SHAH ALAM 8 Dis. – Selangor sedia melaksanakan kursus Biro Tata Negara (BTN) di negeri itu dengan syarat satu modul baru yang mengambil kira pandangan daripada semua pihak termasuk parti-parti politik diwujudkan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekiranya kerajaan Pusat bersetuju dengan syarat itu, satu kaukus yang dianggotai pegawai kerajaan serta pemimpin parti politik perlu diwujudkan agar mereka dapat bersama-sama menggubal modul baru kursus tersebut.
“Saya bersedia untuk melakukannya (teruskan kursus BTN di Selangor) kerana saya pernah menjadi sebahagian daripadanya sebelum ini. Saya boleh memberi syarahan dalam perkara tertentu tetapi bukan subjek yang mengkritik orang lain.
“Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pernah dikaitkan dengan BTN untuk jangka masa yang lama, manakala Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali juga pernah menjadi pengarahnya,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Selangor di sini hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..