Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Januari 25, 2010

Cerita Bola: Semangat baru?

Berita gembira buat peminat yang mengharapkan sesuatu pada malam Ahad lepas (23 Jan. 2010). Jaringan empat gol berbalas satu sesuatu detik manis Kelantan setelah kekalahan tempoh hari. (Berita Harian: Di Stadium Sultan Mohamad IV, gol kemenangan Kelantan hadir seawal minit ke-18 menerusi jaringan Nor Shahrul Idlan Talaha diikuti jaringan Azizi Mat Rose minit ke-46, Indra Putra Mahayuddin (m-50) dan Mohd Farhan (m-72) manakala gol sagu hati Johor FC disumbang Mohd Riduan Moin, minit ke-21). Perlawanan agak menarik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan gerakan-gerakan yang mampu membuat penyokong tersenyum.


Kali ini aku tertarik dengan beberapa perkara. Pertama adalah persembahan Hairuddin. Hairuddin masih lagi tercari-cari rentak yang sesuai. Senang cerita; apabila bola sampai ke kakinya, permainan akan mati, sama ada bola dirampas oleh pemain lawan, passing yang entah ke mana, ataupun bola terlepas begitu sahaja. Namun kali ini permainan Hairuddin ada sedikit perubahan. Separuh masa pertama Hairuddin merentap keyakinan penjaga gol Johor FC dengan perubaannya yang sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang lawan. Walaupun penjaga garisan sudah mengangkat bendera menandakan offside. 

 

Kali ini Sathia tidak menurunkan Akmal Rizal. Farhan buat pertama kalinya diturunkan dan mampu menghadiah gol. Gol Farhan ini kalau tidak silap aku berpunca daripada Hairuddin yang "mempassingnya" kepada Chanturu. Larian Chanturu yang deras itu tidak mampu dikejar oleh lawan dan memudahkannya menghantar kepada Farhan untuk disudahkan.

 

Mengenai jaringan pasukan Kelantan aku tertarik dengan jaringan Azizi Mat Rose, pertahanan Kelantan yang mampu mencatat nama sebagai penjaring gol. Azizi menerima hantaran Badri dari luar kotak penalti (sepakan percuma). Seorang pertahanan boleh jarigkan gol tidaklah pelik, tapi rasanya seolah-olah  ada satu dua penyerang yang "tidur". Dan malam itu Azizi dianugerahkan pemain terbaik TM.

 

Perlawanan malam itu juga  tidak dicemari botol, bekas minuman mahupun dentuman mercun. Polis berpakaian seragam dan preman mengawal setiap pintu masuk agar barangan-barangan ersebut tidak dibawa masuk. Maknanya malam itu, penjual air pun tidak ada untung berniaga malam itu. Dentuman mercun hanya satu (tak tahu pula macam mana yang itu boleh terlepas).

 

Halim Napi malam tersebut seperti kebiasaanya "membenarkan" juga bola daripada pihak lawan ke gawangnya. Pada pandangan aku jaringan tersebut  berpunca akibat sedikit kelekaan pertahanan. Pertahanan seolah-olah  mengharapkan Halim untuk mengekang asakan lawan. Perbezaan Halim dan Syed? Setiap orang ada jawapannya. Tetapi aku akan nyatakan satu atau dua perkara. Sepakan Halim kali ini nampak lemah, tp bola "memecut" laju juga. Sepakan Syed walaupun nampak perlahan tapi mampu "terbang jauh walaupun kadang-kadang tidak tepat ke sasaran.

 

Akhir sekali, aku mengharapkan persembahan Kelantan untuk perlawanan akan daang lebih menarik. Aku rasa Syed Adney kali ini mampu menggalas tugas sebagai penjaag gawang. Adney telah belajar sesuatu yang bermakna ketika menenang Kedah tempoh hari. Dan Adney juga mungkin telah belajar sesuatu apabila melihat seniornya (Halim) beraksi ketika menentang Johor FC. Hairuddin perlu belajar lebih lagi, persembahan Hairuddin masih lagi hambar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..