Zulkifli Sulong |
KUALA LUMPUR, 26 Jan: Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) memberitahu, kehilangan dua enjit jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 2007 telah dirancang dengan rapi tetapi tidak membabitkan pegawai atasan. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, tidak berlaku sebarang penyelewengan di peringkat tertinggi TUDM. Ekoran itu, beliau mengesahkan, perletakan pegawai kanan TUDM berpangkat Brigedier Jeneral sebelum ini sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris tidak ada kaitan dengan kes ini. "Kami sedar ada semacam persepsi bahawa pegawai kanan tentera terlibat tetapi sebenarnya tidak," katanya dalam sidang media hari ini. Beliau bagimanapun mengesahkan, ia berlaku secara terancang dan rapi. Hadir sama dalam sidang media itu adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah dan Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud. Ini adalah pertemuan kedua PAC dengan kementerian dan TUDM. Azmi juga berkata, harga enjin jet ini bukannya RM50 juta sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini tetapi sekitar RM400,000 sahaja setiap satu. Tidak puas hati Sementara itu, salah seorang anggota PAC, Datuk Kamarudin Jaffar dari PAS ketika dihubungi berkata, beliau sendiri tidak berpuashati dengan keputusan penyiasatan ini kerana tidak banyak yang diperolehi dan masih banyak yang menjadi tandatanya. "Bagaimanapun, pihak tentera telah berjanji untuk mempertingkatkan sistem penyimpanan alatan tentera mereka yang bagi saya amat strategik ini dan perlukan pegawai dan kakitangan yang tinggi disiplinnya," kata Kamarudin. PAC mempunyai 11 anggota iaitu enam BN dan lima Pakatan Rakyat. Pengerusinya adalah Azmi manakala timbalannya adalah Tan Seng Giaw anggota Parlimen Kepong dari DAP. Menurut Kamarudin juga, pihak tentera memberitahu mereka, lebih dari seorang yang terlibat dari kalangan tentera namun Peguam Negara hanya mendakwa seorang sahaja iaitu seorang sarjan. Sebelum ini, Sarjan TUDM N. Tharmendran dan pengarah syarikat, Rajandran Prasad telah didakwa ekoran kehilangan dua enjin jet ini. Menurut Azmi Khalid, PAC dimaklumkan, senarai dua jet ini hilang dalam stor inventori TUDM Sungai Besi selepas dihantar dari Pulau Pinang ke situ. Ia berlaku pada tahun 2007 tetapi hanya disedari kehiloangan itu setahun kemudian iaitu pada tahun 2008. Malaysia membeli 14 jet F-5E pada tahun 1974 dan dilucutkan pentauliahannya pada tahun 1999. Namun enam darinya digunakan semula pada tahun 2003 sebagai pesawat latihan dan peninjau .http://www.harakahdaily.net (27 Jan. 2010) |
Ini pandanganku. Adakalanya apa yang terpendam di hati tidak terucap dengan kata-kata. Adakalanya yang terucap dengan kata-kata tidak sama dengan yang terbuku di hati. Dan adakalanya apa yang di hati itulah yang dikata. Melalui alam siber ini akan aku jadikan ini sebagai wadah untuk aku sampaikan apa yang tersimpan, terbuku dan terpendam dalam diri.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..
Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com
Rabu, Januari 27, 2010
Tiada pegawai kanan terlibat, namun ia dirancang rapi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..