Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 23, 2010

Cerita Bola; Kelantan hanya mahu menang

Oleh KHAIRI MOHAMAD


Mohd. Halim (kanan) kembali mendapat kepercayaan Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa.


KELANTAN tidak mempunyai pilihan kecuali menang apabila turun menentang Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV malam ini. Kemenangan tersebut amat diperlukan oleh The Red Warriors bukan sahaja untuk menjamin kedudukan mereka di dalam liga tetapi ia juga bagi memulihkan imej pasukan dan keyakinan penyokong mereka.

Kekalahan memalukan ketika menentang Kedah, Selasa lalu akibat 'gol cuai' perlu segera ditebus ketika peminat mula mendesak supaya rombakan dilakukan termasuk pengunduran ketua jurulatihnya, B. Sathianathan.

Aksi hambar dalam empat perlawanan sebelum ini dengan hanya mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kalah tidak dapat diterima oleh peminat ketika pasukan mereka dibarisi ramai pemain berstatus bintang.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang tidak cepat melatah.

Beliau dengan yakin, percaya pemain Kelantan akan bangkit mencari kemenangan pada perlawanan seterusnya dan mampu merealisasikan impian sekurang- kurangnya mendapatkan satu piala untuk musim ini.

Ketika tekanan yang begitu memuncak, beliau mengambil keputusan memanggil semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi untuk menggantikan Syed Adney Syed Hussein yang masih berdepan dengan krisis hilang keyakinan.

Yang nyata, peminat Kelantan mengharapkan kehadiran semula bekas penjaga gol utama musim lalu itu mampu merubah keadaan dan menambah keyakinan pemain lain.

Sementara itu, pengendali Kelantan, B. Sathianathan tetap optimis anak-anak buahnya mampu membuktikan sesuatu ketika turun menentang Johor FC.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Kelantan tidak berdepan laluan mudah kerana dua perlawanan musim lalu memihak kepada pasukan berstatus kelab dari selatan tanah air itu.

Sathia dalam kenyataan sebelum ini memberitahu, satu rombakan akan dilakukan dalam kesebelasan utama dengan membayangkan beberapa pemain utama akan direhatkan buat sementara waktu.

Apa yang pasti, peminat mahu melihat jentera serangan pasukan kesayangan mereka lebih menyengat dengan menghasilkan lebih banyak gol dan menghasilkan gerakan-gerakan menarik.

Sebelum ini, jentera hadapan Kelantan kelihatan masih terkial-kial mencari rentak dan keserasian yang ada masih belum mencapai tahap memuaskan.

Kelantan hanya berjaya menghasilkan tiga gol daripada empat perlawanan membuktikan penyerang-penyerang mereka, Hairud- din Omar, Akmal Rizal Rakhli, Indra Putra Mahayuddin, S. Chanturu dan Nurshahrul Idlan Talaha masih ketandusan idea memecah kubu lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..