PUTRAJAYA – Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir Perak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan di sini semalam mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah menerusi keputusan sebulat suara 5-0.
Berikut adalah intipati penghakiman utama panel lima hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff mengenai kes tersebut yang dibacakan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria:
Sultan Azlan Shah telah melaksanakan hak diraja baginda dengan menitahkan Zambry, 48, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.
Sultan Perak berbuat demikian setelah mendapat kepastian bahawa penentang Zambry, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 53, daripada Pakatan Rakyat telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.
Kosmo! 10 Feb. 2010
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Katakan sesuatu yang rasional yang akan mengatasi emosional..