Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Januari 08, 2010

Hanya RM303,570, bukan RM28j







ENJIN General Electric J85 pesawat F-5E. Gambar kecil, Jet F-5E TUDM.




PUTRAJAYA - Nilai sebenar sebuah enjin pesawat F5-E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk afterburner ialah RM303,570 dan bukannya RM28 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Ia berdasarkan kontrak pembelian pada tahun 1972 dengan mengambil kira nilai tukaran matawang negara pada masa itu.
Afterburner bermaksud komponen tambahan dalam jet pejuang supersonik untuk tujuan berlepas.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bagi pesawat yang mempunyai dua enjin pula, nilai sebenar adalah antara RM3.895 juta hingga RM28.047 juta.

"Bagaimanapun, ia bergantung kepada kecanggihan peralatan pada ketika itu.
"Kontrak pembelian Foreign Military Sales dalam siri MF-D-SAV telah dibuat pada tahun 1972.

"Harga sebuah enjin ketika itu termasuk afterburner bernilai AS$121,428 dan kadar pertukaran mata wang Malaysia ketika itu ialah RM303,570," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo! 08/10/10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..