Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Mei 22, 2012

Cerita bola 2012: Piala FA milik Kelantan

Kemenangan Kelantan sudah dijangka dan diramal. Namun tidak ramai yang menyangka persembahan Kelantan pada perlawanan akhir ini begitu hambar. Serangan demi serangan seakan tidak menggugat barisan pertahanan Sime Darby. Walau bagaimanapun pengalaman memisahkan kedua-dua pasukan ini.
..........................................................................
Jaringan tunggal Ghaddar menjulang Kelantan sebagai juara baru Piala FA

Buru Liga Super




BADHRI (kiri) sudah memasang hajat untuk memburu gelaran Liga Super.



SELEPAS berjaya menjulang Piala FA, Kelantan kini berhajat memburu gelaran Liga Super pula.
Demikian tegas kapten The Red Warriors, Mohd. Badhri Radzi selepas membantu pasukannya meraih ge laran juara Piala FA malam kelmarin.
Menurutnya, untuk mempertahankan gelaran juara Liga Super, dia mahu rakan-rakan sepasukan memberikan tumpuan penuh pada aksi liga selepas ini.
Pada final Piala FA di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, Kelantan menewaskan Sime Darby 1-0 menerusi sepakan penalti penyerang importnya, Muhamad Ghaddar pada minit ke-58.
Badhri mahu kemenangan tersebut akan menjadi motivasi terbaik buat mereka untuk meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super.
“Kami puas apabila berjaya menjulang Piala FA pada edisi tahun ini. Ia merupakan sasaran utama kami terutama selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.
“Kami mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang begitu banyak memberikan sokongan kepada kami.
“Namun, kami tidak boleh leka selepas muncul juara Piala FA, sebaliknya kami harus meneruskan kerja keras bagi mengekalkan momentum ini untuk mempertahankan status sebagai juara Liga Super,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin.
Pada dua penampilan di pentas akhir Piala FA sebelum ini, Kelantan dikecewakan Selangor pada 2009 yang menyaksikan mereka tewas selepas penentuan sepakan penalti.
Pada musim lalu pula, mereka dikecewakan oleh Terengganu pada perlawanan akhir.
“Ini sejarah baharu buat pasukan Kelantan. Memang puas selepas impian menjulang Piala FA sudah tercapai dan ia cukup bermakna kepada semua pemain,” katanya.
................................................
Lagi berita ...
“Pemain saya telah memberikan komitmen penuh, memang ada yang kata hambar, ada yang kata membosankan,  saya sendiri kata bosan, tapi pada aksi final ini selalunya terjadi. Yang penting satu sasaran kita sudah tercapai, ada ketika saya pening melihat beberapa percaturan saya terjejas dek kecederaan dialami Subra dan Daudsu, yang penting ini kejayaan berpasukan, semua telah menunjukkan kesungguhan..” Berita lanjut Kelantan catat sejarah baru bola sepak tanah air.
"KELANTAN muncul juara Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Penyerang import, Muhamad Ghaddar muncul watak utama di sebalik kejayaan manis Kelantan itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Sepakan penalti itu berpunca selepas tonggak pertahanan Sime Darby, menolak pemain Kelantan, Obinna Nwaneri dalam kotak penalti." Lagi berita Piala FA akhirnya milik Kelantan.
"KUALA LUMPUR - Setelah dua kali kecewa, penyokong The Red Warriors pulang dengan kegembiraan dari Stadium Nasional Bukit Jalil apabila Kelantan seperti diramal muncul juara Piala FA 2012 menewaskan Sime Darby 1-0, semalam.

Kelantan mengesahkan trofi yang tidak pernah mereka miliki hasil sepakan penalti penyerang import dari Lebanon, Mohammed Ghaddar pada minit ke-58." Lagi berita Kelantan juara

"KUALA LUMPUR - Penyokong Kelantan menawan Stadium Nasional apabila lebih separuh daripada 85,000 tempat duduk pada perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby semalam dikuasai penyokong Red Warriors.
Daripada jumlah tersebut, di anggarkan lebih 65,000 adalah penyokong Kelantan, manakala selebihnya penyokong Sime Darby." Lagi berita Dominasi penyokong.

Sabtu, Mei 19, 2012

Cerita bola 2012: Liku Kelantan sebelum ke final


Peluang Kelantan julang Piala FA



BARISAN pemain Kelantan menjalani latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sebagai persiapan terakhir menentang Sime Darby pada final Piala FA malam ini.



ATAS kertas, Kelantan memang hebat.
Mereka hanya tewas sekali dalam 18 perlawanan dan berada di tangga kedua Liga Super setakat ini.
Bagi membuktikan lagi kehebatan yang ada pada skuad The Red Warriors, mereka berjaya mara ke pusingan kedua Piala AFC.
Segalanya nampak cukup baik dan sempurna perjalanan The Red Warriors untuk mencipta sejarah baharu bola sepak negeri Cik Siti Wan Kembang ini, selain menambah koleksi piala yang sudah berada di dalam simpanan.
Kali ketiga beraksi di pentas akhir Piala FA malam ini, ia merupakan peluang terbaik buat Kelantan menghapuskan badi selepas tewas kepada Selangor pada musim 2009 dan Terengganu tahun lalu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, perjalanan Kelantan ke pentas final kali ini bukanlah semudah disangka apabila mereka hanya menang tipis dalam tiga perlawanan seawal pusingan pertama kecuali ketika selesa menewaskan pasukan berstatus kelab, KL SPA pada suku akhir.
Mereka terpaksa berdepan cabaran sengit daripada Sarawak seawal pusingan pertama, namun jaringan Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Muhammad berjaya membenam cabaran anak-anak buah Robert Albert di Kota Bharu dengan keputusan 2-1.
Pusingan kedua dilalui Kelantan dengan lebih selesa apabila mereka hanya berdepan Kuala Lumpur yang dianggap sebuah pasukan yang cukup jauh berbeza prestasinya berbanding The Red Warriors.
Sikap memandang rendah kemampuan Kuala Lumpur hampir memerangkap Kelantan apabila mereka menang tipis 3-2 sebelum pusingan suku akhir menemukan mereka dengan KL SPA.
Pengajaran ketika aksi menentang Kuala Lumpur pantas dipelajari anak-anak buah Bojan Hodak apabila mereka tidak mempunyai masalah untuk mengatasi kelab dari ibu kota itu dengan agregat 5-0.
Semakin jauh perjalanan, semakin getir cabarannya apabila Kedah menanti mereka di peringkat separuh akhir. Perlawanan pertama di Kota Bharu menyaksikan anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan berjaya mengekang asakan Kelantan apabila mereka berjaya memperoleh keputusan seri 1-1.
Bertandang ke Stadium Darul Aman, Bojan menyedari peluang Kelantan untuk menang amat tipis apabila rekod Kelantan beraksi di sana sebelum ini tidak begitu baik.
Kebimbangan Bojan itu seakan berasas apabila mereka dikejutkan dengan dua gol Khyrill Muhymeen pada babak pertama.
Ketika itu, impian Kelantan untuk melangkah ke final Piala FA seakan-akan tinggal harapan.
Aksi mantap dipamerkan Kedah seakan gagal disaingi Kelantan sehinggalah dua minit selepas sepak mula babak kedua, pemain pertahanan, Obinna Nwaneri menghidupkan semula harapan yang hampir pudar.
Muhammad Ghaddar akhirnya berjaya meletakkan pasukannya ke perlawanan akhir apabila menjaringkan gol penyamaan dan Kelantan layak ke pentas final melalui peraturan gol di tempat lawan.
Perlawanan akhir kali ini menyaksikan Kelantan akan berdepan sebuah pasukan berstatus kelab yang sedang meningkat naik, Sime Darby FC.
Atas kertas sudah tentu kelebihan berpihak kepada The Red Warriors dan ini merupakan percubaan ketiga mereka untuk menjulang Piala FA selepas gagal dalam dua percubaan sebelum ini.
Bagi merealisasikan impian tersebut, Kelantan telah bekerja keras mempersiapkan pasukan mereka untuk tujuan itu.
Bagaimanapun, apa yang merisaukan para peminat adalah pemain diserang sindrom 'keyakinan melampau' yang mampu memusnahkan impian mereka untuk membawa pulang Piala FA ke Kota Bharu.
Kekalahan Sime Darby dalam dua perlawanan berturut-turut tidak harus menjadikan kem Kelantan selesa dengan perkembangan tersebut kerana ia bukan kayu pengukur kekuatan pasukan yang digelarsilent killer itu.
Beraksi dalam Liga Premier, cabaran anak-anak buah Ismail Zakaria tidak perlu dipandang enteng kerana mana-mana pasukan yang beraksi di pentas final, sama ada mereka daripada Liga FAM sekalipun akan memiliki semangat yang berbeza.
Tewas dua kali dalam saingan liga sebelum ini pasti mendorong Sime Darby tampil lebih garang.
Secara signifikannya, Sime Darby pasti akan menggunakan peluang melayakkan diri ke perlawanan akhir ini untuk mencipta saat indah, sekali gus memahat sejarah menjadi pasukan kelab pertama merangkul Piala FA.
Hakikat itu perlu disedari semua pemain The Red Warriors ketika mereka kini ghairah untuk memburu gelaran seterusnya.
Kealpaan pastinya menjadi duri dalam daging memusnahkan impian lebih 50,000 penyokong yang akan bertandang ke Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Cabaran daripada Sime Darby perlu dipandang serius, kali ketiga ke perlawanan akhir, seharusnya peluang itu tidak dipersia-siakan kerana dibimbangi saingan musim-musim mendatang menjadi lebih sengit dan Kelantan sukar mendapat peluang seumpama ini lagi.
Kepada peminat The Red Warriors, pesanan yang tidak sudah-sudah.
Jaga tingkah laku dan menonton dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Antara faktor kekalahan Kelantan musim lalu yang tidak boleh dinafikan adalah masa kecederaan yang agak panjang.
Dalam situasi perlawanan biasa, mungkin hanya tiga atau empat minit masa kecederaan diberikan dan jika itu berlaku, Kelantan malam ini akan turun selaku penyandang juara dan bukannya finalis.
Tetapi apakan daya, gara-gara penyokong yang kononnya peminat fanatik membaling mercun menyebabkan perlawanan dihentikan, ekoran itu tempoh masa kecederaan diberikan agak panjang dan Terengganu lebih bernasib baik menyamakan kedudukan dan berjaya menjaringkan gol pada masa tambahan.
..................................................
Lagi berita..
"KELANTAN akan membuat perhitungan dengan pasukan berstatus kelab, Sime Darby FC pada final Piala FA 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Perlawanan yang dijangka dihadiri 80,000 penonton itu diramal memihak kepada Kelantan berdasarkan reputasi mereka dalam saingan Liga Malaysia sejak beberapa musim lalu." Laporan lanjut klik Perhitungan terakhir.
"Sekiranya kami berjaya menewaskan Kelantan, saya mahu menghadiahkan kemenangan itu kelak kepada isteri saya sempena ulang tahun kelahirannya pada 2 Mei lalu.
"Sudah tentu ia merupakan hadiah paling bermakna buat isteri saya sekiranya Sime Darby berjaya muncul sebagai kelab pertama menjulang Piala FA pada musim ini." Laporan lanjut klik Hajat besar Es Lizuan.
"Saya sudah bersedia untuk menentang Kelantan. Bagi saya, tiada istilah pasukan gergasi sebaliknya kami harus bekerja lebih keras jika mahu merealisasikan impian untuk muncul juara baharu Piala FA.
"Sebenarnya tiada yang mustahil di dalam bola sepak. Selain Kelantan, kami juga mempunyai kualiti untuk muncul juara dan kami perlu yakin dengan kebolehan kami sendiri." Laporan lanjut klik Ronaldinho tekad robek Kelantan.
"PERLAWANAN akhir Piala FA kali ini menjadi medan terbaik buat Kelantan menebus kekecewaan selepas tewas dalam dua aksi final sebelum ini iaitu pada musim 2009 dan 2011.
Penggempur sensasi The Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha berkata, kekalahan kepada Terengganu musim lepas masih terbayang terutama ketika permainan sudah memasuki minit ke-90 dan Kelantan masih mendahului tetapi terpaksa akur dengan kehebatan jiran mereka itu." Laporan lanjut klik Medan tebus kekecewaan.

Jumaat, Mei 18, 2012

Cerita bola 2012: Kelantan dan Sime Darby ingin mencipta sejarah

JAHA (Budak Kelantan) - Bo lawe setaro demo

Kelantan tak ingin kecewa lagi untuk Piala FA

2009 Kelantan tewas kepada Selangor melalui sepakan penalti. Mendahului dengan 1-0 melalui sepakan gunting Indra Putra Mahyudin (Indra salah seorang yang gagal dalam menyudahkan sepakan penalti penentuan), pada mulanya tapi Sharizan Ismail melepaskan gol penyamaan kepada Amri Yahyah, (Amri dinobatkan pemain terbaik) untuk Selangor. Seri 1-1 membawa kepada penentuan sepakan penalti yang tidak berpihak kepada Kelantan.

2010 Kelantan dan Selangor diberi kelebihan apabila tidak bermain untuk peringkat pertama selaku finalis 2009. Keghairah Kelantan akhirnya tersekat pada suku akhir kepada Kedah. Seri 0-0 di Alor Star, kemudian 1-1 di Kota Bharu. Peraturan jaringan tempat lawan membawa kelebihan kepada Kedah. Agregat 1-1 ini membawa Kedah ke peringkat seterusnya. (Kedah tewas kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir).


2011 Sekali lagi Kelantan mencipta nama untuk ke peringkat akhir. Kali ini pertembungan dengan jiran terdekat, Terengganu. Sebelum itu, Kelantan menang bergaya ke atas Selangor pada peringkat separuh akhir pertama di Shah Alam. Menang 5-1 (Devan-terkejut salahkan penjaga gol punca kekalahan terbesar) sesuatu yang amat mengembirakan pemain dan penyokong. Pertembungan di Kota Bharu pula Kelantan sekadar seri 1-1 (Kalah teruk dengan Kelantan pemain Selangor berang dituduh jual game) sudah cukup untuk membawa Kelantan ke final. Dengan itu dendam tewas melalui sepakan penalti pada 2009 terubat seketika.


Seperti edisi sebelum ini Kelantan kecewa lagi. Mendahului dengan jaringan menarik Nurul Azwan Roya seakan membawa tuah buat penyokong. Namun sebaliknya berlaku. Hanya beberapa saat untuk dinobatkan selaku juara Kelantan menggiggit kaki lagi apabila Daudsu terjaring gol sendiri. Daudsu yang bermain baik sejak wisel dibunyikan akhirnya terperangkap ketika ingin mengeluarkan bola tetapi tertanduk ke gawang yang dikawal Apek. (Kelantan pincang selepas keluarkan Shakir, Subra: Irfan)


Seri 1-1 mengheret ke masa tambahan. Akhirnya, Terengganu berjaya menundukan Kelantan dengan jaringan 2-1 (jaringan Nordin Alias). Dalam kemenangan ini diiringi spekulasi dan khabar angin yang mengatakan skrip kekalahan dan kemenangan Terengganu telahpun dirancang. Khabar angin bertiup Piala FA 2011 itu memang dirancang untuk diberikan kepada Terengganu bagi meraikan tahun terakhir tampuk pemerintah Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan. Isu yang digembar gemburkan tanpa ada bukti sahih.


2012 Kelantan sekali lagi berdiri megah untuk ke perlawanan akhir. Perlawanan separuh akhir amat dramatik. Seri 1-1 dengan Kedah di Kota Bharu dan 3-3 di Alor Star membawa Kelantan ke pentas final buat kali yang seterusnya. Seakan skrip 2010, tapi endingnya beralih arah. Kali ini perebutan di separuh akhir, jaringan tempat lawan milik Kelantan.


Seperti sebelumnya, gosip dan khabar angin bertiup. Kononnya 2012 ini Piala FA akan menjadi milik Kedah sempena pertabalan Sultan Kedah sebagai Yang Dipertuan Agung yang baru. Separuh akhir kedua di Kedah cukup dramatik. Separuh masa pertama Kedah mendahului 2-0. Keputusan ini mencerahkan lagi gosip "Kedah juara Piala FA". Pada separuh masa kedua, gosip itu lenyap bersama jaringan penyamaan dua pemain import Kelantan, Obina dan Ghaddar.


Kurang 24 jam dari sekarang Kelantan turun sebagai pelawat untuk menentang Sime Darby. Kelab dari Liga Perdana ini muncul sebagai pasukan pilihan untuk menyekat keinginan Kelantan. Johor FC dan Terengganu dari Liga Super menjadi mangsa Sime Darby. Johor FC yang ingin mencipta rekod tetapi akhirnya merengkot. Terengganu pula gagal untuk mempertahankan piala yang dimenangi tahun lalu.


Kedua-dua pasukan ingin mencipta sejarah. Sime Darby telahpun mencipta sejarah sebagai kelab pertama memasuki perlawanan akhir. Mereka juga ingin mengukir lagi sejarah untuk menjuarai Piala FA buat julung kalinya.


Kelantan pula sudah pasti tidak ingin kecewa buat ke sekian kalinya. Gema sorakan lebih 40 ribu penyokong sudah pasti ingin dibalas dengan membawa piala ini ke Kota Bharu.


19 Mei 2012, Piala FA yang baru akan menjadi milik siapa..?
........................................................................
Baca ini: Subra pilihan terbaik kekang Ronaldinho

Isnin, Mei 14, 2012

Kerasukan


Misteri kejadian histeria


BARU-BARU ini, seperti yang dilaporkan dalam akhbar Kosmo!, sekumpulan pelajar wanita di sebuah sekolah menengah di Kedah telah diserang histeria. Mangsa melaporkan bahawa mereka melihat seorang wanita dengan wajah cantik di bahagian kanan dan hodoh di bahagian kiri, dengan sekuntum mawar terselit di telinga kanan.
Seringkali kita tertanya-tanya, apakah sebenarnya histeria dan mengapa pula hanya terjadi kepada kaum wanita? Mengapa pula histeria terjadi kepada sekumpulan orang dan berjangkit daripada satu individu kepada individu lain.
Hakikat yang perlu diketahui, histeria juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Kajian-kajian awal mengenai histeria sebenarnya melibatkan kaum lelaki, khususnya tentera yang terlibat dengan Perang Dunia Pertama.
Kebanyakan tentera ini mengalami trauma dalam peperangan. Histeria juga tidak semestinya berlaku kepada banyak orang. Ia juga boleh berlaku kepada individu.
Walaupun terdapat banyak tanggapan berdasarkan disiplin ilmu masing-masing, ilmu psikologi cuba menerangkan hal ini dari perspektif yang lain. Ia tidak disebabkan oleh makhluk asing seperti dalam perspektif perubatan tradisional. Sebaliknya ia dianggap sebagai perpindahan emosi manusia, atau dalam istilah bahasa Inggeris sebagai contagion effects. Emosi ini dikatakan boleh berpindah daripada satu individu kepada individu lain.
Pengaruh persekitaran
Proses contagion effects atau perpindahan emosi ini sering terjadi kepada kita semua. Misalnya, apabila kita menziarahi orang sakit di hospital, atau seseorang yang meninggal dunia, kita akan berasa sedih.
Kesedihan ini adakalanya bukanlah disebabkan melihat mangsa yang sakit atau orang yang mati tadi, tetapi kita bersedih kerana melihat orang di sekelilingnya juga bersedih. Inilah yang dikatakan perpindahan emosi.
Pada Julai 1518, di Strasbourg, Perancis, orang ramai tiba-tiba menari tanpa henti dan tanpa rehat selama sebulan. Ia bermula dengan seorang wanita sebelum merebak kepada 34 orang. Kemudian, jumlah itu bertambah kepada 400 orang. Beberapa orang telah mati kerana kepenatan dan sakit jantung. Sampai sekarang, punca histeria itu masih menjadi misteri.
Di India, pada tahun 2001 telah berlaku histeria yang besar. Ia melibatkan lebih 397 orang. Ia bermula di negeri Uttar Pradesh dan kemudian merebak hingga ke kawasan Delhi Timur. Mangsa melaporkan kononnya telah melihat 'monyet jelmaan'.
Berita sensasi itu mencetus ketakutan kepada orang ramai. Mereka yang tahu tentang berita itu dilaporkan terus diserang histeria dan ramai daripada mangsanya ialah lelaki.
Pada akhir tahun 1970-an pula, telah berlaku lebih 40 kali kes 'histeria' di sebuah kilang di Melaka. Semua mangsanya ialah pekerja wanita Melayu. Seperti dalam banyak kes, apabila seorang dirasuk histeria, ia merebak kepada orang lain.
Punca histeria
Ada dua pandangan. Dalam kalangan pakar perubatan, puncanya disebabkan oleh sistem saraf. Sebab itulah, pada masa silam, pesakit histeria dikenakan kejutan elektrik, atau disuntik dengan ubat tertentu.
Dalam kalangan ahli psikologi, mereka mengaitkan histeria dengan faktor psikologikal. Bagi tentera yang berperang misalnya, trauma perang itu dianggap puncanya.
Dalam kejadian di Melaka tersebut, ramai pesakit kemudiannya mengadu bahawa mereka mengalami tekanan kerja kerana layanan buruk majikan dan gaji yang rendah. Dalam kes di India itu pula, ia berlaku dalam kalangan mereka yang miskin, berpendapatan rendah dan hidup di kawasan padat penduduk.
Kajian-kajian yang dilakukan di Barat mendapati beberapa pesakit yang kerap diserang histeria ini bermula dengan alam anak-anak yang tidak membahagiakan, ibu bapa bercerai dan insiden tragis lain.
Dalam masyarakat kita pula, kita percaya remaja wanita yang haid lebih mudah diserang kerana makhluk halus suka dengan darah haid. Hakikatnya mungkin berbeza dari perspektif psikologi. Mereka yang haid mungkin berada dalam emosi yang tidak stabil, menyebabkan fikiran mereka lebih mudah terganggu.
Individu yang tertekan secara psikologinya lebih mudah dilanda halusinasi dengan melihat 'makhluk' yang menakutkan. Ketakutan yang melampau ini kemudiannya dipindahkan pula kepada orang lain.
Contagion effects ini berlaku kerana orang yang melihat pesakit histeria turut panik. Ia kemudiannya merebak kepada individu lain di sekitarnya. Biasanya terhadap rakan-rakan karib yang berkongsi pengalaman dan emosi dalam aktiviti seharian. Disebabkan semua orang menjerit ketakutan, ia telah menyebabkan orang yang berada di sekelilingnya turut kerasukan.
Kajian mendapati, gambaran yang menakutkan oleh pesakit tidak sama antara satu sama lain walaupun mereka semuanya mengalami kerasukan tersebut.
....dari www.kosmo.com.my

Ahad, Mei 13, 2012

Sunyi

..Sunyi dan sepi kadang-kalanya itu mengasyikan. Tapi biasanya ia suatu kepedihan. Sunyi boleh diungkapkan dengan pelbagai makna dan konotasi. Sunyi dan sepi suatu yang wujud dalam diri setiap insan yang bernyawa. Kesunyian itu sama saja dalam setiap insan. Yang membezakan ia adalah cara kensunyian itu hadir..;-/

Kawe? Sukar untuk kawe luahkan bagaimana sunyi itu hadir dalam diri. Apa yang pasti sunyi itu bagaikan telah lama bertapak dalam diri. Mengisi hidup dalam kesunyian suatu yang menyukarkan namun ia semakin menjadi kebiasaan.

Inilah hidup kita sebagai insan. Allah menguji kita dalam pelbagai cara dan keadaan. Sekiranya kita lalai dan terus leka dan tidak mengambil peduli tentang ujian kecil ini kita sebenarnya gagal.

Bagaimana untuk atasi kesunyian? Rata-ratanya telah tahu tapi buat-buat tak tahu. Atau sengaja tidak mempedulikan dengan alasan biarkan ia berlalu dengan sendiri...

..tidak lain tidak bukan, hanya kepada ALLAH kita memohon.

GERSANG - Sunyi

Ahad, Mei 06, 2012

Cerita bola 2012: Kijang jinakkan Singa di kandang sendiri

Kelantan dalam kelas tersendiri





PENGENDALI Kelantan, Bojan Hodak tidak mahu mendabik dada biarpun skuad kendaliannya berjaya menjinakkan pendahulu Liga Super, Lions XII 3-0 malam kelmarin.
Beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan jelas sekali berada dalam kelas tersendiri bagi membenam wakil Singapura itu.
Selepas gagal memecahkan kebuntuan gol pada babak pertama, Kelantan seakan-akan mendapat aura sebaik memulakan saingan pada babak kedua.
Hasilnya, tiga gol diperoleh skuad The Red Warriors itu dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.
S. Chanturu membuka tirai jaringan Kelantan pada minit ke-73, sebelum Norfarhan Muhammad menyumbang gol kedua empat minit kemudian.
Tonggak pertahanan, Rizal Fahmi Rosid melengkapkan malam gemilang Kelantan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-85.
“Siapa pemain terbaik malam ini? Ia suatu yang sukar. Pemain pertahanan begitu cemerlang, Shakir (Shaari) melakukan kerja dengan baik. Mungkin Farhan dan Chanturu lebih layak untuk dikatakan pemain yang beraksi dengan cemerlang.
“Bagaimanapun, saya tidak fikir tiga mata yang dipungut malam ini (malam kelmarin) membolehkan kami dilabel sebagai pasukan pilihan untuk bergelar juara.
“Namun dalam masa yang sama, kemenangan ini meletakkan kami di landasan yang betul untuk tujuan itu,” kata Hodak ketika ditemui selepas perlawanan malam kelmarin.
Hodak berkata, anak-anak buahnya berjaya mengambil kesempatan untuk memburu gol selepas menyedari barisan Lions XII agak keletihan.
“Setiap pasukan dalam dunia hanya boleh bermain selama 60 minit dengan kecergasan yang maksimum dan 30 minit terakhir mereka akan mula hilang fokus, letih dan melakukan kesilapan.
“Ketika 20 minit terakhir, saya lihat pemain Lions XII banyak memberi ruang kepada pemain saya dan akhirnya kami berjaya memanfaatkan situasi tersebut dengan tiga gol yang cukup penting,” ujarnya.
Pada aksi malam kelmarin, Kelantan tidak menurunkan tiga tonggak utama iaitu Muhammad Ghaddar, Zairul Fitree Ishak dan Daudsu Jamaluddin.
Ghaddar dan Zairul Fitree digantung satu perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning manakala Daudsu masih menjalani penggantungan kerana mengutip kad merah.
“Saya tidak melakukan rombakan besar malam ini (malam kelmarin), cuma memasukkan beberapa pemain yang saya fikir mampu menggalas tugas yang diberikan,” jelasnya.
Dengan kemenangan itu, Kelantan mengumpul 34 mata, ketinggalan dua mata di belakang Lions XII yang beraksi lebih tiga perlawanan berbanding The Red Warriors.
.............................................................
Lorongan yang sempurna MatYo disudahi dengan menarik oleh Chanturu
Gandingan mantap dimulai Shakir untuk Indra -> Farhan -> MatYo -> Piya -> Farhan = gol...
Tembakan Rizal ke arah gawang hanya mampu dilihat sahaja oleh penjaga gol Lionsxii..
Kelantan 3-0 Lions XII