Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 16, 2010

Mustapa patut sokong tuntut royalti minyak

Muhammad Yusri Amin   
KOTA BHARU, 16 Jan: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya menyokong usaha kerajaan negeri untuk mendapatkan royalti minyak atas dasar sebagai rakyat Kelantan, kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. “Sepatutnya menteri berkenaan turut bersama menyokong atas dasar semangat sebagai rakyat Kelantan, membantu untuk mendapatkan royalti tersebut, bukan untuk menafikan,” katanya kepada media pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Pasti 2009 Peringkat Negeri Kelantan di sebuah hotel di sini.

Pada hematnya, rakyat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan menteri itu kerana hak yang disebut selama ini antara Petronas dengan kerajaan negeri adalah jelas bahawa royalti minyak hak negeri.

"Sepatutnya mereka bersama-sama berusaha, tanpa menafikannya. Berusaha melalui pengaruh sebagai menteri di peringkat Pusat, sebagaimana Ku Li (Tengku Razaleigh) sendiri sanggup untuk berdiri dan sanggup untuk membuat kenyataan demi kebaikan rakyat Kelantan,” katanya.

Mengikut laporan media, Mustapa berkata Kerajaan Pusat menolak tuntutan royalti oleh kerajaan Kelantan dengan alasan bahawa minyak yang diperolehi adalah di luar kawasan perairan negeri ini.

Ahmad turut menyokong gesaan PAS Pusat supaya Umno memperjelaskan sumber peruntukan bagi membiayai pelancaran program Juara Rakyat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini termasuk peruntukan berjumlah RM15.6 juta bagi membaiki pangsapuri.

Beliau berkata, sekiranya Umno hendak menjadi juara atas nama Umno, Umno mesti mengguna wang Umno dan tidak menggunakan wang negara.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24288:mustapa-patut-sokong-tuntut-royalti-minyak&catid=1:utama&Itemid=50

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..