Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 18, 2010

Amalan 'cah keting' wujud dalam Pas

KUALA TERENGGANU - Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh tidak menolak kemungkinan amalan ‘cah keting’ atau cantas-mencantas wujud dalam Pas.

Bagaimanapun katanya, perkara itu berkemungkinan besar berlaku kepada sebilangan kecil mereka yang tidak mengikut prosedur tarbiyah (pendidikan) Pas sebagaimana sepatutnya.

“Jumlah pengikut Pas ramai dan saya tidak menolak kemungkinan sebahagian kecil perkara ini berlaku daripada individu yang tidak faham mengenai perjuangan Islam. Berkemungkinan ada unsur-unsur (cah keting) ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan (bukan Sinar Harian) bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui wujudnya budaya cantas-mencantas dalam Pas.

Nik Muhammad Zawawi turut menjelaskan, individu terbabit tidak akan lama dalam perjuangan parti.

Ditanya lebih lanjut berkemungkinan ia berlaku di mana-mana peringkat, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat enggan mengulas.

“Dalam gerakan Islam, sekiranya kita sedar berlaku perkara itu, kita akan bagi nasihat dan kita yakin kesedaran Islam akan berlaku,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau berkata budaya ‘cah keting’ tidak patut berlaku dalam Pas kerana didasari perjuangan Islam yang tidak mementingkan kebendaan dan jawatan.

Sinar Harian. 18 Jan. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..