Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Rabu, Februari 24, 2010

Kelantan akan dirampas BN?

ARKIB : 23/02/2010



MUSTAPA Mohamed menunjukkan pengenalan facebook peribadinya kepada tetamu yang hadir pada pelancaran ‘Facebook Datuk Seri Mustapa Muhamed’ di Kuala Lumpur, kelmarin.



KUALA LUMPUR 22 Feb. – UMNO Kelantan yakin dengan motonya, ‘bersaing (berkawan) dan berbakti’ mampu merampas kembali negeri itu daripada Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berdasarkan kepada keyakinan mereka kepada Barisan Nasional (BN) setelah amat kecewa dengan kegagalan Pas mengurus negeri itu.

“Rakyat sudah semakin kecewa dengan kegagalan urus tadbir negeri oleh Pas, rasuah dan kronisme serta nepotisme begitu menular.

“Mereka juga amat dahagakan perubahan dan Pas Kelantan juga sedang menghadapi fasa keletihan iaitu terlalu berbangga dengan pencapaian hingga alpa daripada tugas sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan facebooknya dan Majlis Ramah Mesra Bersama Anak-Anak Kelantan sekitar Lembah Klang di kediaman beliau di sini semalam.

Tambah Mustapa, petanda perubahan itu amat jelas ditunjukkan oleh rakyat Kelantan terutama yang berada di luar negeri pada Pilihan Raya Kecil Manek Urai pada tahun lalu.

Jelas beliau, UMNO negeri sebenarnya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 lalu telah mengatur strategi mapan bagi menarik sokongan rakyat terutama golongan muda yang undi mereka bakal menjadi penentu pada PRU akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..