Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Januari 13, 2010

Mustapa dikritik isu royalti minyak

SHAH ALAM - Pas mengkritik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkaitan isu royalti minyak negeri itu.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, kenyataan Mustapa bahawa tuntutan Kerajaan Pas Kelantan terhadap hasil minyak yang diperoleh di Pelantar Bintang yang telah beroperasi sejak 1984 tidak berasas dan satu penafian nyata untuk kali kedua.

“Penafian beliau ini tidak selari dengan fakta daripada Jabatan Perangkaan Negara yang melaporkan pada 2004 bahawa Kelantan bersama Terengganu dan Sabah telah mengeluarkan minyak bernilai lebih daripada RM 46 bilion (nilai kiraan kasar) iaitu 76 peratus dari nilai keseluruhan minyak dalam negara.

“Fakta tersebut jelas menyatakan bahawa minyak dari Kelantan telah diambil oleh Petronas, tetapi kenapa masih dinafikan oleh Mustapa,” katanya dalam satu kenyataan kepada :Sinar Harian,: di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bahawa Kerajaan Pusat tidak bercadang membuat kajian atau melayan tuntutan baru Kerajaan Kelantan bagi mendapatkan royalti minyak yang diperoleh dari kawasan sempadan negeri itu dengan Terengganu kerana tuntutan tersebut tidak berasaskan kenyataan.

“Baru-baru ini, selepas berjaya menguasai Terengganu untuk penggal kedua, BN mulai cuba merubah taraf perjanjian itu kepada wang royalti semula,” katanya. Oleh itu, Pas meminta rakyat Kelantan menuntut hak mereka dalam bentuk royalti, bukannya wang ihsan dan menolak kepimpinan UMNO.

Sinar Harian. 13 Januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..