Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, November 17, 2009

Cerita Bola: Apalah Nasib

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima satu lagi "anugerah" daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Anugerah berbentuk denda itu diterjemahkan dalam nilai RM50,000. KAFA didenda kerana kekacauan yang ditimbulkan oleh penyokong setianya pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 7 November 2009. Penyokong Kelantan yang melebihi 60,000 orang pada malam tersebut menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil mangsa selepas Kelantan tewas kepada Negeri Sembilan, 3-1. Ekoran kejadian itu penyokong Kelantan sekali lagi "dicop" sebagai "holigen" Malaysia. Pelbagai pihak menyalahkan penyokong yang dikatakan tidak bertamadun Namun, tidak siapa pernah cuba "memahami" mengapa kejadian itu berlaku.


Kini semakin bertambahlah koleksi label negatif yang diberikan kepada penyokong Kelantan. Sebagai rakyat Kelantan, kadang-kala terasa juga dengan label yang diberikan, namun apakan daya itulah realitinya. Tetapi terfikirkah anda semua bahawa ini bukan menggambarkan keseluruhan rakyat Kelantan bersifat demikian.Satu lagi persoalan terfikirkah kita sebab musabab perkara ini terjadi? Kini tumpuan kita hanya kepada kebiadaban penyokong. Tumpuan ke arah kekalahan Kelantan dilenyapkan.


Pengorbanan peminat Kelantan adalah yang terbaik tahun ini. Sehari sebelum perlawanan akhir hujan turun tanpa henti. Perjalanan ke Kuala Lumpur sudah pasti merbahaya. Namun demi permain dan maruah bola sepak penyokong gagahkan juga untuk ke sana. Anak dan isteri ada yg ditinggalan untuk seketika. Begitu juga yang bekerja. Bagi kakitangan kerajaan tidak menjadi masalah kerana Sabtu adalah adalah cuti am di Kelantan, tambahan pula kerajaan negeri mengisytiharkan Ahad adalah cuti peristiwa. Cuti khas diberi tanda sokongan kerajaan negeri. Ini juga untuk keselamatan peminat yang bertandang ke Kuala lumpur. Andai kata Ahad itu adalah hari bekerja sudah pasti perjalanan pulang dari Kuala Lumpur - Kelantan mengundang bahaya.


Wang ringgit usah diperkatakan. Sudah pasti beratus-ratus wang dihabiskan semata-mata untuk menonton perlawanan tersebut. Apa yang lebih menarik, stadium Bukit Jalil dipenuhi peminat yang ingin mendapatkan tiket. Beratur panjang tidak melemahkan semangat. Tiket buka mudah nak dapat. Berebut-rebut seperti perlarian yang ingin mendapatkan bantuan kemanusiaan.


Namun akhirnya, kecewa yang datang. Permainan yang menarik diharapkan rupa-rupanya tidak ubah seperti pelajar sekolah yang baru mendapat bola. Seperti sukaneka tahunan. Musnah impian. Kekalahan bukan faktor utama merusuh, tetapi corak permainan itu adalah puncanya. Akhirya, penyokong yang menderita. Pemain tidak mengapa, gaji dibayar, modal tidak perlu dikeluarkan. Tetapi bagi penyokong, impian tinggal impian. Tiket yang dibeli tidak berbaloi sama sekali.


Dan kini, penyokong yang menerima impak. Inilah nasib penyokong. Kalah perlawanan, duit habis, impian musnah. Apalah nasib..

Ahad, November 08, 2009

Bola Bola Bola..

Tahun 2009 bagi aku tahun yang kelam hampir malam. Banyak perkara yang tidak mengembirakan. Bermula dari penghujung tahun 2008 sehinggalah sekarang aku rasa kecewa atas beberapa perkara. Tetapi aku taknak cerita kecewa yang lain kecuali kecewa dengan Piala Malaysia.


Aku bukan pemain mahupun pengurus pasukan tetapi aku peminat pasukan Kelantan. Pada awal saingan Kelantan yang diberi jolokan The Red Warriors (Wira / Pahlawan Merah) gah di arena bola sepak Malaysia. Walaupun perlawanan pertama "dicemari" oleh sikap FAM yang memberi mata percuma kepada KL Plus; Hujan yang lebat di Kota Bharu menyebabkan perlawanan terpaksa dibatalkan. Lebih malang lagi KAFA didakwa tidak bersedia untuk menjadi tuan rumah pada perlawanan tersebut kerana masalah padang. FAM sepatutnya tahu keadaan padang becak bukan salah KAFA. Semua itu tidak mematahkan semangat Panglima Merah untuk memberi saingan dalam siri perlawanan seterusnya.





Di pertengahan musim satu lagi musibah menimpa Wira Merah. FAM melarang perlawanan diadakan di Kota Bharu setelah berlaku rusuhan di luar stadium pada 7 April 2009 sejurus selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan pada peringkat separuh akhir pertama Piala FA. Pada perlawanan tersebut penyokong tidak berpuas hati terhadap pengadil yang dilihat kononnya berat sebelah. Ditambah pula pemain kesayangan, Halim Napi, bertindak di luar batasan dengan menyerang pemain Negeri Sembilan setelah tamat perlawanan. Kelantan ditumpaskan. Sebelum perlawanan tersebut Negeri Sembilan pernah berkunjung ke Kota Bharu dalam saingan Liga Super. Pada perlawanan ini Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Kelantan. 7 April detik hitam bagi sejarah bola sepak Kelantan dan juga Malaysia. Dua kali dalam tempoh seminggu Sang Kijang ditanduk Sang Rusa. Penyokong mula bertindak liar. Halim Napi pula digantung serta-merta.


Perlawanan separuh akhir kedua menjadi saat manis buat peminat Kelantan apabila Kijang dapat menanduk rusa untuk mencatat kemenangan 2-1 sekali gus melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala FA 2009. Selangor menjadi seteru pada peringkat ini. Dalam tempoh 90 minit permainan kedua-dua pasukan bermain dengan skill yang tersendiri. Walaupun aku tidak berada di stadium pada waktu ini aku dapat rasakan debarannya. Namun Kijang akhinya tunduk jua kepada Selangor menerusi penentuan penalti. Tambahan pula Halim Napi yang digantung perlawanan selama tiga bulan, tidak beraksi pada malam itu. Aku dapat melihat bagaimana begitu kecewanya pemain dan penyokong. 39 tahun penantian untuk mengecapi piala telah hampa.


Selepas kekecewaan dalam Piala FA Kelantan terus lesu. Perlawanan yang diadakan di luar Kelantan iaitu di Stadium Nasional Bukit Jalil dikatakan penyebab kepada kejatuhan Kelantan. Setelah dikritik, diteliti dan sebagainya, FAM akhirnya menarik balik larangan, dan Kelantan dapat beraksi semula di Stdium Sultan Muhammad iv, stadium keramat Kelantan. Mata percuma yang diberikan kepada KL Plus juga ditarik balik dan perlawanan diadakan semula. Walaupun mencatat keputusan yang membanggakan Kelantan tidak mampu untuk menyaingi pasukan lain dan akhirnya menghuni tangga ke enam liga.


Dalam saingan Piala Malaysia Kelantan menjadi pilihan untuk mara ke peringkat akhir dan sekali gus membawa pulang piala bola sepak tertua Asia ke Kota Bharu. Pada 7 November menjadi detik manis dan hitam Kelantan. Layak ke peringkat akhir menjadi detik manis, tetapi tewas dan menjadi detik hitam. Penyokong yang telah lama menanti untuk memeluk Piala Malaysia terpaksa melupakan hasrat kerana Negeri Sembilan lebih berhak setelah menewaskan Kijang dengan jaringan 3-1. Negeri Sembilan musuh utama 2009 berjaya menyekat kemaraan Kelantan.


Perlawanan terburuk Kelantan adalah pada malam tersebut. Separuh masa pertama tertinggal 1-0 belum lagi menjadi mimpi buruk. Memasuki separuh masa kedua Kelantan terus tertinggal sehinggga 3-0. Penyokong mula bertindak liar. Kerusi dibakar. Mercun dilempar. Botol air berterbangan. Walaupun jaringan lewat Indra Putra berjaya dihasilkan ia tidak mampu mengembirakan ribuan penyokong. Stadium mulai lengan setelah ketinggalan 3-0. Apa yang dilihat di kaca televisyen rasanya sama sekali tidak sama dengan yang dilihat secara realiti. Kekecewaan terus menerus melanda. Halim Napi yang beraksi cemerlang pada peringkat awal Piala Malaysia tidak dapat membendung kegagahan Negeri Sembilan. Apa yang aku lihat jaringan tersebut berpunca daripada kesilapan pertahanan.

Kelantan terus kecundang. Aku yang tidak terlibat secara lansung dalam peristiwa tersebut juga merasakan terkilan yang amat. Rezeki bukan milik kita. Apa yang pasti ini adalah salah satu yang membuat aku kecewa pada tahun 2009.