Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 18, 2010

Isu gereja: Hishammuddin, Musa wajar letak jawatan

 KUALA LUMPUR, 17 Jan: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan wajar melepaskan jawatan atau diberhentikan berikutan kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas gereja yang sangat memalukan negara.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keadaan itu terus memberikan imej yang buruk kepada negara kerana dilihat tidak mempunyai keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Katanya, kegagalan itu perlu dipertanggungjawab ke atas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Hishammuddin dan Musa yang jelas gagal untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) dan NKRA kedua-dua institusi tersebut.

“Oleh itu, amat wajar Hishammuddin dan Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing-masing atas kegagalan mencapai KPI masing-masing,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Tambahnya, apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI apabila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat dijamin. Ini, ujarnya dapat dilihat dengan kejadian terbaru di sebuah gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Katanya, kabinet Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI, walaupun sudah dua kali kabinet membincangkannya, tiba-tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda rakyat tidak dapat dilakukan.

“Hishammuddin dan Musa kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing-masing dan Najib kena tunjuk pada rakyat ‘kaki bangku’ seperti kedua-duanya tidak ada tempat dalam kabinet dan kerajaan.

“Buang saja mereka, baru Najib boleh bercakap walk the talk,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24296:isu-gereja-hishammuddin-musa-wajar-letak-jawatan&catid=1:utama&Itemid=50
18 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..