Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Oktober 28, 2010

Cerita Bola: ...hanya kerana kita Kelantan

Tempat duduk biasa RM30, grand stand RM50, kanak-kanak RM5. Itu ketetapan FAM. KAFA pula terus memeras penyokong tanpa belas ehsan. Belumpun reda kerunsingan penyokong pada suku akhir yang baru berlalu, KAFA sekali lagi membuat kejutan dengan menaikan harga tiket lebih tinggi berbanding FAM. RM30 + RM10 (cendera hati @ bendera Kelantan). Itu bagi harga tempat duduk biasa. Grand stand tak taulah berapa. Ok, sebelum kita bincang pasal tiket ada baiknya kita tengok perkara lain dulu.

Suratan atau kebetulan, sengaja atau tidak, apa sahaja yang berkaitan dengan Kelantan sudah pasti menimbulkan polimik dan prepestif yang mengewakan orang Kelantan. Sesetengah media tempatan sama ada elotronik mahupun cetak, seringkali menggambarkan Kelantan dengan buadaya negatif. Lihat saja laporan dalam mana-mana media pasti ada kritikan pada Kelantan, khususnya penyokong.


2009 tahun kebangkitan bola sepak Kelantan. Rusuhan April 2009, ketika Kelantan menerima kunjungan NS seakan petanda awal Kelantan akan terus dihimpit. Kerana tidak berpuas hati dengan pengadil, penyokong merusuh. Trak polis dibakar. Pergaduhan pula tercetus. Itu gara-gara tidak berpuas hati dengan pengadil. Dalam kes ini memang aku menyalahkan penyokong. Tindakan penyokong yang tidak boleh menerima kekalahan dan keputusan pengadil.


Sejak peristiwa April 2009 sesetengah media terus memandang serong terhadap penyokng Kelantan. Mungkin "orang luar" tidak perasan, tapi bagi penyokong Kelantan rata-ratanya mengiakan situasi ini. Situasi ini seolah-olah mengambarkan HANYA orang Kelantan yang tidak bertindak liar dalam memebri sokongan kepada pasukan.


2009, pentas akhir Piala Malaysia di antara Kelantan - NS adalh kemuncak "keghairahan" sesetengah media untuk terus mengutuk Kelantan. Sekali lagi ditekankan, MENGUTUK, bukannya mengkritik. Tindakan liar sebilangan besar penyokong Kelantan kerana tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukan kesayangan membawa padah. Akhirnya KAFA didenda kerana gelagat penyokong yang bertindak liar. Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap penyokong Kelantan adalah "tidak bertamadun", tiada semangat kesukanan", "holigen" dan macam-macam lagi.


Sebelum itu, separuh kedua Perlis - Kelantan ada juga ceritanya. Kereta, bas dan kenderaan penyokong Kelantan dirosakan. Ini berlaku di Perlis. Bas dibaling dengan batu dan kayu. Namun tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh FAM mahupun "pihak berwajib" untuk mengheret pesalah dan pelaku ke muka pengadilan. Ini juga tiada laporan media yang menyeluruh.


2009, Puncak Piala Emas Raja-raja di antara Kedah - Perlis ada ceritanya. Pentas akhir yang diadakan di salah sebuah venue pasukan terbabit dicemari oleh gelagat penyokong kedua-dua pasukan. Malah ada penyokong yang bertindak memasuki padang keran tidak berpuas hati engan pengadil. Kerosakan juga dilaporkan terjadi. Namun, dalam hal ini liputan media tidaklah "meriah" seperti laporan mengenai rusuhan di KB dan Bukit Jalil yang dilakukan oleh penyokong Kelantan.


Liputan media terhadap Kelantan biasanya tidak meluas. Liputan akan meluas akan bersepah jika ada keganasan yang berlaku. Tetapi mujurlah sokongan penyokong Kelantan terhadap pasukan emnjadi azimat. Sokongan padu sejak awal musim seakan "memaksa" wartawan-wartawan untuk terus mengikuti perkembangan pasukan dan penyokong kelantan. Kemeriah dan kesungguhan penyokong menjadi topik, menjadi modal, menjadi alat untuk media terus memeperkatakan mengenai Kelantan.


Suku akhir pertama di antara Selangor - Kelantan juga ada ceritanya. Pergaduhan kedua-dua penyokong mencetus kembali kemeriahan laporan media terhadap Kelantan. Masing-masing mendakwa mereka yang benar. Lihat ini;

Perhatikan video di atas. Ini salah satu visual dari salah satu sudut. Ada banyak lagi visual dan sudut yang boleh kita dapati di laman-laman sosial.


FAM
Itu cerita pasal media. Ini pula pasal FAM, badan "induk" bola sepak Malaysia. Suratan atau kebetulan, apa sahaja yang melibatkan Kelantan pasti FAM akan bertindak tegas. Peristiwa gelagat penyokong Perlis pada tahun lalu (separuh akhir kedua PM- di Kangar) tidak berbekas di FAM. Puncak Piala Emas Raja-raja di antara Perlis -Kedah yang mencetuskan gelagat liar penyokong tidak mendapat perhatian FAM. Adakah Puncak Piala Emas Raja-raja bukan di bawah naungan FAM? Final PM 2009, KAFA didenda kerana gelagat liat penyokong Kelantan. Umum mengetahui pada final PM adalah FAM yang menjadi tuan rumah, jadi mengapa KAFA yang dipersalahkan? April 2009, perlawanan Kelantan - NS, Kelantan didenda dan dihukum. Ini kerana huru hara yang dicetuskan oelh penyokong Kelantan yang seakan hidup pada zaman batu. KAFA didenda kerana KAFA Kelantan tuan rumah pada perlawanan tersebut. Bagaimana pula dengan PM?


Terbaru sebelum final, sekali lagi FAM bertindak "pantas" menghukum Sathianathan. Gara-gara memberi komen perlawanan di antara Terenganu - Perlis (mengenai pertukaran venue) Sathia digantung enam bulan. Dan "hasilnya" pada separun akhir kedua PM (menentang Kedah), FAM berjaya menghalang Sathia daripada bersama-sama skuad Kelantan duduk bersama. Nyata Sathia bagaikan mangsa FAM.


Final 2010, menjadi lebih manis buat FAM kerana akan menagaut keuntungan berlipat ganda. Hara tiket dinaikan tanpa memikirkan nasib penyokong. Grand Stand RM50, biasa RM30 dan kanak-kanak RM5. Alasan yang kononnya rasional (untuk naikan harga) adalah untuk menaikan nilai prestij PM. Hhah..apa punya alasan, apa punya rasional. Sebelum ini tiket berharga RM20. Ini bermakna, tahun-tahun yang lalu PM tiada nila prestijnya, atau nilainya terlalu rendah. Ukuran prestij dinilai melalui tinggi atau rendah harga tiket. Aku tertarik dengan artikel saudara Ahmad Khawari, Presiden Penulis-penulis Sukan, yang berjudul FAM 'bunuh angsa bertelur emas'? Kroni puas?

Menurut Ahmad Khawari strategi FAM itu bagaikan strategi perniagaan lapuk. Ketetapan FAM itu juga memungkinkan stadium akan kembali kosong. Hanya kerana kita Kelantan, FAM sanggup memperlakukan kita sedemikian.


KAFA
Telah aku nyatakan dulu, KAFA seakan tidak menghargai peminat. Mengapa sanggup menaikan harga tiket. FAM jual tiket RM30, KAFA pula jual RM40. Dijual secara pakej. Apalah sangat pakej tu? Setiap kali permainan penyokong tidak pernah membiarkan pemain keseorangan. Di laman lawan sekalipun penyokong tetap memebri sokongan, apatah lagi di laman sendiri. Nampaknya kekayaan yang ingin dikumpul akan berterusan.


FAM dan KAFA seringkali menrencatkan keghairahan peminat. Hanya kerana kita Kelantan yang sentiasa ingin ditindas. Walaupun ditindas dan tertindas, penyokong tidak serik dan perit. Walaubagaimana mahal sekalipun penyokong sanggup membelinya.


KAFA dan FAM patutnya tahu jika harga tiket mahal di kaunter, mahal lagi di tangan ulat! Mengapa masih lagi ingin menyeksa kita, Kelantan? Tidak munasabah KAFA dan FAM tiak tahu.

Walapun bantahan dibuat, KAFA dan FAM tidak akan berganjak daripada kehendaknya. Siapalah kita untuk terus menyalak dan berkokok. Kita hanya semut Merah Kecil yang tidak punya apa-apa kuasa. Tapi, jika ada di kalangan kita yang sanggup melupakan keghairahan bersorak di stadium, aku yakin KAFA dan FAM akan garu kepala. TV1 dan Astro Arena sudah pasti akan menyiarkan siaran langsungg. Adakah kita sanggup hanya bersorak di depan TV? Sanggup? Yaa... aku tahu, tidak rama yang menyanggupinya. Kerana kita Kelantan yang akan terus menerus menyokong; walapun tiket semahal, setinggi harga tiket kapal terbang.

Walau apapun mudah-mudahan Kelantan akan berjaya membawa pulang PM ke bumi Kelantan. Sokongan peminat tidak akan berbelah bagi. ..hanya kerana kita Kelantan, kita akan terus menyokong.


Ini..
KAFA tahu tak 

Rabu, Oktober 27, 2010

Cerita Bola:Sebelum final

30 Oktober 2010, pentas akhir Piala Malaysia (PM) sekali lagi mempertemukan finalis musim lalu, Kelantan dan NS. Kemenangan 3-1 ke atas Kelantan musim lalu akan dipertahankan. Itu tekad NS. Kelantan pula tidak mahu kecewa lagi seperti tahun lalu di hadapan puluhan ribu penyokong setia. Menariknya juga dalam perlawanan ini adalah pertembungan dua pasukan dari kumpulan yang sama. NS juara kumpulan A, PM 2010 dan Kelantan naib juaranya. Menariknya juga perlawanan ini adalah mengenai Hai-O. 2009, Hai-O mewakili NS dan mencatat nama sebagai penjaring, menewaskan Halim Napi.

Sebelum final, Kelantan memulakan langkah sumbang apabila tumbang 1-0 kepada NS di SSM IV hasil "gabungan mantap" "dua Karim" - Idris Karim dan Yusuf Mat Karim. Selepas itu Kelantan menceriakan sedikit penyokongnya dengan menundukkan PKNS 1-0 di laman lawan. Kembali di laman sendiri (20 September) Kelantan kembali menyemarakan kemarahan penonton dengan keputusan seri 3-3 dengan KL Plus. Pusingan kedua Kelantan merentap kegembiraan NS, 2-2 di laman lawan. Kunjungan PKNS di Kota Bharu dimanfaatkan sepenuhya apabila wakil Selangor itu "disekeh" dengan 4-0. Misi menebus kehampaan dengan KL Plus tertunai dengan apabila wakil Kuala Lumpur itu pula dibelasah 4-0.

Menang tiga, seri dua dan tewas sekali meletakan Kelantan di tangga kedua kupulan A. Lantas Kelantan bersua dengan Selangor, juara kumpulan D untuk saingan suku akhir. Siapa menduga, siapa menyangka skuad K.Devan tumbang di kaki dan kepala skuad B.Satianathan dengan jaringan yang agak besar.

Rekod pertemuan Kelantan - Selangor (Liga Super) agak seimbang musim ini; seri 0-0 di KB dan 1-1 di Shah Alam. Perlawanan pertama suku akhir membawa pelbagai cerita. Pergaduhan penyokong kedua-dua pasukan di Shah Alam "menguntungkan" FAM apabila FAS & KAFA didenda. Susun atur penyokong di stadium yang tidak adil dikatakan pencetus pergaduhan, selain provokasi kedua-dua belah penyokong. Idlan dan P.Kunalan pula dilayan kad merah akibat bercakaran sesama sendiri.

Langkah seterusnya diatur untuk pertemuan dengan Sang Kenari pada peringkat separuh akhir. Harapan penyokong agar "Kenari tidak terbang bebas" tertunai jua. Seri di Alor Star, dan menang di KB cukup untuk Kelantan melangkah ke final 2010. Keupayaan Idlan menundukkan Helmi Eliza di SSM IV sekali lagi menjadi taruhan Kelantan untuk menundukkan Sani Kamsani, Sabtu ini. Musim lalu jaringan lewat Indra tidak sedikitpun menjadi ubat kekecewaan penyokong Kelantan. Kali ini harapan disandang sekali lagi pada semua pemain agar kita tidak terus dikecewakan.

Negeri Sembilan
Musim ini NS tewas dengan Selangor dalam perebutan Piala Sumbangsih. Kegembiraan terubat apabila berjaya membawa balik Piala FA setelah menewaskan Kedah (penentuan penalti) pada final. Kedudukan dalam liga tidaklah membanggakan. Walaupun tidak berada dalam kelompok lima terbaik, ia tidak menghalang NS untuk cemerlang dalam saingan kumpulan A, PM. Untuk rekod, musim ini NS tumpas kepada Kelantan (Liga Super) di Paroi dan juga KB. Peringkat PM, NS berjaya menundukkan Kelantan di KB tapi tidak berjaya mengulangi di Paroi apabila seri 2-2.

Pada peringkat separuh akhir pertama NS dikejutkan oleh Sang Lebah, Johor FC di laman sendiri. Kesilapan Sani Kamsani ketika ingin menyelamatkan bola di luar kotak penalti membawa padah. Jaringan tunggal Johor FC seakan membawa petanda pasukan kelab itu akan mengecapi nikmat perlawanan akhir. (Untuk rekod, Pasukan Bola Sepak Majlis Pembandaran Petaling Jaya, di bawah bimbingan Dollah Salleh pernah menjuarai PM). Perlawanan kedua di Johor, Shukur Adan membuka kembali ruang NS untuk ke final. Tandukan cantik Shukur cukup buat NS kembali bernafas. Minit-minit akhir, NS sekali lg "mencari makan" dengan sepakan penalti. Sharuain Abu Samah (pemain pertama menjaringkan gol final 2009) menyudahkan penalti tersebut untuk membawa NS ke pentas akhir. Nampaknya NS selesa dengan jaringan penalti dalam mana-mana perlawanan.


Secebis cerita di separuh akhir
Pertemuan dengan Kedah pada saingan separuh akhir ada beberapa cerita yang menarik juga untuk diperkatakan. 12 minit perlawanan tiga pertukaran. Ini kisah di Kedah. Azizi cedera, dinganti oleh Subra. Kemudian Subra pula terjatuh dan cedera, diganti pula oleh Daudsu. Shakir berlanggar dengan Badrul Baktiar di tengah padang; juga terpaksa dikeluarkan, Khairan Eroza dibawa masuk. Khabarnya Shakir menerima empat jahitan di dagu akibat perlanggaran itu. Semua pertukaran dalam masa 12 minit. Sepanjang 90 mini permainan, Kelantan tidak mempamerkan corak yang menarik. Hambar. Semuanya tidak menjadi. Adakah wujud unsur-unsur mistik, yang "mengawal" pergerakan pemain Kelantan? Mujurlah Apex cemerlang di gawang, kalau tidak tentu ditembusi oleh Kedah. Begitu juga dengan Kedah, lemah permainannya.


Di KB permainan bertenaga dipamerkan oleh pemain Kelantan. Asakan bertali arus, tapi kubu Kedah tetap kebal. Separuh masa kedua Idlan memecah kebuntuan menerusi sepakan sudut dan menewaskan Helmi. Di sebalik itu; terdengar daripada sahabat-sahabat yang berkunjung ke SSM IV mengenai satu peristiwa "aneh". Ada satu kain (macam kain good morning) yang dibawa oleh Helmi Eliza sewaktu memasuki padang. Kain itu diletakan di tepi gol. Nak dijadikan cerita, pada separuh masa kedua, Hashim Mustapha mengarahkan "budak bola" mengeluarkan kain tersebut dari padang. Tut tut...lepas kain itu dibuang, sepakan sudut yang dilakukan oleh Idlan terus menerjah gawang. Helmi pula terpinga-pinga dan kemudian macam tercari sesuatu di tepi gol (mungkin cari kainnya). Itu cerita daripada sahabatlah, aku sebenarnya tak berapa percaya sangat hal-hal macam ni. Sekali lagi aku tegaskan, aku tak berapa percaya sangat cerita-cerita begitu.


Masih lagi di KB; kali ini mengenai penyokong Kedah. Sebelum ini penyokong luar tidak berani bertandang di SSM IV. Tapi kali ini penyokong Kedah memecah tradisi. "Tuduhan" mengenai "kesamsengan" penyokong Kelantan di laman sendiri mahupun laman lawan tidak sedikitpun merungsingkan penyokong Kedah. Ini menunjukkan kita orang Kelantan tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak. Kesopanan kita terhadap penyokong Kedah juga kerana membalas jasa penyokong Kedah sewaktu penyokong Kelantan bertandang ke Alor Star. Apa-apa pun terima kasih penyokong Kedah keranai sudi datang ke stadium kami. Tidak seperti di Shah Alam, penyokong Selangor dikatakan memulakan provokasi dan sekali gus menyemarakan pertelingkahan. Di Alor Star rombongan Kelantan disambut dengan tangan terbuka. Ini juga mengikut kata sahabat-sahabat yang berkunjung ke Alor Star.


Ini pula mengenai Sathia "mangsa" jawatankuasa media FAM buta. Sathia digantung ekoran komennya mengenai pertukaran gelanggang perlawanan Terengganu - Perlis. Dan kesannya, Sathia tidak dapat bersama anak didiknya sewaktu separuh akhir kedua di KB. Sathia berhubung melalui walkie talkie dengan pembantunya (Hashim) dan pengurus (Azman) dari tempat duduk penonton. Begitulah ceritanya yang menghiasi skuad Kelantan ketika saingan separuh akhir.


Kisah lalu biarkan berlalu. Sabtu ini akan menyaksikan pertembungan hebat. Tapi ada yang hebat lagi mengenai KAFA dan FAM. Isu tiket!! Nantikan update dari ramboview.blogspot, sebelum final berlangsung.


Ini..
KAFA, FAM bunuh "angsa bertelur emas"

Selasa, Oktober 26, 2010

Cerita bola: Norshahrul Idlan wira Kelantan

KOTA BHARU – Naib juara Piala Malaysia musim lalu, Kelantan sekali lagi mengulangi pencapaian terbaiknya dalam tempoh 40 tahun apabila layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menyingkirkan Kedah dengan kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, malam tadi. 


Kejayaan membenam cabaran Kedah menerusi agregat 1-0 membolehkan Kelantan layak setelah pada perlawanan separuh akhir pertama di Alor Setar pada Rabu lalu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan. Kelantan akan bertemu juara bertahan musim lalu, Negeri Sembilan yang turut layak setelah mengalahkan Johor FC menerusi agregat 2-1. 


Musim lalu, Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia namun dikecewakan oleh Negeri Sembilan dengan kekalahan 3-1. Menariknya, perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini sekali lagi menyaksikan pertembungan ulangan seperti perlawanan akhir musim lalu apabila Kelantan bakal bertemu Negeri Sembilan pada 30 Oktober ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil. 


Beraksi di hadapan 25,000 penyokong setia Merah Putih, Kelantan mengukir impian bermakna layak ke perlawanan akhir menerusi jaringan cantik ‘inswinger’ penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha yang memerangkap penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias pada m-78. 




Turun tanpa sentuhan Ketua Jurulatih, B Sathianathan yang digantung selama enam bulan bermula semalam gara-gara mengeluarkan kenyataan terbuka mengkritik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jelas para pemain Kelantan tidak mudah tertekan dengan situasi yang melanda jurulatih mereka itu. 


Seawal minit kedua, Kelantan hampir berada di depan apabila larian Norshahrul Idlan Talaha berjaya mengelirukan dua pemain pertahanan Kedah namun rembatannya terkena tiang gol biarpun Mohd Helmi Eliza sudah pun tertewas. 


Selang dua minit kemudian, Norshahrul Idlan yang tidak dikawal sekali lagi turut mempunyai peluang terbuka menjaringkan gol tetapi rembatannya tersasar di atas palang pintu gol pasukan pelawat. 


Kedah kembali menemui rentak permainan selepas itu. Pada m-11, penyerang Mohamad Faizal Abu Bakar menemui sentuhan pertamanya apabila melakukan rembatan jarak jauh yang tersasar beberapa inci sahaja daripada pintu gol Kelantan. 


Norshahrul Idlan sekali lagi menjadi pemain yang banyak memberi masalah kepada barisan pertahanan Kedah dalam perlawanan malam tadi. Pada m-12, larian solo beliau dari sebelah kanan menyaksikan hantaran lintangnya dipersia-siakan apabila tidak ada rakan melakukan tindakan susulan biarpun pintu gol sudah ternganga. 


Pada m-17, Kelantan sekali lagi mempunyai peluang kali ini menerusi rembatan kencang Ketua Pasukan, Indra Putra Mahayuddin namun terbias pertahanan pasukan Kedah. 


Kedah yang menampilkan gandingan penyerang muda diketuai Baddrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zamri seakan tidak berupaya menembusi benteng pertahanan Kelantan yang bermain cukup cemerlang malam tadi. 


Dua percubaan terbaik pasukan pelawat hadir pada m-28 dan 31 menerusi Baddrol Bakhtiar yang melakukan percubaan jarak jauh tetapi mudah diselamatkan Khairul Fahmi dan tersasar dari pintu gol Kelantan. 


Sementara sepakan percuma Indra Putra pada m-39 yang ditepis keluar Mohd Helmi Eliza menutup tirai aksi berkesudahan tanpa jaringan pada separuh masa pertama. 


Babak kedua, aksi cemerlang pemain Kelantan kembali lesu seakan hilang punca berbanding dengan semangat juang pemain muda Sang Kenari itu yang kerap melakukan serangan balas. 


Hanya percubaan pemain gantian, S Chanturu pada m-64 mengembalikan semula keyakinan penyokong setia Kelantan setelah sepakannya nyaris-nyaris menghasilkan gol apabila Shahril Faizal Ahmad Sharifuddin tertolak ke gawang sendiri namun sempat ditepis keluar Mohd Helmi Eliza. 


Tempoh 20 minit terakhir menjadi petanda kebangkitan barisan pemain The Red Warriors dalam memburu tempat ke pentas perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini. Pada m-76, pemain gantian, Akmal Rizal Ahmad Rakhli gagal menyambar kemas hantaran lintang Chanturu dalam situasi didepan pintu gol Kedah. 


Selang dua minit, detik kejayaan malam tadi terukir apabila sepakan sudut ‘inswinger’ yang diambil oleh Norshahrul Idlan Talaha melencong masuk ke pintu gol Kedah mengelirukan Mohd Helmi Eliza yang tertumbuk bola ke dalam gawang sendiri. 


Sementara percubaan terakhir penyerang Kedah, Baddrol Bakhtiar pada m-88 yang terus ke dakapan Khairul Fahmi menutup episod kekecewaan Sang Kenari untuk layak ke perlawanan akhir manakala tiupan wisel pengadil Syed Azhar Syed Salim pada masa tambahan membolehkan puluhan ribu penyokong setia Kelantan meraikan kejayaan layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan) 24 Oktober 2010
******************************************************************
Ini juga..

Isnin, Oktober 25, 2010

Gesa penganjur minta maaf

Dari Sinar Harian (24 Oktober 2010)

SHAH ALAM - Pihak yang terlibat dalam penganjuran Festival Fesyen Islam (IFF) perlu memohon maaf kepada umat Islam dan mengisytiharkan kepada awam bahawa yang dianjurkan itu bukanlah ‘Islamik’. 

Gesaan tersebut dibuat oleh bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berdasarkan fesyen yang ditonjolkan dalam IFF dilihat sebagai satu penghinaan terhadap Islam. 

Menurutnya, penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini. 

“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat bersalah jika menyangka ‘Islamic Design’ dan ‘Islamic Fashion’ hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan berunsurkan Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum- hukum syarak. 

“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat,” katanya dipetik dari blognya http://drmaza.com. 

Di IFF, seorang model yang tidak menutup aurat telah memperagakan pakaian dengan tulisan ‘Mohammad’ secara terbalik dalam tulisan Arab pada bahagian dadanya antara yang menimbulkan kontroversi. 

Katanya, Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika tersendiri. 

“Ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia, apatah lagi Malaysia dianggap sebagai sebuah negara Islam yang penting,” katanya. 

Beliau turut mencadangkan kepada mereka yang berminat menganjurkan pertunjukan ‘Islamic fashion’ mewujudkan penasihat syariah terlebih dahulu. 

“Mereka boleh menjemput ilmuwan yang lebih terbuka dan fleksibel tetapi mengikut prinsip umum syarak,” katanya. 

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah mansor adalah penaung festival fesyen tersebut.

Ini..

Sabtu, Oktober 23, 2010

Ada yang tak kena?

Intro bicara dengar lagu daripada Ungu. Apa kaitannya dengan catatan kali ni?.

UNGU - Andai ku tahu

Tiga empat hari ini aku rasa semacam je. Penat sangat. Nak kata kerja berat takdepun. Kadang-kadang jantung ni macam litar lumba kuda; berdenyut laju. Berdebar-debar, takut. Fikiran buntu, celaru, keliru, runsing, serabut.. Kadang-kadang cepat sangat nak marah. Mungkin kerana penat semuanya bersarang dalam kepala. Mungkin juga kerana banyak sangat tidur, semuanya jadi tak kena. Makanpun macam takde selera.

Kadang-kadang badan ni cepat letih, lengoh-lengoh, tak bermaya.  Entahlah, semuanya tak kena. Mungkin ini petanda dari Pencipta agar kita selalu ingatkan Dia. Atau sudah tiba masanya aku akan ...

Kadang-kadang keseronokkan dunia menyebabkan kita lalai dan cuai.

Susah untuk aku luahkan bagaimana perasaan sekarang ni, semuanya tak menjadi. Hhah.. Ingin rasanya menjerit. Tapi itu bukan caranya untuk lepaskan tension. Kadang-kadang aku kerap bersukan; salah satu cara nak lepaskan tekanan. Walaupun tak berkesan sepenuhnya, tapi sekurang-kurangnya berkurang.

Facebook, Tagged, Blog.. semua ni alat untuk kita (lebih-lebih aku) untuk kurangkan stress; kononnyalah.

Kelmarin jalan-jalan sekitar taman (perumahan); terdetik nak ambil gambar (1) ni;

Gambar 1
Apa punya tabiat daa.., gambar macam ni pun nak ambil. Saje je, nak ingat pasal kematian. Takut? Jangan takut..semua akan mengalaminya. Cakap pasal mati, ada dua kematian dalam dua hari ni. Petang Khamis seorang anak kecil (mungkin juga bayi) meninggal di kampung aku. Perhatikan gambar (2) ni;

Gambar 2
Cuba tengok sebelah kanan gambar (2) tu; kubur lama digali "semula". Mungkin anak kecil yang meninggal tu anak si mati. Anak kecil tu disemadikan di atas pusara ibu/ bapanya. Aku pun tak pasti kubur asal tu milik si ibu atau si bapa. Dua gambar tu sebenarnya lokasi yang sama. Gambar pertama (1) kedudukannya sebelah kanan gambar kedua (2).

Selepas solat Jumaat semalam ada satu lagi kematian, di kampung seberang. Kali ni remaja. Terkorban dalam kemalangan. Tengok.. tak kira kecil atau remaja, kalau dah sampai ajalnya, akan kembali juga kepada Pemilik-Nya.
“Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. As Sajadah-11.
Jika ajal sekarang ni menjelma, sempatkah kita untuk bertaubat? Apa yang pasti hidup mesti diteruskan. Perjalanan hidup kita tidak akan terhenti sebelum tiba waktunya.

Ramli Sarip - Perjalanan hidup
Ok, jom tengok sekali lagi;
Gambar 3 (sebelah kiri gambar 2)
Tengok ini juga..

Rabu, Oktober 20, 2010

Cerita Bola: Debaran memuncak menanti Utara vs Timur

Jam 2045, 20 Oktober, pertembungan  Kelantan dan Kedah buat kali terakhir pada musim ini. Bermain di laman lawan bukanlah rekod bersih bagi Kelantan. Seri 0-0 dalam saingan Liga Super dan Piala FA seakan badi yang sukar dilepaskan. Namun malam ini nanti mungkin ada tuah memihak kepada wakil dari Timur.


Ada tiga perkara yang menariknya pada saingan ini. Pertama, penyokong; kedua, Hashim Mustapha; ketiga, Akmal Rizal. Kita tengok satu persatu.


Penyokong
Menyedari semangat luar biasa penyokong Kelantan Persatuan Bola Sepak Kedah dan PDRM telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini. Berita Harian melaporkan "..polis akan menentukan di mana penyokong Kelantan yang tiba di stadium diturunkan dan akan mengiringi memasuki stadium dengan pengawasan dan pemeriksaan ketat..". Begitulah betapa "perihatinnya" PDRM terhadap penyokong Kelantan.


Insiden kekecohan di Shah Alam pada 12 Oktober lepas menyebabkan PDRM bersiap-sedia dengan kemungkinan. Tindakan PDRM ini mungkin ada yang rasa kurang senang. Ini seolah-olah penyokong Kelantan adalah suspek yang perlu diberi perhatian serius. Tapi bagi aku ini juga satu tindakan yang baik. Sekurang-kurangnya PDRM dapat menghalang sebarang kekecohan yang mungkin terjadi. Tapi janganlah disalahkan penyokong Kelantan sepenuhnya.


Hashim Mustapha

Misi tebus kekalahan 1993 
http://www.sinarharian.com.my/imagesSH/8308112.jpg
Hashim Mustapha
KOTA BHARU - Pertemuan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia, Kedah menentang Kelantan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, seolah-olah ulangan pertemuan separuh akhir Piala Malaysia 17 tahun lalu, ketika Kedah menafikan kemaraan Kelantan dengan kemenangan tipis 3-2. 
Dua gol skuad Kelantan dijaringkan Hashim Mustapha dan Tuan Kamree Tuan Yahya. 
Sementara dalam aksi timbal balik di Kota Bharu, Kelantan kecundang 0-1, dan menyaksikan pengadil perlawanan ketika itu, Mohd Jamil Zakaria dari Perak, diserang seorang penyokong Kelantan gara-gara tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. 
Ketika itu skuad Kelantan di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, M Karathu menyenaraikan Wan Kamaruzaman Mohamad, Zahasmi Ismail, Aziz Mustapha, S Silvarajoo, Zami Mohd Nor, Mohd Zaidi Napiah, Tuan Kamree Tuan Yahya dan Hashim Mustapha dibantu pemain import Dimitri Kalkalnov, Micheal Anthony Roki dan perancang tengah Marco Kraljevic sebagai kesebelasan utamanya. 
Sementara skuad Kedah bimbingan Robert Rene Alberts membariskan kapten Mohd Radhi Mat Din, Ahmad Sobri Ismail, Lee Kin Hong, Mohd Feriza Ismail, Mohd Farouk Ismail, Lee Thean Ewe, Farizuan Che Hamid, S Thanasegar, Mohd Nidzam Adzha Yusuff disamping tenaga import Tibor Szaban, Olubunmi Adigun dan Peter Nieketien dari Nigeria. 
Namun, itu kisah lama. Malam esok, barisan pemain Kelantan di bawah kendalian B Sathianathan sekali lagi akan mengharungi puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning di Alor Setar. 
Bersandarkan keyakinan tinggi, skuad yang membariskan pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Muhd Badhri Radzi, dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli pasti mempunyai misi tertunda yang harus selesaikan di Alor Setar. 
Ada dendam yang tersimpan setelah Kedah berjaya menyingkirkan Kelantan dipusingan kedua kempen Piala FA musim ini angkara peraturan gol di tempat lawan. 
Sudah pasti situasi sama tidak mahu berulang lagi setelah hasrat mendakap piala tersebut dinafikan Sang Kenari. 
Berbekalkan semangat 1993, sudah pasti anak buah B Sathianathan tidak mahu berputih mata untuk memburu kejuaraan piala paling berprestij di negara ini. Hanya selangkah lagi untuk melangkah ke pentas akhir dengan syarat Kedah harus disingkirkan dalam perlawanan separuh akhir pertama malam esok.

Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan), 19 Oktober
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

Akmal Rizal Rakli
Pemain yang telah menemui rentak di penghujung musim. Walaupun pernah menyumbang beberapa gol pada saingan liga tetapi masih belum mampu mengembirakan penyokong. Namun prestasinya ketika bertemu Selangor tempoh hari telah meletakan Akmal sebagai hero di kalangan peminat. Dan malam ini penyokong berharap perkara yang sama. Walaupun menentang pasukan kelahirannya, Akmal mahu buktikan bahawa dia masih lagi berbisa. Akmal pernah "ditolak" oleh Kedah untuk menyertai pasukan kelahirannya. Oleh itu dia tidak teragak-agak untuk menyingkirkan Kedah dari saingan Piala Malaysia 2010. Di kesempatan ini juga Akmal tak sabar jumpa kawan lama. Kali ini biarkan rakan lamanya pula yang menadi seteru dalam pertembungan Utara vs Timur.

Walaupun Selangor mampu ditumpaskan 
Red Warriors tak dabik dada di atas kemenangan tersebut. 
Misi menebus kekecewaan kepada Kedah dalam Piala FA 2010 mesti diteruskan. Bekalan selesa mesi dibawa balik bersama. Kedah pula tidak mudah menyerah kalah. Seperti juga K.Deva, Ahmad Yusof yakin 
Hijau Kuning ada kelebihan. Bagi Sathia pula Kedah dan Kelantan mempunyai kekuatan seimbang.

Apa-apapun, selamat berjuang. Skuad Kelantan tidak bersendiri dalam mengharungi perjuangan ini kerana penyokong setia tetap bersama.



Link..
Red Warriors tak dabik dada        Hijau Kuning ada kelebihan        Kekuatan seimbang
Polis tingkat kawalan keselamatan di Darul Aman        Tak sabar jumpa kawan lama

Isnin, Oktober 18, 2010

Cerita Bola: Kafa kesan penjualan tiket palsu masih berleluasa

Cerita bola takkan habis sehinggalah Piala Malaysia berakhir 30 Oktober ini. Dalam pada itu sesuatu telah berlaku di Stadium Sultan Muhammed IV, Jumaat lepas; tiket palsu dan limpahan penonton. Sama ada KAFA tahu atau tidak mengenai dua perkara ini ia tidak menghalang ulat tiket untuk terus mengaut keuntungan atas angin.
*******************************************************************

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengesan kegiatan penjualan tiket palsu masih lagi berleluasa ketika perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia, Kelantan menentang Selangor di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu pada Jumaat lalu. 

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, kegiatan itu dikesan setelah petugas bahagian tiket di pintu masuk stadium melakukan pemeriksaan sebaik sahaja perlawanan tersebut tamat. 

“Kita tidak mempunyai angka yang tepat dari segi rampasan tersebut, namun yang pastinya ianya dalam kuantiti yang banyak. 

“Mengambil iktibar daripada perkara ini, kita akan menambahkan jumlah petugas di setiap pintu masuk daripada 12 kepada 15 orang yang terdiri daripada anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Polis Diraja Malaysia (PDRM), petugas Kafa serta perbadanan stadium sendiri sebagai persediaan perlawanan separuh akhir kedua Sabtu ini. 

“Kawalan ketat tetap diadakan dan sekiranya terdapat tiket palsu yang dikesan pada pintu masuk itu juga, penyokong tidak dibenarkan masuk,” katanya ketika sidang akhbar di Kota Bharu, semalam. 

Annuar berkata, Kafa juga akan mengadakan satu sesi pemeriksaan kaunter bagi mengesan berapa jumlah tiket yang dijual serta berapa jumlah penyokong yang memasuki stadium. 

“Ini bagi mengelakkan berlakunya limpahan penyokong yang memasuki stadium berbanding dengan kapasiti sebenar stadium ini. Kita tidak mahu situasi limpahan penyokong berlaku di Kota Bharu kali ini. 

“Kita juga tidak menggalakkan kanak-kanak hadir ke stadium. Tetapi itu tidak bermaksud kita menghalang mereka untuk datang. Mereka yang datang bersama penjaga masing-masing perlu membeli pas yang berharga RM5 bagi membolehkan mereka memasuki stadium. 

“Begitu juga dengan golongan orang kurang upaya (OKU) yang hendak datang ke stadium, mereka perlu memaklumkan kepada Kafa,” katanya.



Dari Sinar Harian (Edisi Kelantan)
Ini:
KAFA berjanji banteras ulat tiket palsu
****************************************************************************
Ini juga dari Sinar Harian (Edisi Kelantan):

Stadium bakal berubah wajah 

KOTA BHARU – Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu akan berubah wajah pada tahun hadapan apabila dilengkapi dengan papan keputusan elektronik yang baru menggantikan papan keputusan sedia ada sekarang. 

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, dianggarkan lebih RM1 juta diperlukan bagi memasang papan keputusan elektronik di stadium itu bagi menggantikan papan keputusan lama yang usang dan jauh ketinggalan zaman. 

“Peruntukan lebih RM1 juta itu diluluskan oleh Kerajaan Pusat melalui Kerajaan Negeri. Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menguruskan soal tender dalam masa terdekat. 

“Kerja-kerja pemasangan papan keputusan elektronik baru itu dijangka akan dimulakan pada Disember ini. Kita berharap ianya dapat digunakan bermula liga musim depan," katanya ketika sidang akhbar, semalam. 

Annuar berkata, Kafa turut mempunyai cadangan penambahbaikan antaranya berharap Kerajaan Negeri dapat mengkaji kemungkinan membina satu teres bertingkat di bahagian tempat duduk astaka dan tempat duduk terbuka berhadapan astaka. 

“Tidak perlu peruntukkan yang besar bagi tujuan itu. Tidak perlu berpuluh-puluh juta, memadai sekitar lima hingga enam juta sahaja. Jumlah kerusi boleh ditambah sekitar RM10,000, saya fikir itu tidak ada apa-apa masalah. 

“Saya yakin Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk melaksanakannya. Harap Kerajaan Negeri dapat mempertimbangkan kerana Kerajaan Pusat tidak boleh buat sebab stadium ini adalah milik Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) di bawah Kerajaan Negeri," katanya. 

Menurutnya, Kafa sedia menilai satu opsyen untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri berkaitan pengambilalihan pengurusan stadium tersebut. 

“Oleh kerana sekarang kita membayar kepada kerajaan negeri mungkin sudah melebihi setengah juta, Kafa ingin membuat tawaran untuk menguruskan Stadium Sultan Muhammed Ke-IV pada musim akan datang. 

“Sekiranya Kerajaan Negeri tidak ada keupayaan melakukan penambahbaikan, maka Kafa bersedia mengambil satu opsyen untuk menguruskan stadium termasuk menambah kapasiti tempat duduk, termasuk mengadakan kemudahan-kemudahan yang wajib seperti bilik persalinan, lampu limpah berdasarkan peraturan FAM untuk pasukan yang bertanding musim depan. 

“Kemudahan di stadium kita masih banyak tidak memenuhi kriteria ditetapkan dan kita berharap ianya selesai menjelang Disember ini. Untuk itu, kita menawarkan opsyen kepada Kerajaan Negeri melakukan penambahbaikan dengan kita terus kekal membayar levi kepada mereka dan alternatif kedua, Kafa menguruskan stadium dengan melakukan penambahbaikan sendiri,” katanya.