Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Mac 28, 2011

Jom tengok porno

Hohohoho..... Ganas betul tajuk kali ini. Tak lain tak bukan ini kisah terbaru cerita politik kita. Minggu lalu media massa sibuk dengan laporan mengenai dakwaan pemimpin pakatan pembangkang terlibat dalam kancah zina. Lebih teruk lagi perlakuan itu dirakam (atau terakam). Tapi aku taknak cerita banyak sebab ramai yang dah tahu cerita ini.

Kononnya "pelakon" video lucah ini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim. "Heroin"nya pula dari negara luar. Sama ada benar atau tidak, hanya Allah yang maha mengetahuinya.

Rakaman dalam sebuah hotel. Nampaknya selepas ini sesiapa yang mahu menginap di hotel mesti berhati-hati, takut-takut aksi terlarang dan yang tak terlarang (oleh hukum syarak) dirakam dan terakam. Dan nampaknya bilik hotel kini bukan lagi tempat selamat dan private. Jadi kenalah hati-hati.

Rakaman dalam hitam putih. Bila agaknya aksi "penggambaran" terbabit? Zaman serba maju macam ni ada lagi rakaman tak berwarna. Teringat zaman Allahyarham Tan Sri Dr. P.Ramlee dan sahabat-sahabatnya.

Heboh diperkatakan video ini dipertontonkan di sebuah hotel baru-baru ini. Penontonnya ialah mereka yang terpilih sahaja termasuk pengamal media, wartawan. Fuhh...hebat betul, siap ada tayangan perdana dan majlis pratonton lagi ni. Siapa penganjur dan penerbit majlis pratonton ini? Tak lain tak bukan (menurut laporan media) mereka ialah tiga sahabat yang bergelar Datuk T.

Bagaimanalah perasaan penonton khas yang dijemput oleh pengajur semasa melihat video ini? Walaupun videonya dalam hitam putih, perasaan ghairah dan teruja tetap ada. Walaupun penayangan ini bertujuan untuk mengenalpasti siapa pelakunya, ghairah akan bertamu dalam diri penonton-penonton jemputan khas ini. Walaupun tujuan penayangan untuk mengesahkan kesahihan video ini tulen atau palsu nafsu ghairah tetap ada. Ya, memang ada. Kalau takde perasaan macam tu maknanya penonton khas ini ma*i pucu*. Huihuhi...

Di sebalik cerita ini keluarlah pelbagai andaian dan pandangan. Ada yang berpendapat video ini mesti disiasat oleh suruhanjaya khas. Ada juga yang mengencam tayangan ini kerana perlakuan ini tidak bermoral.

Inilah politik Malaysia. Tak habis-habis dengan idea baru dan lama. Sama ada idea pemusnah mahupun idea membina. Kalau yang membina kita tak kisahlah tapi ini idea membinasa.

Di sebalik insiden ini juga, maruah orang Islam juga yang tercalar. Bukan lagi tercalar malah memang terluka berdarah lagi parah tak tentu arah. Motif sebenar dalam hal ini tiada siapa yang tahu melainkan "penerbit-penerbitnya".

Adakah penayangan "filem perdana" ini tidak menyalahi undang-undang? Maklumlah, ini filem yang dikategorikan sebagai 18sx. Kalau filem di pawagam perlu mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem Malaysia sebelum filem dibenarkan ditayang secara umum. Dalam cerita ini LPF memang takde kuasa. Tapi bagaimana dengan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan? Undang-undang Malaysia membenarkan seseorang (atau/dan ramai orang) memiliki video porno? Undang-undang Malaysia membenarkan penayangan video porno di mana-mana premis persendirian atau awam (termasuk hotel)?

Nampaknya video ini akan mencapai "box office" sekarang. Box Office yang berjudul "video lucah terhangat".

Dunia...dunia... Bala... bala...

Di Asia Barat, negara-negara Islam sibuk berperang menentang musuh yang ingin memusnah mereka. Kita di Malaysia sibuk bermusuh sesama sendiri..
Cikgu Sulizi  (lirik: Halim Yazid) - Bencana Tempat Orang

Berikut komen daripada ilmuan agama.. Video lucah dan dosa politik & Adakan perhimpunan anti politik lucah

Maaf. Video ini takde kaitan dengan catatan di atas dan tidak berkaitan dengan cerita "video lucah terhangat". Sekadar selingan. Maaf sekali lagi.

"Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui, Engkau tunjukanlah kebenaran yang hakiki. Janganlah Engkau kaburkan mata kami dengan pandangan nafsu. Janganlah Engkau lemahkan kami dengan pendengaran yang ada bisikan syaitan. Engkau bukalah hati kami untuk melihat dan menerima kebenaran yang nyata. Seandainya kami tersilap memilih, dan tersilap mempercayai sesuatu, Engkau tunjukanlah kami jalan yang benar. Sesungguhnya Engkaulah maha berkuasa dalam segala perkara"...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..