Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 18, 2010

Nik Aziz patut berdoa pemimpin rasuah terdedah

KUALA LUMPUR 17 Jan. – Doa mohon dijauhkan amalan 'cah keting' oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi gambaran bahawa Menteri Besar Kelantan itu tidak bersedia menerima pendedahan yang dibuat individu tertentu berhubung kepincangan perjalanan kerajaan negeri mahupun Pas Kelantan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, sebagai pemimpin yang digambarkan telus, sepatutnya Nik Abdul Aziz berdoa supaya tembelang mana-mana pemimpin yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa terus terdedah.

“Ini tidak, bila 'buka cerita' sahaja terus dicap sebagai 'cah keting' walaupun ia satu kebenaran. “Janganlah kita lupa bahawa Allah itu Maha Berkuasa, lambat laun akan terdedah juga sesiapa yang menyeleweng,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Nik Abdul Aziz secara terbuka mengakui wujud budaya 'cah keting' atau cantas-mencantas dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut. Walaupun tidak menjelaskan secara mendalam sejauhmana seriusnya perkara itu, beliau pada Jumaat lalu selepas kuliah mingguannya telah membaca doa khusus memohon perlindungan Allah supaya menjauhkan parti itu daripada amalan 'cah keting.'
Sementara itu, Ibrahim berkata, jika benar budaya ‘cah keting’ dalam Pas telah menular, ia merupakan satu pembalasan yang bermakna buat parti itu.

Katanya, selama ini Pas kelihatan seronok setiap kali perkara sedemikian berlaku dalam UMNO sehingga alpa dan tidak menjadikannya sebagai pengajaran.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Alwi Che Ahmad berkata, doa tersebut menjadi petunjuk kerajaan Kelantan dan Pas di negeri itu mahupun di peringkat Pusat berada dalam keadaan bercelaru.

Katanya, ia juga mengesahkan berlakunya pergeseran antara tokoh tertentu dalam kerajaan negeri dan Pas walaupun ia cuba disembunyikan.

Beliau memberi contoh hubungan yang dikatakan tidak begitu baik antara Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa dengan Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman

“Begitu juga di peringkat Pusat, Nik Aziz kata lain, (Timbalan Mursyidul Am Pas) Datuk Dr. Haron Din kata lain, (Timbalan Presiden Pas), Nasharuddin Mat Isa pun kena marah dengan Nik Aziz.

“Ini menunjukkan kedudukan kerajaan negeri dan Pas itu sendiri daripada segi politiknya amat bercelaru,” katanya.

Utusan Malaysia. 18 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..