Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Khamis, Oktober 28, 2010

Cerita Bola: ...hanya kerana kita Kelantan

Tempat duduk biasa RM30, grand stand RM50, kanak-kanak RM5. Itu ketetapan FAM. KAFA pula terus memeras penyokong tanpa belas ehsan. Belumpun reda kerunsingan penyokong pada suku akhir yang baru berlalu, KAFA sekali lagi membuat kejutan dengan menaikan harga tiket lebih tinggi berbanding FAM. RM30 + RM10 (cendera hati @ bendera Kelantan). Itu bagi harga tempat duduk biasa. Grand stand tak taulah berapa. Ok, sebelum kita bincang pasal tiket ada baiknya kita tengok perkara lain dulu.

Suratan atau kebetulan, sengaja atau tidak, apa sahaja yang berkaitan dengan Kelantan sudah pasti menimbulkan polimik dan prepestif yang mengewakan orang Kelantan. Sesetengah media tempatan sama ada elotronik mahupun cetak, seringkali menggambarkan Kelantan dengan buadaya negatif. Lihat saja laporan dalam mana-mana media pasti ada kritikan pada Kelantan, khususnya penyokong.


2009 tahun kebangkitan bola sepak Kelantan. Rusuhan April 2009, ketika Kelantan menerima kunjungan NS seakan petanda awal Kelantan akan terus dihimpit. Kerana tidak berpuas hati dengan pengadil, penyokong merusuh. Trak polis dibakar. Pergaduhan pula tercetus. Itu gara-gara tidak berpuas hati dengan pengadil. Dalam kes ini memang aku menyalahkan penyokong. Tindakan penyokong yang tidak boleh menerima kekalahan dan keputusan pengadil.


Sejak peristiwa April 2009 sesetengah media terus memandang serong terhadap penyokng Kelantan. Mungkin "orang luar" tidak perasan, tapi bagi penyokong Kelantan rata-ratanya mengiakan situasi ini. Situasi ini seolah-olah mengambarkan HANYA orang Kelantan yang tidak bertindak liar dalam memebri sokongan kepada pasukan.


2009, pentas akhir Piala Malaysia di antara Kelantan - NS adalh kemuncak "keghairahan" sesetengah media untuk terus mengutuk Kelantan. Sekali lagi ditekankan, MENGUTUK, bukannya mengkritik. Tindakan liar sebilangan besar penyokong Kelantan kerana tidak berpuas hati dengan corak permainan pasukan kesayangan membawa padah. Akhirnya KAFA didenda kerana gelagat penyokong yang bertindak liar. Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap penyokong Kelantan adalah "tidak bertamadun", tiada semangat kesukanan", "holigen" dan macam-macam lagi.


Sebelum itu, separuh kedua Perlis - Kelantan ada juga ceritanya. Kereta, bas dan kenderaan penyokong Kelantan dirosakan. Ini berlaku di Perlis. Bas dibaling dengan batu dan kayu. Namun tiada apa-apa tindakan yang dilakukan oleh FAM mahupun "pihak berwajib" untuk mengheret pesalah dan pelaku ke muka pengadilan. Ini juga tiada laporan media yang menyeluruh.


2009, Puncak Piala Emas Raja-raja di antara Kedah - Perlis ada ceritanya. Pentas akhir yang diadakan di salah sebuah venue pasukan terbabit dicemari oleh gelagat penyokong kedua-dua pasukan. Malah ada penyokong yang bertindak memasuki padang keran tidak berpuas hati engan pengadil. Kerosakan juga dilaporkan terjadi. Namun, dalam hal ini liputan media tidaklah "meriah" seperti laporan mengenai rusuhan di KB dan Bukit Jalil yang dilakukan oleh penyokong Kelantan.


Liputan media terhadap Kelantan biasanya tidak meluas. Liputan akan meluas akan bersepah jika ada keganasan yang berlaku. Tetapi mujurlah sokongan penyokong Kelantan terhadap pasukan emnjadi azimat. Sokongan padu sejak awal musim seakan "memaksa" wartawan-wartawan untuk terus mengikuti perkembangan pasukan dan penyokong kelantan. Kemeriah dan kesungguhan penyokong menjadi topik, menjadi modal, menjadi alat untuk media terus memeperkatakan mengenai Kelantan.


Suku akhir pertama di antara Selangor - Kelantan juga ada ceritanya. Pergaduhan kedua-dua penyokong mencetus kembali kemeriahan laporan media terhadap Kelantan. Masing-masing mendakwa mereka yang benar. Lihat ini;

Perhatikan video di atas. Ini salah satu visual dari salah satu sudut. Ada banyak lagi visual dan sudut yang boleh kita dapati di laman-laman sosial.


FAM
Itu cerita pasal media. Ini pula pasal FAM, badan "induk" bola sepak Malaysia. Suratan atau kebetulan, apa sahaja yang melibatkan Kelantan pasti FAM akan bertindak tegas. Peristiwa gelagat penyokong Perlis pada tahun lalu (separuh akhir kedua PM- di Kangar) tidak berbekas di FAM. Puncak Piala Emas Raja-raja di antara Perlis -Kedah yang mencetuskan gelagat liar penyokong tidak mendapat perhatian FAM. Adakah Puncak Piala Emas Raja-raja bukan di bawah naungan FAM? Final PM 2009, KAFA didenda kerana gelagat liat penyokong Kelantan. Umum mengetahui pada final PM adalah FAM yang menjadi tuan rumah, jadi mengapa KAFA yang dipersalahkan? April 2009, perlawanan Kelantan - NS, Kelantan didenda dan dihukum. Ini kerana huru hara yang dicetuskan oelh penyokong Kelantan yang seakan hidup pada zaman batu. KAFA didenda kerana KAFA Kelantan tuan rumah pada perlawanan tersebut. Bagaimana pula dengan PM?


Terbaru sebelum final, sekali lagi FAM bertindak "pantas" menghukum Sathianathan. Gara-gara memberi komen perlawanan di antara Terenganu - Perlis (mengenai pertukaran venue) Sathia digantung enam bulan. Dan "hasilnya" pada separun akhir kedua PM (menentang Kedah), FAM berjaya menghalang Sathia daripada bersama-sama skuad Kelantan duduk bersama. Nyata Sathia bagaikan mangsa FAM.


Final 2010, menjadi lebih manis buat FAM kerana akan menagaut keuntungan berlipat ganda. Hara tiket dinaikan tanpa memikirkan nasib penyokong. Grand Stand RM50, biasa RM30 dan kanak-kanak RM5. Alasan yang kononnya rasional (untuk naikan harga) adalah untuk menaikan nilai prestij PM. Hhah..apa punya alasan, apa punya rasional. Sebelum ini tiket berharga RM20. Ini bermakna, tahun-tahun yang lalu PM tiada nila prestijnya, atau nilainya terlalu rendah. Ukuran prestij dinilai melalui tinggi atau rendah harga tiket. Aku tertarik dengan artikel saudara Ahmad Khawari, Presiden Penulis-penulis Sukan, yang berjudul FAM 'bunuh angsa bertelur emas'? Kroni puas?

Menurut Ahmad Khawari strategi FAM itu bagaikan strategi perniagaan lapuk. Ketetapan FAM itu juga memungkinkan stadium akan kembali kosong. Hanya kerana kita Kelantan, FAM sanggup memperlakukan kita sedemikian.


KAFA
Telah aku nyatakan dulu, KAFA seakan tidak menghargai peminat. Mengapa sanggup menaikan harga tiket. FAM jual tiket RM30, KAFA pula jual RM40. Dijual secara pakej. Apalah sangat pakej tu? Setiap kali permainan penyokong tidak pernah membiarkan pemain keseorangan. Di laman lawan sekalipun penyokong tetap memebri sokongan, apatah lagi di laman sendiri. Nampaknya kekayaan yang ingin dikumpul akan berterusan.


FAM dan KAFA seringkali menrencatkan keghairahan peminat. Hanya kerana kita Kelantan yang sentiasa ingin ditindas. Walaupun ditindas dan tertindas, penyokong tidak serik dan perit. Walaubagaimana mahal sekalipun penyokong sanggup membelinya.


KAFA dan FAM patutnya tahu jika harga tiket mahal di kaunter, mahal lagi di tangan ulat! Mengapa masih lagi ingin menyeksa kita, Kelantan? Tidak munasabah KAFA dan FAM tiak tahu.

Walapun bantahan dibuat, KAFA dan FAM tidak akan berganjak daripada kehendaknya. Siapalah kita untuk terus menyalak dan berkokok. Kita hanya semut Merah Kecil yang tidak punya apa-apa kuasa. Tapi, jika ada di kalangan kita yang sanggup melupakan keghairahan bersorak di stadium, aku yakin KAFA dan FAM akan garu kepala. TV1 dan Astro Arena sudah pasti akan menyiarkan siaran langsungg. Adakah kita sanggup hanya bersorak di depan TV? Sanggup? Yaa... aku tahu, tidak rama yang menyanggupinya. Kerana kita Kelantan yang akan terus menerus menyokong; walapun tiket semahal, setinggi harga tiket kapal terbang.

Walau apapun mudah-mudahan Kelantan akan berjaya membawa pulang PM ke bumi Kelantan. Sokongan peminat tidak akan berbelah bagi. ..hanya kerana kita Kelantan, kita akan terus menyokong.


Ini..
KAFA tahu tak 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..