Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Sabtu, Februari 06, 2010

Kelantan mampu urus wang royalti


KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan memberikan jaminan bahawa pemberian wang ihsan atau royalti oleh Kerajaan Pusat tidak akan disalahgunakan sekiranya wang tersebut di salur terus ke Kerajaan Negeri.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, jaminan itu selari dengan rekod bersih Kerajaan Negeri yang tidak pernah menyeleweng atau menyalahgunakan wang yang diperuntukkan untuk kepentingan rakyat sepanjang lebih 20 tahun mentadbir negeri ini.

“Sepanjang 20 tahun mentadbir negeri ini, pegawai kami amanah, tidak rasuah dan inilah yang ditarbiahkan supaya menjadi manusia yang beriman dan bertakwa.

“Kami juga boleh mengurus dan mentadbir sendiri wang daripada Kerajaan Pusat itu walaupun tidak melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan kerajaan pusat untuk menyalurkan wang ihsan melalui JPP dan tidak disalurkan terus kepada kerajaan negeri itu kerana dikhuatiri tidak sampai ke matlamat asal untuk kepentingan rakyat.

Beliau berkata, banyak bukti pembangunan yang telah dibuat oleh kerajaan Kelantan termasuklah dari memperkenalkan sistem pajak gadai Islam sehinggalah pembinaan hotel.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataannya yang mengajak UMNO berbincang dan duduk semeja bagi membincangkan isu agama, Nik Aziz turut menyatakan kesediaannya untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.

“Saya sedia bila-bila masa untuk berbincang dengan UMNO mengenai agama Islam. Jadi UMNO nak lawan juga ni kenapa, dia (UMNO) nak apa.

“Jadi baiklah UMNO bincang apa yang diingini. Kalau nak jadi menteri besar, boleh. Tetapi UMNO perlu tukar dasar. Dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam. Nak takut apa,” katanya.

Nik Abdul Aziz berkata, persoalan yang beliau ingin tekankan ialah mengapa UMNO menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.

Beliau berkata, sekiranya UMNO berjaya menjelaskan kepada PAS bahawa prinsip perjuangan yang dibawa parti menyalahi Islam, beliau bersedia menerima UMNO.

“Sekarang ini dengan sebab Pas duduk di dalam PR maka dia kena terima Islam dan kena terima sama kumpulan yang bersama dengan Pas iaitu DAP dan PKR. Apa yang tak kenanya kerana mereka semua adalah rakyat di negara ini.

Sinar Harian 6 Feb. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..