Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, September 08, 2009

KISAH SEORANG BUJANG

Dari sebuah kota
Berbekalkan beg tua menuju pudu raya
hendak pulang ke desa
hendak pulang beraya beraya dengan keluarga
sayang tiket dah habis satu bas pun tak ada
tambang teksi berganda
ini pasal hari raya
orang nak menipu saja
orang nak cekik darah saja
meskipun kau tersenyum
namun orang pun tahu apa isi beg mu itu
dah tentu baju baru seluar kasut pun baru songkok stoking pun baru
pendek kata semua baru tak ada yang tak baru
meskipun kau tersenyum namun orang pun tahu apa rasa hati mu
ditinggalkan bas express
kau ke hulu ke hilir mencari teksi haram atau pun bas haram tak ada yang tak hara.

LAGU: AHMAD BUSU & SABRI YUNUS
(Dhahlan Zainuddin - Kisah seorang biduan)

Isnin, September 07, 2009

MUSUH KITA

Bismillahi Walhamdulillah Was Salaatu Was Salaam 'ala Rasulillah.
 Assalamualaikum semua.

Untuk sedikit santapan rohani dan persediaan menghadapi dan melawannya, marilah kita mengenali siapa musuh kita.

BIODATA: PENGENALAN DIRI

Nama penuh: iblis la'natullah
Tarikh lahir: sejak enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah.
Status: Fasiq kelas pertama.
Agama: kufur 
Alamat tempat tinggal: di hati2 orang yang lalai.
Daerah: semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah (seperti tempat hiburan)
Alamat tetap: neraka Jahannam
Isteri di dunia: setiap wanita yang tidak menutup aurat
Kaum kerabat: semua golongan taghut
Sifatnya: muzabzab, mengikut angin, menurut keperluan.
Cita2: agar semua orang jadi kafir
Kerja yang paling disukai: homoseks dan lesbian
Makanan yang disukai: daging mayat (mengumpat)
Yang ditakuti: mukmin yang bertaqwa
Yang dibenci: orang yang selalu mengingati Allah baik lelaki atau perempuan.
Kegemaran: menggoda dan menyesatkan
Penghiburnya: artis2, seniwati dan seniman
Yang menyebabkannya menangis: bilamana orang sujud kepada Allah

STATUS PERNIAGAAN

Sumber rezeki: harta haram
Modal pusingan: angan2 kosong
Tempat berurusan: di pasar2
Musuh saingan: setiap orang Islam 
Rakan kongsi: golongan munafiq 
Ganjaran: dosa 
Arah tuju perniagaan: ke neraka
Hujah/dalil: fatamorgana (maya) 
Kaedah berkomunikasi: mengumpat, mengadu domba. mengintip 
Motto kerja: hipokrasi asas akhlak 
Uniform kerja: segala warna, macam sesumpah. Setiap tempat ada warnanya. 
Kesukaan: orang yang lalai dari mengingati Allah 
Yang melemahkannya: istighfar 
Lambang korporat: sebarang tatoo 
Pejabat: tandas dan bilik air 
Bilik operasi: tempat2 najis dan maksiat 
Jenis perkhidmatan: mempromosi dan memproduktifkan kemungkaran 
Tempoh perkhidmatan: sampai kiamat 
Daya tahan: "sesungguhnya tipudaya syaitan sangatlah lemah" 
Perangkapnya: wanita 


 Sama2lah kita cuba melarikan diri daripadanya. 

Sumber asal: kitab Al Wiqayah Minal Jin Was Syaitan


(Aku copy paste dari laman web. Tapi lupa alamatnya)