Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Februari 18, 2012

Menghampiri kematian?

Dengan nama Allah yang maha pengasih dan mengasihani..
“Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. As Sajadah-11.
Benarlah kata-kata Allah.

Maha suci Allah, segala pujian hanya bagi Allah, tiada tuhan melainkan Allah, Allah maha besar..
Gambar penyedap cerita
ISNIN, 13 Rabiul'awal 1433H / 06 Februari 2012M;

05:40 pagi: Mata belum mahu tidur walaupun dipaksa beberapa kali. Mungkin kerana semalam tidur sehingga lewat petang hinggakan matapun masih segar. Sebelum tidur lewat malam tadi kawe keluar minun bersama sahabat-sahabat. Pulang ke rumah lebih kurang 1:00 pagi.

Bermula jam 1:30 pagi mata dipaksa untuk lelap tapi tidak bagi otak. Fikiran melayang. Sehinggalah jam 5:00 pagi lebih. Waktu ini seakan ada yang tak kena. Bila mata dipejam rapat fikiran terbayangkan mati. Allah maha agung.

Badan mula terasa penat dan letih dalam dua tiga hari ini. Dan inilah yang turut terjadi awal pagi ini. Allah maha besar.

Dalam keadaan berbaring ketika ini kaki kawe terasa sengal dan kebas. Kemudian ia menjalar hingga ke tubuh sampailah ke kepala. Memang terasa dan sedar saat tangan mula "mengebas". Pantas fikiran terbayang yang bukan-bukan. Maha suci Allah.

Waktu ini juga kerongkong terasa tersekat-sekat bagaikan ada nasi yang belum turun ke perut. Kemudian muka terasa pucat lesi. Sejuk.

Tiada tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.
Shahadah diucap beberapa kali. Dalam dada terasa debar yang begitu kuat. Denyutan jantung seakan memecut.

Lalu kawe bingkas bangun. Wudhuk sekhusyuknya. Taubat dua rakaat segera ditunaikan memohon keampunan kepada Allah. Segera dilakukan kerana saat ini kawe percaya kawe mungkin akan kembali kepada-Nya. Zikir, tasbih diucap. Maha suci Allah.

Belum sempat butiran tasbih dipusing "ianya" datang lagi. Dalam keadan bersila kawe rasakan dari kaki sampailah ke kepala sejuk dan kebas. Ia naik perlahan-lahan. Sesekali rasa nak pitam. Dan dada terus berdebar-debar.

Bingkas bangun untuk mengejutkan ibu dan ayah. Ingin luah dan bagi tahu apa yang kawe kawe rasa. Atau seboleh-bolehnya untuk ke hospital. Melihat kedua-duanya lena, kawe pendamkan saja apa yang dirasa. Lalu kawe ke dapur meneguk segelas air untuk legakan sedikit kerongkong.


Beberapa jam nanti matahari akan muncul. Fajar akan menyingsing. Beberapa ketika nanti azan Subuh akan berkumandang. Sempatkan kawe untuk itu?


Ya Allah, tuhan yang maha mengasihi. Apakah sudah tiba masanya aku pergi mengadap-Mu? Apakah tiba masanya malaikat Izrail-Mu datang menjemputku?


Ya Allah, tuhan yang maha mengetahui segalanya. Sesungguhnya aku belum bersedia untuk meninggalkan ibu dan ayah. Aku belum bersedia untuk meninggalkan saudara-saudaraku.


Apakah Engkau sudi membiarkan aku bernafas lebih lama di muka bumi-Mu ini? Terasa benar ingin membantu ibu dan ayah.


05:54 pagi: Ya Allah, beberapa minit lagi mu'azim akan menyeru nama-Mu, akan melafaz shahadat, akan mengakui Muhammad itu pesuruh-Mu, akan menyeru kebesaran-Mu, akan mengajak hamba-hamba-Mu sujud kepada-Mu; apakah aku masih diberi peluang untuk solat tanda aku ini hamba-Mu?


Wahai Pencipta langit dan bumi. Pertama kali dalam hidup ini aku rasakan berat untu tidur. Bila mata dipejam maka terbayangkan KEMATIAN.


Takutnya untukku mati kerana amalan aku yang tidak seberapa. Takutnya aku untuk mati kerana terpaksa meninggalkan ayah dan ibu.


Ya tuhan yang maha agung. Izinkan aku bernafas lebih lama.
................................................................


Lebih kurang jam 07:00; Tidur sekejap-sekejap.
09:15; Bangun dan bersiap untuk keluar sarapan bersama beberapa orang sahabat. Kalau ikutkan hati kawe malas keluar tapi dah berjanji sebelum ini. Ketika ini juga badan masih terasa saki baki apa yang dirasa awal pagi tadi.


02:00 petang: Masih lagi terasa. Segera ke klinik. Darah naik 180+. Antara ubat yang dibekalkan; vitamin, serbuk air garam. alir darah, kebas, berdebar.


Kesimpulan kenapa ini terjadi; mungkin tidur lewat malam, stress, terlalu banyak makan gulai. Itu antara puncanya mengapa darah naik, rasa nak pitam, kebas, penat dan sebagainya.
..................................................
Mati?
Kawe tengok beberapa tanda kematian melalui laman web. Terasa benar kawe akan melaluinya. Antara web tersebut; Ttanda-tanda kematian dan 19 tanda kematian yang mulia.


Kata orang, kematian kita pada hari kita dilahirkan. Benarkah? Kebetulan pada hari kejadian adalah hari Isnin, hari kawe dilahirkan.


Terfikir juga apakah mati untuk kawe begitu 'mudah'?; kerana kawe demampun tidak, sakitpun tidak. Tiba-tiba malam itu terasa sesuatu yang amat dahsyat bagi kawe. Tapi itu semua kehendak Allah. Jika Allah menetapkan harinya, tiada siapa mampu menolak kerana kematian yang pasti datang.


Sebelum ini ada juga kawe termimpikan hal mati. Tidak disangka kawe "melaluinya" detik itu.


Kemudian kawe google tentang 'kencing tikus' dan 'kuman dalam darah'. Simpton yang tertera amat menakutkan kawe. Ada yang sepadan. Atau sekadar tempias.


26 Rabiul'awal / 18 Februari: Alhamdulillah, masih bernafas. Cuma sekarang selsema dan demam sikit. Pada mulanya nak juga ke klinik kerajaan, tapi bila dah sihat rasa malas pula. Emmmm...
............................................


Catatan lain: Berakhirnya hayat seorang penggali kubur
Mimpi
Ada yang tak kena
Apabila Allah menguji
Perutusan Januari (7 Januari kembali)
Aku masih di sini
Kematian yang pasti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..