dan ustazah waktu sekolah dulu mengenai hari kiamat. Katanya tanda-tanda kiamat adalah pelbagai. Antaranya berlaku bencana alam, tercetusnya peperangan, wujudnya pertelagahan sesama sendiri,   terdirinya bangunan-bangunan tinggi yang bercacak-cacak dan banyak lagi.

Kini, jika diamati betul-betul penanda-penanda itu telahpun ada. Dan sebahagiannya juga telah ada sejak zaman Nabi Muhammad lagi. Terbaru adalah musibbah yang melanda Jepun. Tsunami dan gempa bumi telah mengorbankan beribu nyawa. Sebelum ini, tsunami telah melanda Aceh, Serilangka dan beberapa tempat lagi (2004). Tempiasnya, Malaysia turut sama terkena. Itu salah satu bencana alam. Alam yang "dihilangkan" sedikit demi sedikit oleh Pencipta kita, yakni Allah.

Peperangan; juga tercetus sejak zaman Rasulullah. Kini peperangan belum berakhir. Iraq dan Afganistan diserang, Palestin ditindas, Selatan Thailand bergolak. Itu semua berpunca daripada kuasa luar, kuasa negara bukan Islam. Mutakhir ini, Libya pula berhempas pulas melawan kuasa jahat dari PBB yang didalangi Amerika Syarikat dan Britain. Serangan ini kononnya ingin membebaskan rakyat Libya daripada kongkongan kuku besi pemerintahnya.

Pertelagahan sesama sendiri juga wujud sejak zaman Nabi Adam. Perbalahan dua puteranya sehingga membawa kepada kematian. Zaman Rasulullah Muhammad pun begitu juga. Lebih-lebih lagi setelah kewafatan nabi; hingga wujud perpecahan mazhab dan peperangan. Terbaru adalah kisah di Libya, Mesir, Tunisia, Bahrain, Syria dan juga Malaysia. Ya, Malaysia. Di Mesir rakyat memberontak dan berjaya mengundurkan Hosni Mobarak yang memimpin Mesir lebih 30 tahun.

Di Libya dan Tunisia juga sama. Masing-masing mahu menggulingkan kerajaan yang dikatakan kuku besi. Kisah gulingan kerajaan Mesir dan Tunisia dan Mesir seakan berakhir. Tapi di Libya masih lagi bergema. Ditambah pula dengan campurtangan kuasa jahat dari AS dan Britain serta sekutu-sekutunya. PBB sebagai badan utama dunia, "menghalalkan" serangan ini atas dasar keamanan rakyat Libya.

Umat Islam sukar bersatu dan bersepakat. Sebab itu masalah di Palestin sukar diselesaikan. Kisah di Iraq, Afganistan, Libya, dan beberapa negara Islam lain ketika "menerima" serangan kuasa jahat hanya dipandang sepi oleh beberapa rakan negara Islam lain. Ironinya ada pula yang turut menyokong dan berdiam diri. Lihat saja di Palestin; Turki dan Mesir misalnya tidak turut sama membantu. Mengenai serangan AS ke atas Libya beberapa hari lalu, ada negara Arab yang turut menyokong.

Malaysia juga turut mengalami pertelagahan sesama sendiri. Perbezaan ideologi politik dikatakan punca utama masalah ini. Masing-masing mendakwa "mereka"lah yang benar. Tuduh-menuduh, keji-mengeji, umpat-mengumpat, caci-mencaci, aib-mengaib bagaikan mainan di lidah. Sukar untuk bersatu.

Mengenai bangunan-bangunan tinggi, kita sedia maklum setiap negara tidak kira negara Islam atau bukan Islam masing-masing bermegah dengan "ketinggian" bangunan masing-masing. Tapi yang ini tidak menjadi kesalahan walaupun zaman rasul dan nabi perkara ini (sesetengahnya) tidak wujud secara "mata kasar" ("bangunan tinggi" yang tidak dapat dilihat oleh mata (mungkin) adalah ketinggian langit. Aku tidak pernah mendengar ilmu sains menyatakan langit itu bertingkat. Yang ada hanya ketinggian jarak bulan, matahari, planet dan cakerawala yang lain. Peristiwa Israq Mi'raq menerangkan bagaimana Nabi Muhammad sampai ke langit ketujuh bertemu Allah). Tapi kita boleh ketengahkan ketinggian (dari segi ukuran) piramid, kubah masjid, dan kaabah.

Sedar tak sedar umur dunia semakin tua. Bila masa dan ketikanya umur dunia ini berakhir tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Allah.

Bersediakah kita untuk menemui Allah...

Kali ini aku banyak "menglinkkan" padangan daripada Minda tajdid: drmaza.com. Banyak pemikiran dan tulisan mantan Mufti Perlis ini yang boleh dijadikan panduan.

Ahad, Mac 20, 2011

Cerita bola: Harap RTM gugurkan slogan “Sukan Terbaik Hanya Di RTM”

Harap sangat RTM gugurkan slogan “sukan terbaik” di stesennya. Ini merujuk kepada sukan bola sepak tempatan. Untuk sekian kalinya RTM masih gagal memberi kepuasan kepada peminat bola sepak tempatan dari segi penyiaran secara langsung Liga Malaysia.

Ironinya stesen tv milik kerajaan pusat ini masih mendabik dada bahawa RTM adalah stesen terbaik penyiaran sukan.

RTM hanya menyiarkan perlawanan pertama di antara Selangor melawan Kelantan pada 29 Januari lalu pada perlawanan Piala Sumbangsih. Selepas itu RTM membuat kejutan dengan menyiarkan perlawanan Malaysia melawan Pakistan, perlawanan kelayakan Olimpik. Kemudian sehingga malam tadi (Piala FA), RTM senyap sepi.

Beberapa hari lalu Kosmo! turut tertarik dengan perkembangan RTM terhadap bola sepak tempatan. Walaupun laporan Kosmo! ini tidak sedikitpun menggentarkan RTM dan “ketuanya”, tapi ini sekurang-kurangnya dapat menyampaikan keresahan sebahagian peminat bola sepak Malaysia yang tidak mempunyai siaran berbayar, Astro. Selain Kosmo!, seorang blogger sukan terkenal, Rizal Hashim, pernah memberi ulasan mengenai sikap terbaru RTM dalam dunia bola sepak tempatan. Antaranya, RTM = Rais Tak Minat dan Kecoh di angkasapuri. Lihat juga komen Dahlan Maamor, salah seorang penyampai berita sukan yang aku minat (selain Datuk Hj. Hasbullah Awang, Hafizal Hamad, Jasni Shafie, Shaukie Kahar, Zainal Rawop, Abu Bakar Atan dan Eben (Shuhami @ DJ Kelantan.fm)

Baru-baru ini orang kuat RTM berkata duit bukan persoalan (baca laporan kosmo!), tapi kepuasan penonton (rakyat) diutamakan. Itu baru-baru ini, sekarang macam mana?

Datuk Seri Utama Rais Yatim, Menteri Penerangan, seorang menteri yang berkaliber. Tapi tak tahulah, beliau kisah atau tidak dalam hal ini. Sebelum ini Datuk Shabery yang menggalas tugas sebagai Menteri Penerangan, kini beliau pegang pula Kementerian Belia dan Sukan. Rais pernah menjadi menteri Luar, dan porfolia kementerian lain. Tapi aku tak pastilah Rais pernah pegang jawatan KBS atau tidak. Kalau Rais tidak pernah pegang jawatan itu, mungkin Rais tak tahu bagaimana semangatnya rakyat Malaysia terhadap sukan nombor satu negara ini.

Kita bukannya “meminta” siaran langsung Liga Inggeris atau liga asing lain, hanya “meminta” Liga Malaysia.

RTM menyatakan “rundingan” dengan Astro belum selesai. Apa yang dirunding? Adakah mengenai harga? Adakah mengenai pilihan perlawanan?

Antara FAM – RTM – Astro
Sebelum ini RTM mendapat hak penyiaran daripada FAM dengan bayaran RM6 juta semusim. Tahun 2011, Astro pula diberi hak penyiar rasmi. Ada beberapa persoalan...

Semasa RTM menjadi penyiar utama sebelum ini mengapa Astro turut diberi hak yang sama? Dari mana “dibelinya” siaran itu? Daripada RTM atau FAM? Jika dibeli daripada RTM, kali ini bolehlah giliran RTM pula beli daripada Astro.

Tahun ini mengapa RTM tidak turut serta bersama Astro membeli siaran daripada FAM? Adakah terlalu mahal? Atau RTM minta diskaun harga? Atau RTM tidak lagi berminat dengan bola sepak tempatan? Atau FAM mahu mengaut untung lebih dengan menjual kepada pihak swasta, Astro? Adakah semua itu (persoalan) ada?

Kenapa FAM tidak menjual siaran kepada RTM? Adakah RTM bayar murah? FAM mahu untung lebih dengan penjualan kepada Astro? Atau RTM memang tidak berminat langsung dengan liga tempatan?; oleh itu tidak ada gunanya beri hak kepada RTM.

RTM mengatakan pihaknya dalam rundingan dengan pihak Astro. Apa yang dirunding? Mengapa Astro masih lagi tidak memberi kata putus? Atau Astro sengaja melengah-lengahkan proses rundingan untuk menidakkan peminat terus setia dengan stesen percuma itu? Al maklumlah, RTM sentiasa menjadi pilihan jika menayangkan siaran langsung. Adakah berbekalkan pengulas yang berpengalaman seperti Datuk Hj.Hasbullah Awang, dan Pengulas Sukan Terbaik Anugerah Seri Angkasa, Hafizal Hamad, Astro “takut” peminat lebih memberi tumpuan kepada RTM? Jadi untuk hilangkan “ketakutan” itu Astro melewat-lewatkan proses rundingan?

Peranan media
Astro dan RTM adalah media elektronik yang penting dalam perkembangan bola sepak. Jika dalam hal ini masih lagi belum ada kesudahan maka semangat kesukanan kita makin terhakis. Tidak mustahillah mengapa ramai yang lebih berminat dengan liga asing berbanding liga tempatan; kerana liputan dan tumpuan media kita masih lagi pada tahap yang tidak memuaskan. Media lain seperti media cetak dan IT hanya sebagai pelengkap.

Pemimpin
Keluhan rakyat adakah diambil berat oleh pemimpin? Menteri Belia dan Sukan, dan Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim; agak-agaknya mereka peduli atau tidak dalam hal ini? Sebagai orang kuat KBS, takkan mereka tak terasa dengan kehangatan sukan nombor satu dunia ini?


Apa-apapun kita tunggu dan lihat. Jika hal ini tiada kesudahan, harap-harap RTM gugurkan saja slogan keramat stesennya. Takut-takut dengan slogan sebegitu umpama “masuk bakul angkat sendiri".


Pautan lain..
Surat Safee Sali; Pengalaman ngeri

Cerita bola: RTM jawab

Isu siaran langsung Liga M: RTM masih bincang dengan Astro

PERBINCANGAN masih belum selesai.
Itu punca mengapa Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) masih gagal membuat siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) sehingga ke hari ini.
Menurut Pemangku Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Norhyati Ismail, RTM tidak dapat menyiarkan perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA kerana masih belum mendapat hak untuk berbuat demikian.
"RTM masih dalam perbincangan dengan pihak Astro dari segi pembelian hak siaran. Sebelum ini, hak siaran tersebut dipegang oleh FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) melalui MSL (Malaysia Super League Sdn. Bhd.).
"Tetapi bermula musim 2011, MSL telah menjual semua hak siaran kepada Astro dan RTM perlu membelinya daripada Astro.
"RTM ditawarkan RM6 juta untuk hak siaran televisyen percuma sahaja dan tidak termasuk hak siaran radio dan media baru seperti sebelum ini," katanya menerusi satu kenyataan kepada Kosmo! semalam.
Namun tegas Norhyati, siaran bola sepak tetap merupakan sebahagian agenda siaran sukan negara yang perlu diberi perhatian sama dengan sukan-sukan lain seperti Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) dan sebagainya.
"Berhubung kegagalan RTM menyiarkan secara langsung perlawanan akhir badminton Seluruh England antara Datuk Lee Chong Wei bertemu Lin Dan pula, RTM tidak mempunyai hak siaran perlawanan tersebut.
"Hak siaran semua perlawanan Siri Super 2011 bagi televisyen berbayar dan percuma telah dibeli Astro.
"Bagaimanapun, RTM sedang berusaha dan dalam perbincangan untuk mendapatkan siaran badminton yang lain daripada Astro untuk disajikan kepada penonton setia RTM.
"RTM sentiasa berusaha untuk memartabatkan sukan tempatan lain supaya slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM' masih lagi relevan," jelasnya.
Rabu lalu, Kosmo! menyiarkan laporan tentang peminat yang kecewa dengan ketiadaan siaran langsung Liga M di RTM lalu mewujudkan satu laman Facebook yang dinamakan Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia.

Jumaat, Mac 18, 2011

Aku makin kurus?

Dalam minggu ini dua orang kata aku makin kurus. Seorang makcik (ibu sahabat aku) yang hampir empat tahun tidak jumpa berkata aku semakin kurus, tidak seperti dulu. Seorang sepupu yang sebulan lebih tidak jumpa juga berkata sedemikian. Hah..yang tak jumpa sebulan pun kata aku kurus, inikan pula yang hampir empat tahun.

Kali terakhir berat badan aku diukur adalah 58.63 kg. Berat itu bercampur dengan selipar, beg duit, pakaian di badan, jam di tangan dan bercermin mata. Kalau buang “campuran” tu mungkin berat badan aku menurun ke angka 56 kg. Itu angka bulan lepas. Dengan tinggi 1.66 cm. BMI? Bulan ini macam mana?

Orang kata makin kita senang hati badan makin berisi. Makin kita rungsing dan susah hati berat badan makin susut. Betul ke? Apa penyebab kepada penurunan berat badan selain berdiet, bersukan dan kurang makan? Nak jugalah cari kat internet sebab musabab berat badan tak naik-naik dan asyik turun je, tapi internet pula buat hal; punyalah perlahan macam siput ba** tengah sakit tenat; nak berjalan pun taknak.

Selera makan tak pernah berkurang. Kalau setakat sekali dua tambah nasi tu mainan je tu. Tapi masih lagi begini. Hahai..tak kisahlah, asalkan perut sentiasa kenyang.
*****************************

Malam tadi mata tak mahu lelap. Puas dipujuk, puas dirayu "dia" buat ndak je.  Sebelum tu dari pukul 10:00 malam - 12:00 tengah malam, macam biasa habiskan masa di gelanggang badminton. Kemudian keluar minum kejap. Balik rumah lebih kurang 01:30 pagi. Hhah..masa nilah mata buat hal. Nak belek-belek Face Book, tagged, Kosmo!, internet pun sama dengan mata, buat hal.

Tak boleh tidur; golek punya golek, pusing punya pusing, tonggeng punya tonggeng tak juga lelap-lelap. Akhirnya buku E.H.Carr, "Apakah Sejarah", terjemahan DBP, 1988, menjadi pilihan. Buku terjemahan BI ke BM; bayangkan macam mana susunan ayat-ayatnya. Tapi walau macam mana tunggang terbalik ayatnya sekalipun, ia masih dalam BM, jadi mudahlah nak faham. Al maklumlah, aku ni BI bukanlah tak pandai tapi tak faham. Hhuh..

Setelah lima halaman karya E.H.Carr tu mata masih taknak lelap. Hangin betullah. Dipendekan cerita yang tersedia pendek ni mata terus celik hingga ke Subuh. Selepas sembahyang, internet pula "menjadi". Apa lagi layan blog, dan FB la (tapi malas nak search sebab musabab kurus cekending)

Petang nanti nak ke rumah sahabat. Kenduri kahwin. "Nikoh dohlah demo dih".

Disebabkan internet telah berkompromi dengan aku di pagi hari ini, aku lengahkan seketika tidur. Tapi tak boleh lengah sangat, takut-takut tengah hari ni tak bangun solat Jumaat. Dan kalau mata mengantuk macam mana nak makan gulai kawah orang kahwin. Hahai...jadi aku kena cepat-cepat "log keluar" dari blog ini sebelum mata ni sekali lagi merajuk ...

Rabu, Mac 16, 2011

RTM oh RTM menghakis semangat sukan?

'Sukan Terbaik Hanya di RTM' hanya gah pada nama

LAMAN Facebook yang dibuka dan dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia'.

(www.kosmo.com.my - 16 Mac '11)
PARA peminat sukan tempatan nampaknya seperti sudah hilang sabar apabila Radio dan Televi- syen Malaysia (RTM) masih terus gagal menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Malaysia (Liga M) 2011 sehingga malam tadi.
Selepas berlalu tujuh perlawanan Liga Super yang bermula pada 29 Januari lalu tanpa sebarang perlawanan pun disiarkan secara langsung oleh RTM, aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi turut gagal disiarkan.
Malah aksi final Kejohanan Badminton Seluruh England yang menemukan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan pada awal pagi kelmarin, turut tidak disiarkan secara langsung oleh RTM yang sering melaungkan slogan 'Sukan Terbaik Hanya di RTM'.
Kecewa dengan sikap acuh tak acuh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim tentang soal siaran langsung sukan tempatan itu, satu laman Facebook yang dinamakan 'Kami 100,000 Rakyat Desak Rais Yatim/RTM Siarkan Live Liga Malaysia' telah dibuka.
Sehingga semalam, seramai 2,485 sudah menyertai laman Facebook berkenaan sebagai tanda desakan supaya Rais sebagai orang yang paling berkuasa di RTM mendengar rintihan rakyat Malaysia yang mahu- kan aksi Liga M disiarkan secara langsung.
RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, Astro diumumkan sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.
Namun, Astro bukanlah pemegang hak eksklusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.
Masalah timbul apabila RTM dikatakan mahukan 'diskaun berlebihan' sedangkan bayaran yang dikenakan Astro ialah RM6 juta setahun, sama seperti jumlah dibayar RTM kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini.
Bukan semua rakyat Malaysia melanggan saluran berbayar Astro terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melaungkan slogan 'Sukan menyatukan kita semua' tetapi bagaimana untuk menyatukan rakyat jika RTM tidak menyokong sukan tempatan.

Isnin, Mac 07, 2011

Kisah judi di Kelantan

"Mengapa sekarang?"
Tindakan MPKB serbu tiga kedai kerana jual tiket loteri dianggap MCA tidak sah

~Oleh Siti Fatimah Hassan
sfhassan@hmetro.com.my

KOTA BHARU: "Mengapa dilakukan di Kelantan saja? Adakah masyarakatnya senang dikacau? Jika ingin ubah undang-undang, biar mengikut susunan dan jangan melakukan sewenang-wenangnya," kata Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Li Tian Ke.

Li mengulas tindakan Majlis Pembandaran Kota Bharu (MPKB) menyerbu tiga premis termasuk dua kedai buku di Jalan Sultanah Zainab, di sini, kerana menjual tiket loteri, pada 13 dan 26 Februari lalu.

Dalam serbuan itu, MPKB merampas lebih 1,000 tiket loteri.

Menurut Li, tindakan itu dianggap tidak sah kerana penjualan loteri dibenarkan mengikut undang-undang persekutuan dan pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah mendapatkan ketetapan undang-undang mengenai kedudukan peniaga yang menjual tiket loteri berkenaan.

"Kami sudah melantik peguam dan akan mengemukakan saman pemula terhadap MPKB secepat mungkin. Kami ingin jelaskan mereka (peniaga) sudah puluhan tahun menjual tiket loteri dan tidak pernah diganggu sehingga diserbu baru-baru ini. Mereka bukan saja didatangi lebih 10 anggota MPKB, tetapi turut diberi amaran dan ugutan anggota terbabit akan datang sekali lagi jika masih menjual tiket loteri," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Li berkata, pihaknya bukan berniat mencabar MPKB, tetapi ingin mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan dan hak peniaga terbabit supaya tidak diganggu.

Katanya, jika tindakan itu diambil mengikut Undang-undang Kecil MPKB sekalipun, ia sepatutnya dilakukan sejak dulu dan bukan secara mengejut disebabkan timbulnya desakan tertentu.

"Walaupun MPKB menyebut undang-undang ini diluluskan 10 atau 20 tahun lalu, mengapa tiada tindakan diambil sebelum ini dan mengapa diambil sekarang," katanya.

Menurut Li, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan lebih tegas terhadap MPKB jika Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu tidak akur dengan ketetapan mahkamah.

"Jika PBT itu tidak akur, kami tepaksa mengambil tindakan tegas memberi peringatan bahawa mereka juga tertakluk kepada undang-undang," katanya.
********************************
Berita ini aku ambil / salin daripada Harian Metro Edisi Timur, bertarikh 05 Mac 2011, Sabtu, ruangan "Setempat", halaman 33.

Sebelum itu lihat di bawah ini...

Loteri bebas dijual di Kota Bharu






Seorang lelaki keluar dari sebuah kedai buku dan alat tulis setelah membeli tiket loteri di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 11 Feb. – Biar pun judi diharamkan di Kelantan sejajar konsep ‘Membangun Bersama Islam’ yang diamalkan oleh Kerajaan Pas negeri itu namun ia tetap berleluasa dan dijual secara terbuka terutama membabitkan loteri ‘Big Sweep’.

Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar ini.

Begitu juga dengan empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai kopi dan ia sudah menjadi rahsia umum sejak 20 tahun lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai buku di sini baru-baru ini mendapati pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Gan tidak banyak bersoal-jawab ketika ditanya mengenai tiket loteri tersebut.

Gan berkata, dia telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mengetahui ia melanggar peraturan.

“Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa.

“Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini,” katanya kepada wartawan yang berlagak seolah-olah mahu membeli loteri berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di sebuah kedai kopi mendapati kaki judi hanya menulis nombor di atas secebis kertas dan diberikan kepada peniaga atau pelayan bersama wang untuk membeli tiket judi empat nombor ekor.

Bagaimanapun, transaksi judi empat nombor ekor di kedai kopi itu agak sukar dikesan kerana ia hanya ditulis di atas cebisan kertas dan berasaskan prinsip saling mempercayai antara kaki judi dan pengendalinya.

Dalam pada itu Bendahari Pemuda UMNO negeri, Datuk Bazlan Baharuddin berkata, isu judi ‘haram’ yang berleluasa di negeri ini terutama di bandar ini bukan perkara baru dan ia sudah diketahui umum.

“Ini adalah rahsia umum dan semua orang tahu, tetapi mustahil MPKB-BRI tidak tahu ada premis yang menjual tiket loteri dan empat nombor ekor.

“Dahulu bising apabila ada cadangan judi bola tetapi sejak 20 tahun lalu, tiket loteri dan empat nombor ekor dijual depan batang hidung sendiri dibiarkan terus berleluasa. Adakah ini model kerajaan Islam yang ditunjukkan oleh Pas,” katanya.

Tambahnya, Pemuda UMNO negeri mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya membersihkan penjualan judi di negeri ini secepat mungkin bagi membuktikan bahawa mereka benar-benar menegakkan syiar Islam.
****************************
Dan ini..

Jualan tiket judi loteri berleluasa di Kota Bharu
2010/07/01 daripada www.bharian.com.my


KOTA BHARU: Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan mendedahkan jualan tiket judi loteri dan empat nombor ekor dilakukan secara berleluasa dan terbuka di bandar ini.

Ketuanya, Anuar Safian, berkata pihaknya mempunyai bukti mengenai premis yang berselindung di sebalik toko buku sebagai premis menjual loteri dan nombor ekor.

“Selama ini, Kerajaan PAS Kelantan mendabik dada mendakwa negeri ini bebas judi, maka hari ini Pemuda UMNO menunjukkan bukti ada banyak kedai jualan tiket loteri dan toto berleluasa dan menjualnya secara terbuka di sini.

“Berikutan itu, Pemuda UMNO Kelantan meminta kerajaan negeri menutup premis judi itu, sekiranya mereka ikhlas dalam perjuangan menegakkan Islam seperti dilaung-laungkan selama ini.
“Premis menjual tiket loteri dan nombor ekor itu dilesenkan pihak berkuasa tempatan (PBT) atau majlis perbandaran untuk beroperasi. Keadaan yang berlaku ini bukti kerajaan negeri hanyalah beretorik melalui dasar yang dilaksanakan dan   berselindung di sebalik slogan dan kata-kata bagi menipu rakyat Kelantan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam. Dalam kenyataan media itu, Pemuda Umno Kelantan turut mengemukakan gambar tiket loteri yang diperoleh mereka dari sebuah kedai buku di bandar ini sebagai bukti. 

Anuar berkata, sekiranya PAS Kelantan memperjuangkan Islam seperti dilaungkan selama ini, pusat judi dan nombor ekor di negeri ini perlu ditutup segera atau bubarkan saja parti itu jika tidak mampu menutupnya. 
Mengulas dakwaan Pemuda UMNO itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan negeri tidak pernah membenarkan premis judi beroperasi di negeri ini.

“Kita tidak akan berkompromi dalam meluluskan premis untuk perjudian. Asasnya kita tidak akan meluluskan lesen bagi apa-apa kegiatan judi,” katanya.

"Kita minta laporan dibuat jika ada premis menyalahgunakan lesen mereka. Tindakan tegas akan diambil kepada pemilik premis yang menyalahgunakan lesen premis yang
berikan PBT kepada mereka,” katanya.

*******************
Apa kata anda? Undang-undang Persekutuan atau undang-undang PBT (kerajaan negeri)? Undang-undang dunia atau undang-undang akhirat? Undang-undang.. Undanglah musibah jika ini berterusan..

Sabtu, Mac 05, 2011

Khutbah daripada Tok Guru Nik Aziz

4 Mac '11: Bertempat di Masjid As Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan, Y.A.B Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan khutbah untuk edisi 29 Rabiul Awal 1432H, bersamaan 04 Mac 2011. Tapi aku tak pasti pula tajuknya.

Sebelum ini jemaah dihidangkan dengan “bacaan” khutbah, tapi kali ini “khutbah” secara langsung tanpa bacaan teks.

Antara isi-isinya lebih kurang begini; khatib (Tok Guru) berkhutbah mengenai tanggungjawab kita mengingati pemimpin besar kita, Rasulullah. Allah dan para malaikat sentiasa berselawat ke atas nabi Muhammad. Dan kita juga diseru untuk turut berselawat.

(2) Rasulullah, para rasul dan nabi yang lain diturunkan oleh Allah pada setiap zaman. Tidak ada zaman yang tidak ada nabi. Nabi yang dilantik beratus-ratus malah beribu, bahkan berjuta; tidak lain tidak bukan hanya untuk menyeru kita ke arah pengabdian kepada Allah.

(3) Kenapa diadakan solat Jumaat? Setiap hari kita dihidangkan dengan segala keasyikan dunia. Kadang-kadang kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, setiap Jumaat, kita diseru untuk “berehat” sebentar dari hal duniawi. Ketika inilah peluang untuk kita “dibasuh” oleh khatib untuk mengingati Allah.

Jumaat ini juga sebagai tempat untuk kita mendapat ilmu dan eratkah persaudaraan. Setelah sibuk seminggu dengan hal masing-masing, ketika inilah untuk kita mendapat sedikit peringatan dan nasihat daripada khatib. Ketika ini juga peluang untuk kita bersua dengan sahabat handai, saudara seislam dalam satu majlis.

(4) Islam yang ada pada hari ini seharusnya “ditapis”. Analogi mudah daripada Tok Guru; Air yang kita guna pada hari ini tidaklah seasli dan tulen daripada langit. Ini kerana air yang mengalir telah bercampur aduk dengan unsur-unsur luar yang lain. Antaranya, lumpur, sampah sarap, bangkai dan bermacam-macam lagi. Akhirnya air yang sampai kepada kita telah tercemar. Untuk mendapatkan air yang bersih kita mesti tapis dengan pelbagai cara untuk membolehkan air yang bersih. Yang penting perlu ada penapis.

Begitu jua dengan agama Islam. Islam daripada Allah yang diturunkan kepada rasul adalah asli dan tulen. Selepas kewafatan Muhammad SAW, Islam telah melalui pelbagai cabang dan rintangan sebelum sampai kepada kita pada hari ini. Halangan seperti perpecahan  maszab, ideologi dan macam-macam lagi. Untuk mendapatkan Islam yang tulen kita perlu ada “penapisnya”, iaitu Al quran dan Haddis. “Penapis’ ini yang akan memastikan kita mendapat Islam yang tulen.


Jangan terima Islam bulat-bulat tanpa menapisnya; bimbang dan takut-takut ada yang cuba mencemarkan kesuciannya. Al Quran, kitab yang ada seperti hari ini adalah kitab yang sama pada zaman Rasulullah. Dengan adanya golongan al Hafiz dan Hafizah (penghafaz quran) mustahil quran dipalsukan. Oleh itu penghafaz ini amat penting dalam agama kita agar quran tidak tercemar dengan tokok tambah manusia yang tidak bertanggungjawab. Kesimpulan mudah daripada "tapis" inilah adalah memahami Islam dengan cara ilmu, bukan dengan membabi buta.


(5) Sebelum kewujudan Adam A.S, Allah terlebih dahulu menyiapkan infrastruktur untuk Adam (dan manusia selepasnya). Infrastruktur ini bukanlah jalan raya, bangunan yang bercacak, tapi ia adalah penciptaan langit dan bumi, tumbuhan dan sungai, oksigen dan bermacam-macam lagi. Semua ini dicipta oleh Allah untuk kemudahan hamba-Nya.

(6) Carilah kekayaan di dunia sebanyaknya. Manfaatkan apa saja yang ada di muka bumi ini. Segala yang ada di bumi dicipta oleh Allah untuk semua manusia, bukannya untuk malaikat dan iblis. Ambillah kesempatan. Tapi kita jangan lupa untuk mengingati Allah. Segala yang ada ini adalah kepunyaan Allah.

*********************
Setelah selesai khutbah, Tok Guru mengimamkan jemaah solat Jumaat. Selesai saja salam akhir, ada jemaah yang terus balik dan ramai juga yang masih berada dalam masjid. Ada yang menunaikan solat sunat dan ada yang duduk saja. Selesai saja Tok Guru solat sunat maka berkerumum jemaah mendekatinya. Tangannya dijabat dan dicium.

Khutbah hari ini sedikitpun diselit unsur-unsur politik. Khatib hanya menyampaikan apa yang aku nyatakan di atas. Walaupun kita tahu rakyat Kerdau (Pahang) dan Merlimau (Merlimau) bakal memilih pemimpin baru pada 6 Mac ini, khatib tidak sedikitpun cuba menyelitkan pandangan politik.

Rabu, Mac 02, 2011

Cerita bola: Dah nasib Negeri Sembilan

Rusa terkena bisa, Kijang melompat riang. Itulah kata-kata yang dapat aku katakan. Tewas 3-0 kepada Kelantan adalah sesuatu yang pahit bagi NS, lebih-lebih lagi kepada Wan Jamak yang telahpun menerima kata dua daripada Presiden mereka.

Sebelum itu kita tinjau sekitar sebelum perlawanan: Kaunter tiket dikatakan dibuka sejak pukul 11:00 pagi lagi. Seperti biasa, penyokong beratur panjang. Tapi aku bernasib baik walaupun terlewat. Jam 3:00 petang, tiket masih ada. Kali ini tidak ramai yang berkerumun. Mungkin ini tiket tambahan.

Pintu stadium dibuka awal agar tidak berlaku kesesakan. Sebelum azan Maghrib penyokong-penyokong berduyun-duyun beratur. Ya, sebelum Maghrib. Lebih kurang 7:29 malam azan berkumandang. Dan, berduyun-duyun jugalah penyokong membanjiri surau berdekatan stadium dan surau IPK Kelantan di seberang jalan. Aku tak pasti surau di aras atas bangunan medan selera MPKB-BRI dibuka atau tidak.
Menanti azan Maghrib berkumandang (surau stadium)

Ada yang masuk stadium sebelum azan.. Apa nak dikata. Dalam menunaikan kewajipan ini ada sesuatu yang tidak manisnya; kedengaran dengan jelas dan kuat dari ruang stadium insan-insan yang bergelar penyokong duk meniup venuzuala (macam tu agaknya ejaannya), wisel, bersorak terpekik telolong. Walaupun taknak solat tapi janganlah ganggu orang.

Seperti biasa lori tangki air MPKB-BRI tersedia bersebelahan surau. Walaupun surau ini telah ada paipnya, tapi MPKB turut menyediakan lori tangki untuk para jemaah mengambil wuduk. Jadi takdelah jemaah duk beratur panjang kerumum paip surau.

Dalam stadium: Kali ini limpahan penonton hingga ke pagar. Seperti biasa, sokongan yang tidak pernah menghampakan pasukan. Di sudut tempat duduk astaka ada sekelompok penyokong NS. Berani juga mereka datang. Tahniah kerana berani.

Juga seperti biasa, kehadiran penonton wanita "tidak" dialu-alukan oleh sebahagian penyokong yang tolol. Lalu saja depan scoreboard mereka akan disambut dengan balingan bekas air, keropok lekor "khas" untuk acara sambutan, dan juga sekali-sekali balingan burger sejuk. Pekikan, jeritan, lolongan sudah pasti acara wajib untuk sambutan ini. Ada wanita yang "bernasib"  telah menerima bekas air dan keropok di atas kepala. Rambut mereka akan tersalut dengan losyen istimewa berupa pencicah keropok. Itulah yang sering berlaku di SSM IV. "Hadiah" yang selalu diberi oleh mereka yang babil dan tolol.

Ada bomoh di stadium? Entah dari mana pakcik ni sorang; bertubuh agak gempal, pakai jaket hitam berlencana sebuah parti politik. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu (depan score board) sambil menadah tangan. Mungkin menjampi agar Kelantan menang untuk sekian kalinya. Kemudian seperti lagak seorang pendekar dia bersila dan menumbuk bumi. Serentak dengan itu bergema sorakan dari bangku penonton. Hhah..agaknya dia ni ada masalah mental.


Sesi pemanas badan oleh kedua-dua pasukan menerima sorakan macam biasa. Tapi sebelum perlawanan bermula NS telah menerima satu tampanan. Bola mereka dicuri. Ya, diambil oleh penyokong ketika mereka memanaskan badan. Bola yang ditendang oleh salah seorang pemain NS terus ke tepi padang, di pagar yang mengelilingi stadium (berhadapan score board). Agak lama bola di situ tanpa dipedulikan oleh pemain. Mungkin takut untuk mendekati. Akhirnya, ada yang culas, menghulur tangan di celah-celar pagar ini untuk mengambil bola "percuma" berserta dengan dosa percuma kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran. Kemudian, bila ada pemain yang cuba mencari-cari bola itu, mereka disorak. Cari punya cari tak juga jumpa-jumpa.

Separuh masa kedua ada sedikit kekecohan penonton di score board. Ada pergaduhan sesama sendiri. Mungkin daripada golongan yang babil dan tolol. Mungkin kerana insiden balingan objek. Ada yang tak puas hati lalu bertumbuk. Akhirnya ditenangkan oleh pihak polis. Tangkapan? Tak tahu ada tangkapan atau tidak.

Itu kisah penonton. Sekarang kisah pemain. Daudsu, Nurul Azwan Roya, Idlan, Khalid, Rizal Fahmi Rosid dan Apex harus diberi pujian. Kesukaran penyerang NS untuk menjaringkan gol dek kerana adanya Daudsu yang sentiasa menghampakan mereka. Sepanjang tempoh 90 minit, Daudsu sukar dilepasi oleh barisan serangan Wan Jamak. Apex pula hanya sesekali saja diuji.

Nurul Azwan pemain yang paling rajin dan paling banyak membuat hantaran cantik malam tadi. Gerakan lincahnya sukar dihalang oleh benteng pertahanan lawan. Sepakan percumanya juga pencetus gol pertama Kelantan. Sepakannya bijak disambut oleh Rizal Fahmi di tepi garisan sebelah kanan gol NS. Rizal dengan aksi tandukan terbang bijak menyambut bola Azwan sebelum disambung oleh S.Chanturu juga dengan tandukan terbang paras pinggang. Dan hasilnya Kelantan mendahalui dengan 1-0.

Khalid yang dibawa masuk menggantikan Ramzul tidak menghampakan penyokong. Pada awalnya langkah Khalid agak terbatas. Kemudian Khalid semakin yakin dan dapat menyesuaikan diri dengan permainan pantas malam tadi. Lorongannya untuk Idlan di luar kotak penalti telah menjelmalkan gol kedua Kelantan. Tidak lama selepas itu Khalid menarik perhatian penonton dengan gerakan yang cukup menarik. Gerakan "kencing anjing"nya untuk Idlan membuahkan gol ketiga Kelantan.

Dua gol cantik daripada Idlan cukup menarik. Gol pertamanya hadir setelah membuat rembatan cantik melambung melepasi jangkauan Farizal Marlias, penjaga gol NS. Gol keduanya lebih menarik. Menerima hantaran menarik daripada Khalid, disudahi dengan jaringan menarik. Bola melambung tinggi  mengelirukan dan melepasi kepala Farizal. Bagi penyokong yang berada di belakang gol NS, mereka juga tidak menyangka bole itu boleh masuk. Jangkauan awal bola itu melepasi palang gol, tapi akhinya hanya melepasi kepala Farizal.

Menarik menarik menarik menarik... Itulah gambaran untuk perlawanan malam tadi.
Derita Rusa di laman Kijang


Bagaimana dengan Hairuddin Omar, pemain baru NS, bekas penyerang Kelantan musim lalu? Pemain Terbaik Pelawanan Akhir Piala Malaysia 2010 ini tidak dapat bergerak bebas. Setiap langkahnya diawasi dengan begitu rapi oleh setiap pemain Kelantan terutama di bahagian tengah dan pertahanan. Pernah menewaskan Halim Napi pada Final PM 2009 ketika mewakili NS. Tapi pada pertemuan ini Hai-O gagal menewaskan Khairul Fahmi Che Mat, junior Halim.

*Pujian harus diberikan juga untuk Nizab Ayub yang turut membantu Kelantan seri dengan Kedah pada 25 Feb.'11 lalu. Kelantan hampir menemui kekalahan apabila ketinggalan 1-0 kepada Kedah. Nizab yang masuk sebagai gantian bijak membuat hantaran ke dalam kawasan Kedah sebelum disambut oleh Idlan dan melepaskan sepakan padu untuk Kelantan ikat Kedah di laman sendiri.