Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Februari 27, 2015

Cerita Bola 2015: Kelantan mahu jaringan awal dalam Piala FA

Buru Jaringan Awal

PEMAIN Kelantan menjalani latihan akhir di Kota Bharu kelmarin,
PEMAIN Kelantan menjalani latihan akhir di Kota Bharu kelmarin, menjelang perlawanan Piala FA menentang Sarawak di Kuching, malam ini.
KOTA BHARU - Peluang Kelantan untuk pulang sebagai pemenang dalam pertemuan Piala FA menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam ini cerah seandai­nya The Red Warriors mampu mencari gol awal.
Pengendali Kelantan, George Boateng berkata, kepulangan se­mula dua penyerang utama, Emmanual Kenmogne dan Mohd. Norfarhan Muhammad meningkatkan keyakinan mereka untuk memburu gol di gelanggang keramat Bujang Se­nang itu.

Bagaimanapun, misi untuk pulang bersama kemenangan tidak mudah kerana Sarawak belum tewas di tempat sendiri musim ini, selain menampilkan corak permainan pantas yang mampu mengancam kubu The Red Warriors.
“Mereka (Sarawak) mempamer corak permainan pantas dan kami sudah bersedia. Kami tahu permainan mereka...kami ke sana dengan harapan untuk mencatat kemenangan.

“Berdepan Sarawak bukan tugas mudah, mereka sebuah pasukan yang kuat dan belum tewas di tempat sendiri. Saya jangka pertemuan ini sengit.
“Bagaimanapun saya tetap yakin Kelantan mampu melakukan sesuatu, jadi saya mahu pemain kami pergi ke sana bersama semangat juang yang tinggi,” kata Boateng.

Biarpun masih dibayangi kekalahan memalukan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di tempat sendiri ­minggu lalu, Boateng tidak berhasrat melakukan rombakan besar, terutama di bahagian pertahanan.
Katanya, benteng The Red Wa­r­riors telah mempamer aksi terbaik dan tiada sebab untuk dia merombak posisi berkenaan.

“Barisan pertahanan kita cukup bagus walaupun tewas (kepada PDRM)...sebelum ini mereka berjaya mengekang daripada dibolosi lawan dan saya merasakan kita tidak mempunyai masalah di bahagian pertahanan,” katanya lagi.

Boateng juga menambah, pemainnya sudah bersedia berdepan sebarang situasi, termasuk penentuan sepakan penalti jika perlawanan berkesudahan seri.

“Setiap perlawanan, kita perlu menang dan kami tidak pernah menampilkan corak permainan bertahan. Saya harap Farhan dan Pacho (Kenmogne) mampu menjaringkan gol apabila menentang Sarawak,” katanya lagi.

Sumber: www.utusan.com.my

Cerita Bola 2015: Saingan Piala FA di antara Sarawak dan Kelantan

Sarawak tekad benam Kelantan



PEMAIN Sarawak tekad untuk menewaskan Kelantan pada saingan Piala FA di Stadium Negeri, Kuching malam ini.


SARAWAK akan memanfaatkan kelebihan beraksi di halaman sendiri dalam aksi Piala FA 2015 menentang Kelantan malam ini.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, biarpun sedar reputasi Kelantan antara pasukan disegani dalam Liga Malaysia, namun beliau optimis mampu menewaskan Kelantan untuk ke pusingan seterusnya.
Menurutnya, ini peluang terbaik untuk mereka menunjukkan kehebatan dan para pemain juga berada dalam motivasi terbaik.
“Tidak banyak perubahan dilakukan untuk aksi malam esok (malam ini). Namun, perancangan sedikit terganggu selepas pertahanan kanan, Dzulazlan Ibrahim kurang cergas akibat kecederaan hamstring semasa menentang Pahang minggu lalu dan pemain tengah, Shahrol Saperi juga masih belum pulih daripada kecederaan.
“Kami ada beberapa calon untuk mengisi kekosongan itu. Berita baik apabila Hairol Mokhtar (pertahanan) sudah pulih dan dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama malam esok (malam ini),” katanya ketika dihubungi di Kuching semalam.
Mengulas lanjut, Alberts berkata, dalam sesi latihan beberapa hari sebelum ini mereka memberi tumpuan kepada aspek sepakan bebas kerana perkara itu dilihat belum mencapai tahap terbaik.
Katanya, beliau juga sudah memperkemaskan jentera serangan bagi menyudahkan setiap peluang terhidang kerana dalam aksi terdahulu beberapa peluang terbaik gagal dimanfaatkan pemainnya.
“Selain itu, benteng pertahanan juga dituntut untuk fokus sepanjang perlawanan kerana saya tidak mahu dibolosi dengan kesilapan mudah,” katanya.


Artikel Penuh:www.kosmo.com.my

Rabu, Februari 25, 2015

Cerita Bola 2015: Khairul Fahmi ingin lupakan kekalahan pahit

Lupakan kekalahan pahit – Apek

KOTA BHARU – Penjaga gawang The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan sepasukan melupakan kekalahan mengaibkan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabtu lalu dan hanya memberi fokus untuk menentang Sarawak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuching, Jumaat ini.

Apek
Khairul Fahmi Che Mat
Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek berkata, kekalahan kepada kepada PDRM tempoh hari wajar dijadikan pengajaran dalam usaha memper­kasakan se­mu­­­la pa­sukan untuk berdepan skuad Bujang Senang.

Kata Khairul Fah­mi, semangat dia an rakan-rakan sepasukan tidak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA.
“Saya dan rakan-rakan berjanji akan memberikan aksi terbaik ketika berdepan Sarawak walaupun itu bukanlah satu tugas yang mudah, tambahan pula beraksi di tempat lawan.
“Sarawak cukup kebal digelanggang sendiri, jadi kita perlu waspa­da dengan keupayaan mereka pada pertemuan itu nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.
Menurut Khairul Fahmi, Sara­wak bukan sahaja memiliki pemain tempatan yang hebat, malah tonggak import mereka cukup bahaya jika diberikan banyak ruang.

“Kita perlu mengurangkan kesilapan pada perlawanan tersebut dan bermain penuh bersemangat kerana ini merupakan pertemuan hidup ma­ti bagi saingan Piala FA 2015,” ujarnya.

Katanya lagi, The Red Warriors perlu menang pada pertemuan itu sekiranya mahu merebut kejuaraan Piala FA musim ini.

Katanya, dia optimis rakan-ra­kan sepasukan mampu bangkit berdepan dengan Sarawak dan men­catat keputusan positif dalam perlawanan itu nanti.

“Setiap peluang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kita tidak boleh sia-siakan jika mahu me­langkah lebih jauh,” ujarnya.

Laporan dari www.utusan.com.my

Cerita Bola 2015: Kelantan kumpul semangat setelah ditewaskan PDRM

‘Lupakan kekalahan kepada PDRM’




APEK tekad mempamerkan aksi terbaik bagi mengelakkan gawang The Red Warriors dibocori pada perlawanan menentang Sarawak pada kempen Piala FA di Kuching, Jumaat ini.


PENJAGA gawang The Red Warriors, Khairul Fahmi Che Mat mahu rakan-rakan sepasukannya melupakan kekalahan mengaibkan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sabtu lalu, sebaliknya fokus untuk menentang Sarawak pada aksi pusingan kedua Piala FA di Kuching, Jumaat ini.
Khairul Fahmi atau Apek berkata, kekalahan kepada PDRM hujung minggu lalu wajar dijadikan sebagai pengajaran dalam usaha kembali memperkasakan pasukan untuk berdepan skuad Bujang Senang.
Menurut Apek, semangatnya dan rakan-rakan sepasukan tidak pernah luntur untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA nanti.
“Saya dan rakan-rakan berjanji akan memberikan aksi terbaik pada pertemuan dengan Sarawak walaupun ia bukanlah satu tugas yang mudah, ditambah beraksi di tempat lawan.
“Sarawak cukup kebal di gelanggang sendiri, jadi kita perlu waspada dengan keupayaan mereka pada pertemuan itu nanti,” katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.
Apek memberitahu, Sarawak bukan sahaja memiliki pemain tempatan yang hebat, malah tonggak import mereka cukup bahaya jika diberikan banyak ruang.
“Kita perlu mengurangkan kesilapan pada perlawanan tersebut dan bermain penuh bersemangat kerana ini merupakan pertemuan hidup mati bagi saingan Piala FA 2015,” ujarnya.
Menurut Apek, Kelantan perlu menang pada pertemuan itu sekiranya mahu merebut kejuaraan Piala FA musim ini.
Katanya, dia optimis rakan-rakan sepasukan mampu bangkit berdepan dengan Sarawak dan mampu melakar keputusan positif dalam perlawanan itu nanti.
“Setiap peluang yang ada perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dan kita tidak boleh mempersia-siakannya jika mahu melangkah lebih jauh,” katanya.

Artikel Penuh: www.kosmo.com.my

Isnin, Februari 23, 2015

Cerita Bola 2015: PDRM punya semangat (mampu tewaskan Kelantan)

Azman puji semangat juang PDRM



AZMAN (kiri) lebh selesa skuad kendaliannya dilabel sebagai pasukan underdog.


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tetap merendah diri biarpun berjaya melakukan kejutan terbesar dengan membelasah Kelantan 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin.
Pengendalinya, Azman Adnan berkata, beliau terkejut dengan kemampuan The Cops mencatatkan kemenangan agak besar memandangkan Kelantan bukan calang-calang pasukan untuk dijinakkan, lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri.
"Saya bangga dengan kesungguhan pemain yang menunjukkan semangat juang tinggi dan tidak mudah berputus asa sepanjang perlawanan tersebut.
"Kita tahu, beraksi di Kota Bharu bukanlah tugas mudah, ditambah dengan kehadiran ribuan penyokong setia Kelantan, namun mereka tidak gugup dan berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.
Tambahnya, beliau amat menghormati barisan pemainnya yang berjuang bermati-matian untuk pasukan sehingga berjaya melakar kemenangan.
Azman memberitahu, beliau lebih selesa skuad kendaliannya itu diberikan gelaran underdog dalam saingan Liga Super musim ini.
Katanya, selepas ini beliau mahu memberikan tumpuan terhadap pertemuan seterusnya yang akan menjadi penentu masa depan pasukannya dalam saingan kali ini.
PDRM kini menghuni tangga ketiga dalam carta Liga Super selepas mengumpul enam mata hasil dua kemenangan dan hanya dipisahkan satu mata dengan dua pasukan teratas iaitu Felda United dan Perak.


Artikel Penuh:http://kosmo.com.my 
...................
Ini Hodak: Mengapa persoal "Fair Play" terhadap JDT

Cerita Bola 2015: Kelantan malu besar kepada PDRM

Annuar persoal prestasi buruk The Red Warriors



PEMAIN PDRM, Ahmad Nizam Rodzi (kanan) berjaya menyekat kemaraan penyerang Kelantan, Wan Zaharul Nizam pada aksi Liga Super di Kota Bharu malam kelmarin yang menyaksikan PDRM menang 4-0.


KEKALAHAN 0-4 Kelantan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin mendapat perhatian Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.
Annuar menerusi entri laman sosial Facebook miliknya semalam mahu barisan jurulatih dan pengurusan pasukan mengkaji punca kekalahan tersebut termasuk dari segi susunan pemain serta percaturan taktikal yang digunakan.
Annuar berkata, kekalahan tersebut wajar dijadikan pengajaran kepada jurulatih dan barisan pemain untuk kembali bangkit dalam perlawanan akan datang.
"Saya melihat perlawanan tersebut menerusi televisyen yang menyaksikan The Red Warriors diaibkan di gelanggang sendiri.
"Pemain bermain bersungguh-sungguh tetapi semangat mereka direntap dengan gol kedua PDRM," katanya.
Pada perlawanan tersebut, PDRM membuka tirai jaringan pada penghujung babak pertama menerusi Ashfaq Ali, diikuti jaringan Dramane Thaore minit ke-53 menerusi sepakan penalti.
Ashfaq terus membuktikan kehebatannya apabila menghasilkan jaringan ketiga PDRM (ke-73) dan Mohamadou Sumareh melengkapkan malam gemilang pasukannya menerusi gol keempat pada minit ke-85.
Annuar turut mempersoalkan kenapa The Red Warriors membiarkan tonggak importnya, Erwin Carrillo mengemudi jentera serangan sedangkan mereka mempunyai ramai lagi pemain seperti Emmanual Kengome, Khairul Izuan Rosli dan Mohd. Norfarhan Muhammad.
Katanya, formasi 4-5-1 yang digunakan menerusi gandingan Amar Rohidan, Issac Pupo dan Mohd. Badhri Radzi sukar untuk menghasilkan jaringan pada perlawanan tersebut.
"Saya berharap agar kekalahan ini menjadi pengajaran berguna buat semua pemain dan terus bekerja keras untuk menghadapi perlawanan akan datang," tegasnya.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my