Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Januari 12, 2010

PM menghadap Agong hari ini

ARKIB : 06/01/2010

Najib Tun Razak bersalaman dengan Menteri Pengangkutan Jalan dan Lebuh Raya India, Kamal Nath ketika menerima kunjungan menteri itu di pejabatnya di Putrajaya, semalam. Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. - Bernama


PUTRAJAYA 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi esok bagi mempersembahkan taklimat mengenai isu kebenaran Herald The Catholic Weekly untuk menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Mengesahkan perkara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, Perdana Menteri dijadual menghadap baginda di Istana Negara sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
''Ya, Perdana Menteri akan menghadap Agong esok berhubung isu kalimah Allah, saya harap rakyat memberi keyakinan kepada Perdana Menteri untuk menangani isu ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly dengan alasan gereja itu berhak berbuat demikian di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan bahawa mengikut Perkara 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Gereja Katolik mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan itu bagi tujuan tunjuk ajar dan pendidikan penganut agama Kristian.

Menurut Bee Lan, bukanlah satu kesalahan bagi seseorang yang bukan Islam menggunakan perkataan itu untuk menyebarkan agama selagi ia tidak digunakan terhadap seorang Muslim.
Herald yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi God dalam bahagian bahasa Malaysia.

Hari ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan terhadap perintah Mahkamah Tinggi berkenaan.

Perkataan 'Allah' digunakan secara meluas di kalangan pelbagai etnik beragama Kristian di Sabah dan Sarawak yang kebanyakannya bertutur dalam bahasa Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..