Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Jumaat, Oktober 21, 2011

Hudud: Kekeliruan kes liwat isteri

Ini baru buku undang-undang hakiki
Pembangkang panas telinga


AHLI Parlimen pembangkang khususnya dari Pas ‘panas telinga’ dan tidak dapat menerima isu hudud dibangkitkan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin di Dewan Rakyat, semalam.

Semuanya bermula apabila Zukifli (Bebas-Kulim Bandar Bharu) mendedahkan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir diwartakan pada 2004 di Terengganu ketika Pas memerintah negeri itu berkaitan liwat, tidak menjadi kesalahan bagi suami berbuat demikian.

Bagaimanapun ia menerima bantahan keras khususnya Ahli Parlimen pembangkang, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan meminta Zulkifli menarik balik kenyataannya atau dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee menolak usul itu dan memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli, sekali gus mengundang kekecohan hampir 40 minit apabila penyokong pembangkang turut berperang mulut dengan kerajaan sehingga menyukarkan Ronald mengawal keadaan.

Sebelum itu, Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah bertanyakan Zulkifki dalam hudud Pas, meliwat isteri dibolehkan atau tidak dan Zulkifli berkata boleh, bagaimanapun Salahuddin bangun membantah dan berkata ia tidak dalam hudud Pas.

“Ia ditegah dan salah...Tak ada dalam hudud Pas. Malah, mana-mana agama pun tak boleh. Saya nak ia tarik balik,” katanya meminta Ronald menggunakan peraturan mesyuarat ke atas Zulkifli.


Zulkifli tetap dengan pendiriannya dan cubaan membaca Enakman Kesalahan Jenayah Syariah Hudud dan Qisas Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pas ketika memerintah.

“Yang paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuk, ini bukan datang dari syariat Islam. “Contoh, berkaitan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah Seksyen 14, ini enakmen diwartakan.


“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah satu kesalahan iaitu persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki...kita faham la tu..atau di antara lelaki dengan seorang perempuan dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur,” katanya.

Zulkifli bagaimanapun tidak dapat menghabiskan ucapannya berikutan mendapat bantahan keras anggota Dewan daripada pembangkang.

Zulkifli sempat menyindir mereka dengan mengatakan orang munafik memang takut kepada kebenaran apabila terus-terusan diasak berbuat demikian oleh pemimpin lain termasuk Ampang dan Balik Pulau.

Di akhir ucapannya, Zulkifli turut mengajak umat Islam hadir ke Himpunan Sejuta Umat (Himpun) Sabtu ini di Stadium Shah Alam sebagai tanda sokongan terhadap Islam.

Dari http://www.hmetro.com.my (21 Oktober 2011)
___________________________________________


Parlimen kecoh
Kenyataan benarkan liwat dalam hudud Pas

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat semalam, menjadi hangat apabila seorang wakil Bebas mendakwa undang-undang hudud diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri.

Ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2011, Datuk Zulkifli Noordin (Bebas – Kulim, Bandar Baharu) berkata, jika mengikut Sekyen 14, Enakmen Jenayah Syariah, Qisas dan Takzir digezetkan pada 2004, adalah tidak menjadi kesalahan bagi seseorang suami berbuat demikian.

Kenyataan Zulkifli itu menyebabkan beberapa ahli Parlimen ‘panas telinga’ dan menimbulkan kekecohan.

“Paling saya terperanjat, ada berbelas-belas kesilapan bercanggah dengan Islam tapi yang saya nak tunjuknya, ini bukan datang dari syariat Islam.

Contoh, berkaitan dengan liwat. Disebut dalam ini (enakmen) liwat ialah (dalam) Sekyen 14. Ini enakmen telah digazetkan.

“Tafsiran liwat (di dalam enakmen) ialah kesalahan persetubuhan di antara lelaki dengan seorang lelaki, kita fahamlah itu atau di antara lelaki dengan seorang perempuan dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

“Yang saya terperanjat dia (hukum hudud) kata ‘selain daripada isterinya’. Makna kata kalau seorang suami bersetubuh melalui dubur isteri itu bermaka tidak liwat dalam hudud Pas ini”, kata Zulkifli.

Zulkifli juga mendedahkah di dalam enakmen itu, berhubung pelantikan hakim yang turut membenarkan orang bukan Islam dilantik menjadi hakim bagi undang-undang hudud serta perkara berkaitan dengan qasaf melibatkan empat saksi bagi zina di mana, sekiranya salah seorang saksi menarik diri maka tiga saksi lagi boleh dihukum.

Menurutnya, pendedahan itu menunjukkan bahawa apa yang disebut Pas sebagai hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti itu, bukanlah hukum Allah sebaliknya, hukum direka oleh parti itu sendiri.

“Bila saya check (periksa) balik, rupanya betul memang Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad) tolak kerana ini bukan hudud Islam tetapi hudud Pas. Ada percanggahan jelas, isteri boleh diliwat dan lain-lain lagi,” katanya.

Pendedahan Zulkifli mengenai liwat itu menyebabkan Salahuddin Ayub (Pas – Kubang Kerian) mencelah dan mendakwa kenyataan Zulkifli sebagai tuduhan, lalu meminta beliau dan Datuk Bung Moktar Radin (BN – Kinabatangan) yang menyokong kenyataan Zulkifli dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Bung Moktar sebelum itu bangun dan bertanya: Bolehkah liwat isteri sendiri? Dan Zulkifli menjawab: Boleh mengikut hudud Pas.

Salahuddin mula berang bangun dan berkata: Dia (Zulkifli) tidak boleh tuduh macam tu. Tak ada (suami dibenar meliwat meliwat isteri) dalam hudud Pas. Saya nak minta Peraturan Mesyuarat merujuk Kulim – Bandar Baharu dan Kinabatangan kerana mengatakan meliwat isteri itu hudud Pas.

Bagaimanapun, usul itu ditolak Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee yang memutuskan tiada pelanggaran terhadap kenyataan Zulkifli itu.

Suasana Dewan Rakyat terus kecoh apabila Salahuddin dan beberapa ahli parlimen pembangkang tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan timbalan speaker sehingga menyebabkan Zulkifli tidak dapat menjelaskan kenyataan berhubung enakmen itu.

Zulkifli juga tidak dapat meneruskan perbahasan Rang Undan-undang Perbekalan 2012 kerana masa yang diperuntukkan kepada ahli Parlimen untuk berbahas selama 20 minit telah tamat. – Bernama

Akhbar Sinar Harian (edisi Kelantan). Jumaat, 21 Oktober 2011 (23 Zulkaedah 1432 h). Hlm. N2.

___________________________________________
Ikuti pula jawapan balas PAS..



Zulkifli jahil, liwat isteri termasuk perkara syubhah
Harakahdaily


Datuk Harun Taib

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.
Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.
Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.
Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.
Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.
“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.
“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhatiaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.
“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.
Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.
Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.
“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.
“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.
“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.
Dari http://bm.harakahdaily.net (diekses pada 21 Oktober 2011)
________________________________________



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..