Alhamdulillah, setelah 17 hari di hospital, akhirnya ibu dibenarkan pulang ke rumah. Walaupun keadaan ibu belum stabil, ibu begitu semangat untuk kembali berehat di rumah. Hari Khamis yang lalu, ibu dibawa pulang.
Sebenarnya rawatan ibu belum tamat, keadaannya belum pulih. Sepanjang berada di hospital ibu menjalani rawatan yang agak memeritkan. Tapak kakinya yang dikorek, ditebuk, ditores, dan selalu dicuci amat menyeksakan. Akhirnya, kami sekeluarga menemui rawatan altenatif untuk ibu, iaitu rawatan megatheraphy.
Sebenarnya aku pun tak berapa jelas mengenai rawatan ini. Secara mudahnya, megaterapi ini satu rawatan yang menggunakan sejenis ulat. Ulat-ulat ini akan dimasukan ("ditampal") ke bahagian yang mengalami kecederaan sebelum dibalut. Ulat-ulat ini akan memakan sisa atau isi kaki yang buruk. Berbanding dengan rawatan terdahulu, ia tidaklah "seperit" seperti rawatan oleh doktor dan jururawat.
Sebelum ini hampir setiap hari kaki yang luka ini akan dicuci. Jika ada sebarang isi yang buruk, ia akan dibuang. Ketika inilah ibu akan terasa perit. Walaupun dibius sakitnya masih dan amat terasa. Kini ulat-ulat (Megaterapi) akan mengambil alih tugas doktor seketika.
Kos rawatan altenatif ini memanglah mahal, tapi itu bukan persoalannya. Yang penting ibu akan lebih tenang ketika kaki "dicuci" oleh ulat. Sakitnya memang akan terasa ketika ulat-ulat sedang bekerja, tapi tidaklah sedahsyat sebelum ini.
Rawatan ini akan dilakukan sekurang-kurangnya tiga sesi. Setiap sesi lebih kurang 200 ekor ulat akan dilepaskan "bekerja". Dalam tempoh 2-3 hari balutan kaki ini akan dibuka semula bagi mengantikan ulat.
Walaupun ini rawatan altenatif, ia juga secara tidak langsung dibawah seliaan pihak hospital.
Insya-Allah, ibu akan sihat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..