Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Selamat datang ke laman blog kawe (saya). Apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan sesiapa mahupun mana-mana pihak. Ia hanya pandangan peribadi. Laman ini juga menggunakan / dilampirkan keratan, rencana, dan sumber daripada akhbar-akhbar tempatan. Terima kasih kerani sudi bertandang ke laman MyView @ ramboview.blogspot.com

Selasa, Februari 09, 2010

“Rakyat kena akur” : Rais


  1. JELEBU - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menasihatkan rakyat akur terhadap keputusan pengadilan, hari ini berhubung kes siapa Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, sebagai rakyat mereka harus bertenang dan tidak menterjemahkan keputusan berkenaan sekiranya tidak menepati perasaan masing-masing kepada perbuatan kasar atau mengasari antara satu sama lain.

Menurutnya, rakyat tidak perlu mewujudkan kegiatan bertentangan undang-undang negara dan keputusan mahkamah.

“Rakyat harus akur. Sama ada keputusan itu A atau B kita perlu tanam semangat hormat kepada undang-undang kita sebab kita penuh rasa keyakinan terhadap hakim dan cara undang-undang ditadbir di negara ini.

“Ini seharusnya menjadi amalan budaya dalam kalangan rakyat dan mereka harus menghormati keputusan penghakiman itu dari segi amalan sebenarnya,” katanya selepas Majlis Minum Petang bersama Masyarakat Cina Jelebu di Pekan Titi, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 200 masyarakat Cina menerima sumbangan sempena Tahun Baru Cina sebanyak RM200 setiap seorang.

Sementara itu, Dr Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, seluruh rakyat di tanah air sudah sedia maklum mengenai keputusan penghakiman yang bakal ditentukan pada hari ini sama ada dilunaskan kepada perkara 16 Perlembagaan Negeri Perak ataupun dilunaskan kepada hujah penghakiman yang lain.

Menurutnya, sebagai rakyat mereka harus sentiasa bertenang dan menghormati walau apa jua keputusan mahkamah memandangkan ia adalah fungsi sistem keadilan negara kita sendiri.
 
Sinar Harian 9 Feb. 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..