Tahun 2010 baru sahaja bermula namun begitu banyak cerita di sebaliknya. Cerita yang paling menarik pada permulaan tahun ini adalah isu penggunaan nama "Allah" oleh akhbar Herald-The Catholic Weekly. Walaupun isu ini telah diketengahkan sebelum ini namun ia menjadi lebih hangat di permulaan tahun baru 2010. Dalam isu tersimpan segala macam cerita.
Isu ini bermula setelah Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitan akhbarnya. Kemudiannya pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat keputusan untuk membatalkan penerbitan akhbar itu atas alasan penggunaan perkataan "Allah". KDN mentafsirkan "Allah" adalah untuk orang Islam dan "tuhan" untuk orang bukan Islam. Lalu pihak Herald menfailkan semakan penggunaan perkataan "Allah" di mahkamah. Tuntutan ini antara lain untuk menyemak adakah tindakan KDN itu mengikut lunas undang-undang ataupun tidak. Akhirnya pada 31 Disember lalu, Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Lau Bee Lan membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly.
Ekoran keputusan ini maka bermulalah "siri peperangan". Antaranya gereja dibakar, sekolah dilempar bom buatan sendiri dan bermacam-macam lagi. Di sebalik cerita keganasan secara fizikal itu terdapat juga "peperangan" secara psiokologi, iaitu dari segi politik. Sama ada di pihak kerajaan mahupun di pihak pembangkang masing-masing cuba mengeksploitasi isu ini untuk kepentingan politik. Siapa yang betul atau siapa yang salah tidak dapat dipastikan. Namun alangkah baiknya jika isu ini tidak melibatkan politik.
Apa yang mendukacitakan berkaitan isu ini adalah kita yang sesama muslim tidak bersatu untuk menyelasaikan isu ini sebaliknya mengambil kesempatan di kesempitan. Saling menunding jari tanpa mengambil kata sepakat.
Apa yang diharapkan adalah isu ini dapat diatasi dengan segera. Secara peribadinya aku tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah mengenai isu ini. Bak kata Dr. Mahathir dalam laman blog, www.chedet.co.cc, mahkamah hanya mengutamakan maksud undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..