Dah lama tak cerita bola. Tapi malangnya malam tadi, apabila Kijang dimalukan sang Seladang. Mungkin salah masuk kandang, Kijang ditendang. Jaringan besar 4-0 seakan tidak dapat diterima oleh peminat bola sepak Kelantan. Dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua. Siapa salah, apa yang perlu dibetulkan?
Analisis
Pertahanan longgar sangat malam tadi. Pada awal babak sudah ada ancaman yang mencemaskan. Namun ini dapat diatasi dengan kepekaan Apex. Jaringan pertama, kedua, ketiga dan keempat, semuanya ada kepincangan pada bahagian pertahanan. Bukannya pertahanan tidak bagus, cuma ada kelekaan.
Mengapa pertahanan terlalu memberi ruang dan peluang kepada pasukan lawan? Mereka juga lambat mengeluarkan bola dari kawasan bahaya. Setiap pemain lawan seakan bebas berlegar-legar di kawasan sendiri.
Badri Radzi direhatkan kerana tidak mempamerkan aksi menarik ketika menentang T-Team pada 5 April lalu. Lalu Datuk M.Karathu mengantikan Daniel pada 9 April, ketika menetang Felda United. Hasilnya menakjudkan apabila Kelantan membenam Felda dengan 6-0. Tapi malam tadi ini bahagian tengah ini seakan mati. Gandingan Shakir dan Daniel mudah dipatahkah perak.
Bahagian serangan kurang menyengat kerana bahagian tengah lumpuh. Idlan dan Chanturu kurang mendapat sokongan dari bahagian tengah.
Itu secara kasar gambaran dan pemerhatian MyView. Secara khususnya kita harus menumpu kepada bahagian pertahanan. Kita cuba tengok secara lebih dekat di mana ada lompangnya. Separuh masa kedua, Daudsu dikeluarkan dan diganti dengan Subra. Pada aku, Daudsu harus kekal sepanjang tempoh 90 minit. Cuma perlu diberi tumpuan adalah Zairul Fitri dan Farisham. Dua pertahanan ini seakan hilang keserasian. Rizal Fahmi Rosid, kurang mempamerkan aksi sebagai pertahanan Malaysia.
Apex sudah hilang sengat dan semangat? Penjaga gol Malaysia ini tidak seagresif seperti sebelumnya. Gol pertama mungkin kita boleh sandarkan kepada kesilapan pertahanan yang memberi ruang kepada lawan. Apex juga telindung menyebabkan gol pertama mudah dijaringkan. Gol ketiga, jaringan Akmal Rizal, tidak sepatutnyan dilepaskan. Mungkin Apex tidak menyangka Akmal mencuba dari jauh, lalu dia sedikit alpa.
Malam tadi nyata ada kelainan dalam kem Kelantan. Banyak hantaran pendek dilakukan. Hantaran panjang dan jauh jarang dilakukan. Begitu juga dengan tendangan sudut. Walaupun mendapat lebih 10 sepakan sudut, pemain lebih selesa membuat hantaran kepada rakan ke luar kawasan penalti lawan. Dan hantaran ini tidak mencemaskan kem pertahanan Perak.
Dua perkara yang ada kelainan adalah "hantaran pendek" dan "tendangan sudut". Apakah ini kelainan yang cuba ditonjolkan oleh Karathu? Aku percaya, penyokong lebih gemar melihat bola sepakan sudut dihantar terus ke dalam kawasan penalti lawan. Tindakan ini sekurang-kurangnya memberi ancaman dan mencemaskan pertahanan lawan.
Malam tadi juga Perak lebih tertumpu kepada pertahanan. Mereka ramai berkampung di kawasan penalti jika bola berada di kawasan Perak. Lihat saja bagaimana Idlan dirantai dan diapit oleh dua hingga tiga orang pemain Perak. Sebaliknya pertahanan Kelantan sedikit longgar dan jarang melakukan apa yang pertahanan Perak lakukan.
Analisis & ulasan oleh Hj. Zainal Abidin Rawop & Azlan Johar
Resolusi @ cadangan
Perlawanan akan datang pada 16 April, di Kota Bharu. Lawan kali ini adalah Sabah. Sabah pernah menewaskan Perak pada perlawanan lalu dengan keputusan 2-1. Apakah Kelantan juga akan mengalami nasib seperti Perak?
Aku rasa perlawanan selepas ini Apex pula perlu direhatkan. Bukannya dia tidak bagus, cuma dia perlu berehat seketika. Shahrizan Ismail perlu diberi peluang. Shahrizan bukan asing dalam kem Kelantan. Biarkan Shahrizan buktikan bahawa dia masih boleh mengawal gawang.
Begitu juga dengan Wan Rohaimi di bahagian pertahanan. Pusingan pertama liga berbaki dua perlawanan (lawan Sabah - 16 April, dan Perlis 19 April), beri peluang untuk Wan Rohaimi. Gandingkan Rohaimi dengan Daudsu, Rizal, dan Zairul Fitri.
Badri mesti diberi peluang sekali lagi untuk mengisi kesebelasan utama. Gandingkan kembali Badri @ Piya dengan Shakir. Nurul Azwan dan Soley juga makin selesa di posisi masing-masing. Chanturu dan Idlan akan menjadi pemusnah kem lawan.
Corak hantaran pantas dan hantaran jauh tampak lebih sempurna. Mungkin kali ini corak seperti ini boleh "dikembalikan". Sepakan sudut terus ke kawasan penalti lawan lebih menggerunkan lawan. Kelantan mempunyai pakar untuk sepakan sudut seperti Nurul Azwan, Piya dan Idlan. Dan penyudahnya (hasil sepakan sudut) kita mungkin boleh mengharapkan Rizal Fahmi atau Chanturu.
Ini adalah pandangan aku daripada kaca mata seorang peminat. Biasanya jika melontarkan kritikan, lebih banyak menjurus kepada kutukan. Kali kita ingin melihat Kelantan akan terus melangkah garang. Biarkan penyokong kembali senyum.
Okey, kita lihat sekali lagi bagaimana Kijang ditendang Seladang;
Gol pertama: Fazrul Hazli
Gol kedua: Shafiq Jamal
Gol ketiga: Akmal Rizal
Gol keempat: Razali Umar
Barangkali ada yang akan memberi respon negatif terhadap "analisis" (kononnyalah, hihihie..) aku, tapi inilah yang aku nampak. Inilah PandanganKu..
Lihat ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..