Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Isnin, Mei 23, 2011

Jom gelak dengan "Pi mai pi mai tang tu"

Rancangan sitkom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" (PMPMTT) satu rancangan yang betul-betul membuat aku gelak ketawa dan puas hati. Hasil garapan terbaik Othman Hafsham dan Dr. Hatta Azad Khan. Mampu bertahan lebih sepuluh tahun di TV3 bermakna sitkom ini bukan calang-calang rancangan komedi.

PMPMTT yang berkisarkan suasana penghuni di Flat Sri Wangi. Gabungan semua kaum menjadikan sitkom ini begitu unik. Melayu, India dan Cina. Gabungan ini juga terserlah dengan watak yang mewakili negeri masing-masing (kecuali Sabah dan Sarawak). PMPMTT dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat yang mampu membuat kita ketawa tanpa rasa bosan dan muak. Antaranya;

Apa yang menarik perhatian aku adalah betapa kuatnya pengaruhnya kepada penonton. Ini terbukti apabila nama watak dalam sitkom ini seakan menenggelamkan nama asal beberapa pelakonnya. Antara watak yang dimaksudkan ialah Pak Busu, Mat Over dan Pak Uda serta Lucy.

Di luar rancangan PMPMTT sekalipun nama watak-watak di atas sentiasa disebut untuk merujuk kepada pelakon yang memegang watak tersebut. Pernah satu ketika aku melihat satu rancangan hiburan (siaran langsung di hadapan penonton) yang ada menampilkan Angeline Tan (undangan); dalam satu slot pengacara memanggil Angeline Tan dengan nama Lucy, walhal rancangan itu bukan bersiaran di TV3. Tapi pengacara tersebut pandai cover balik.

Kini PMPMTT tidak lagi bersiaran seperti dulu. Untuk hilangkan bosan aku acapkali jugalah tengok You Tube (walaupun tengok cerita yang sama). Tapi banyak juga episod yang takde. Salah satu episod yang aku suka adalah "Boss".
Boss
Pelakon PMPMTT memang profesional. Setiap dialog yang dilafazkan begitu bersahaja dan spontan. Walaupun sekali sekala ada kesilapan ucapan dialog (skrip) segera ditutup tanpa kita sedari. Walaupun kita sedar sekalipun kita akan gelak kerana itulah humornya.

Hari ini aku sekali lagi aku menyelongkar You Tube, dan hasilnya;

Hajat tak sampai

Video kedua ni dimuatnaik pada Januari 2011. Tapi aku musykil sikit. Cerita lama ke cerita baru? Tapi kalau tengok betul-betul memang ada perubahan. Wan Ismail Golok dah makin berisi, sama macam Sabri Yunus sekarang ni. Lucy pula dah ke Hongkong; salon dah bertukar kepada kedai jahit yang pemiliknya bernama Nina. Pak Busu dah tak nampak. Ana pun sama juga, dah berpindah sejak kahwin Mat Nasir.

Itu cerita barulah tu kot sebab Lucy dah hilang mungkin betul-betul ke Hongkong bersama Angeline Tan. Atau Angeline Tan betul-betul sibuk sehingga terpaksa "menghalang" Lucy daripada terus berada di Flat Sri Wangi. Pak Busu memang disenyapkan wataknya kerana pemilik watak tersebut dah meninggal dunia. Ana pula mungkin sama dengan Marlia Musa, yang dah kahwin dengan M.Nasir. Jadi sebagaimana Marlia Musa fokus kepada keluarga, begitu juga dengan Ana.

Mak Usu, Suzie dan Singam dah lama berpindah. Tapi Singam aku tak pernah ingat dalam watak PMPMTT ni.

Walau apapun perubahan dan apa yang berubah, humornya tetap sama. Kelakarnya tetap ada.

*Selain PMPMTT aku juga teringat sitkom "Camni Camtu" - Macam ini macam itu - yang disiarkan di TV1 suatu ketika dulu. Sebahagian pelakonnya adalah pelakon PMPMTT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..