Bekas Perdana Menteri berkata, program yang dilaksanakan sejak lebih 20 tahun itu tidak menerima sebarang kritikan ketika beliau menerajui negara ini.
‘‘Sebaliknya, mereka yang menyertai kursus tersebut sentiasa mendapati ia memberikan manfaat kerana apa yang kita tekankan adalah tentang keperluan memiliki satu sistem nilai dan budaya baru.
‘‘Kerana kalau hendak memberi perkhidmatan yang baik kepada kerajaan mereka perlu mengamalkan sistem nilai seperti berdisiplin, jujur dan tidak korup, saya tidak nampak ini salah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian pembiayaan sejumlah RM120 juta antara RHB Islamic Bank Berhad dengan Kumpulan Emkay melalui anak syarikatnya, Joyful Gateway Sdn. Bhd., di sini hari ini.
Semalam, Dr. Mahathir dilaporkan berkata, kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga terpaksa merombak kurikulum BTN yang telah sekian lama dipraktikkan secara berkesan di negara ini.
Beliau menegaskan, tiada sebarang masalah terhadap modul kurikulum yang diguna pakai oleh BTN sekarang.
Menurut Dr. Mahathir, kritikan yang berlebih-lebihan ke atas BTN itu seolah-seolah mahu rakyat menafikan fakta sejarah tentang negara ini.
‘‘Kerana apabila kita bincang tentang sejarah negara ini, sudah tentu kita akan sebut Tanah Melayu, sebelum adanya Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..