Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Januari 16, 2010

Kerajaan Kelantan buat silap – Nik Aziz

Oleh AZRAN FITRI RAHIM dan RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU 15 Jan. – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru. Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.'' "Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli".

“Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini".

Pengakuan itu mencetuskan polemik baru dalam politik dan kerajaan negeri Kelantan selepas krisis dalaman PMBK yang diterajui menantunya, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.

Semalam sebuah laman blog, Kikcdefella yang dimiliki bekas Pegawai Perhubungan Awam PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan kerajaan negeri terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50 juta.

Ia disebabkan kerajaan negeri terpaksa menebus kembali aras bawah bangunan Bazar Tok Guru dengan membayar RM23 juta semata-mata untuk menjaga air muka Nik Abdul Aziz selepas beliau berjanji bagi memberikan aras tersebut kepada para peniaga dari kedua-dua pasar lama itu.

Menurut blog tersebut, kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian RM30 juta kerana kehilangan tanah seluas 3.36 hektar untuk pembinaan bangunan berkenaan sedangkan jumlah sebenar tapak bazar itu hanya 0.6 hektar.

Ketika menjelang pilihan raya umum lalu, Menteri Besar dikatakan berjanji untuk memberikan aras bawah bangunan berkenaan kepada peniaga di Arked Uda dan Bazar MPKB kerana projek yang bakal dimajukan PMBK tidak berorientasikan keuntungan.

Pada 13 Disember lalu, Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked MPKB mendesak PMBK memenuhi janji Nik Abdul Aziz kepada mereka berhubung dengan penempatan di premis yang baru.

Desakan itu dibuat selepas mereka hanya diberikan ruang berniaga di tingkat satu dengan harga RM80,000 sehingga RM90,000 seunit selepas projek berkenaan diambil alih syarikat swasta berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya jumlah sebenar yang harus dibayar oleh kerajaan negeri kepada syarikat terbabit, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata:

“Masih lagi dalam rundingan saya ingat. Terserahlah kepada jawatankuasa yang dilantik dan diketuai oleh timbalan saya (Datuk Ahmad Yakob).

“Kita akan menunaikan janji asal kepada para peniaga untuk mendapat premis di aras bawah,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..