Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Januari 13, 2010

Siasat sebelum tangkap

Sinar Harian, 13 Januari 2010


PUTRAJAYA - Polis perlu membuat siasatan lanjut mengenai serangan terhadap beberapa gereja baru-baru ini sebelum melakukan sebarang tangkapan untuk memastikan mereka yang diberkas benar-benar melakukan perbuatan itu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, polis juga perlu melihat senario lebih besar iaitu sama ada semua serangan itu adalah satu perbuatan konspirasi pihak-pihak yang mempunyai agenda tertentu ataupun adalah serangan secara berasingan.

“Daripada apa yang berlaku, nampaknya begitulah (kes berasingan). Adalah sesuatu yang membimbangkan sekiranya ia adalah tindakan yang dikoordinasi oleh kumpulan-kumpulan tapi kalau kes-kes ini kes berasingan, insya-Allah ia dapat dibendung,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan dan perutusan tahun baru kementerian, di sini, semalam.

Kelmarin, beliau dilaporkan berkata, pihak polis sudah mempunyai petunjuk atau maklumat untuk mengenal pasti suspek tertentu yang bertanggungjawab terhadap kes serangan di Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati namun ia tidak boleh didedahkan kerana akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Hishammuddin berkata, sehingga pagi semalam tiada kejadian baru sera- ngan rumah ibadat dikesan, namun pemantauan akan diteruskan.

Ditanya mengenai cadangan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, mengenai pembentukan Majlis Perundingan Keharmonian Nasional untuk membincangkan hal-hal sensitif antara agama, Hishammuddin berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Chandra.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang turut hadir, meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai serangan itu agar tampil ke mana-mana balai polis untuk memberikan kenyataan.

“Setakat ini dalam Facebook, dalam blog, memang ada, tapi kita kena pastikan betul-betul.

“Kita perlu berhati-hati dengan maklumat ini (kerana) kita mahu memberkas orang yang betul-betul terlibat,” katanya. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..